Kawah Webb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kawah Webb
Webb crater
Kawah Webb diambil dari Lunar Orbiter 1. Imej NASA/L&PI.
Koordinat 0°54′S 60°00′E / 0.9°S 60.0°E / -0.9; 60.0Koordinat: 0°54′S 60°00′E / 0.9°S 60.0°E / -0.9; 60.0
Diameter 21 km
Kedalaman 0.8 km
Colongitude 300° pada fajar
Eponim Thomas W. Webb

Kawah Webb ialah sebuah kawah qamari kecil yang terletak berdekatan tepi timur Mare Fecunditatis, pada bahagian timur Bulan dekat dengan khatulistiwa qamari. Kawah ini terletak pada utara kawah yang menonjol, Kawah Langrenus, dan pada sebelah barat Kawah Maclaurin.

Bahagian dalaman Webb relatif gelap berbanding dinding dalaman tubirnya, dan ia memiliki sebuah bukit yang agak rendah pada titik tengah dalamannya. Pada mare qamari di sebelah utara terdapat tanda-tanda halus sebuah sistem ruji yang kelihatan menjejari dari kawah ini.

Ia dinamakan sempena ahli falak British, Thomas William Webb.

Kawah satelit[sunting | sunting sumber]

Mengikut resam, ciri-ciri ini ditanda pada peta qamari dengan meletakkan huruf pada bahagian tepi titik pusat kawah yang paling dekat dengan Kawah Webb.

Webb Latitud Longitud Diameter
B 0.8° S 58.4° T 6 km
C 0.3° U 63.8° T 34 km
D 2.3° S 57.6° T 7 km
E 1.0° U 61.1° T 7 km
F 1.5° U 61.0° T 9 km
G 1.7° U 61.2° T 9 km
H 2.1° S 59.5° T 10 km
J 0.6° S 64.0° T 24 km
K 0.7° S 62.9° T 21 km
L 0.1° U 62.7° T 7 km
M 0.2° S 63.8° T 5 km
N 0.3° S 63.6° T 4 km
P 2.3° S 57.8° T 36 km
Q 1.0° S 61.2° T 5 km
U 1.8° U 56.3° T 6 km
W 3.0° U 58.2° T 8 km
X 3.2° U 58.3° T 8 km

Kawah ini telah diberi nama baharu oleh International Astronomical Union, IAU.

Rujukan[sunting | sunting sumber]