Kawasan Undi Pulau-pulau Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Koordinat: 1°13′31.3525″N 103°45′53.7422″E / 1.225375694°N 103.764928389°E / 1.225375694; 103.764928389

Pulau-pulau Selatan
  • Cina:南部群岛/Nánbù qúndǎo
    Inggeris:Southern Islands
    Tamil:தெற்கு தீவுகள்
Kawasan Undi
bagi Parlimen Singapura
Southern Islands 1955 Singaporean GE.svg
WilayahBarat daya Singapura
Pengundi5,048 (untuk PRU 1963)[1]
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk1955; 67 tahun yang lalu (1955)
Dimansuh1968; 54 tahun yang lalu (1968)[petikan diperlukan]
PartiParti Tindakan Rakyat
WakilYa'acob bin Mohammed (untuk Parlimen 1963-1968)
Digantikan denganJurong
Pasir Panjang
Telok Blangah
Ditubuhkan dariKeppel

Kawasan Undi Perseorangan Pulau-pulau Selatan ialah sebuah bekas kawasan undi untuk satu kerusi di Parlimen Singapura. Ia pernah wujud pada 1955 hingga 1968. Disebabkan populasi yang berkurangan, ia telah digabungkan ke dalam beberapa kawasan undi yakni Jurong, Pasir Panjang dan Telok Blangah[2]. Kawasan undi ini meliputi sejumlah kawasan seperti Pulau Sentosa, Pulau Brani, Pulau Tembakul dan Pulau Sakijang Bendera. Ia turut meliputi pulau-pulau lain seperti Pulau Samulun, Pulau Seraya dan Pulau Sekijang Pelepah[3]. Kawasan mundi Pulau-pulau Selatan mempunyai jumlah pengundi yang sangat sedikit iaitu seramai 4,273 pengundi sahaja. Ia menjadi semakin berkurangan apabila ramai orang berpindah ke pusat bandar dan Kampong Ubi pada 1968.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum Tanah Jajahan Singapura 1948, pulau-pulau seperti Pulau Biola, Pulau Anak Bukom, Pulau Busing, Pulau Hantu, Pulau Jong, dan Pulau Sudong menjadi bahagian daripada Kawasan Undi Luar Bandar Barat/Kawasan Undi Rural Barat.[4] Sebelum PRU 1951, kawasan ini dibubarkan dan diganti dengan kawasan undi Bukit Timah sehingga seluruh pulau di kawasan ini dimasukkan ke dalam kawasan undi tersebut.[5] Sejarah yang berbeza tercatat untuk Pulau Tembakul, Pulau Tekukor, Pulau Sentosa, Pulau Sakijang Bendera dan Pulau Sakijang Pelepah, Pulau Palawan, Pulau Keppel, dan Pulau Brani. Pada PRU 1948, pulau ini masuk dalam Kawasan Undi Bandar Barat Daya.[4] Sesudah kawasan tersebut dimansuhkan, pulau-pulau tersebut masuk ke dalam Kawasan Undi Keppel.[5] Dipersiapkannya PRU 1955 menyebabkan dua gugusan pulau yang berbeza tersebut digabung ke dalam satu kawasan undi sebelum kawasan ini dibubarkan pada tahun 1968.[petikan diperlukan]

Para Anggota Parlimen[sunting | sunting sumber]

Anggota Parlimen Parti Tempoh Nota
Sidik Abdul Hamid PS 1955-1959
Ahmad Jabri Mohammed Akib PKMS 1959-1963
Ya'acob Mohammed PAP 1963–1968

Calon-calon dan Keputusan[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya pada 1960-an[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum 1963: Pulau-pulau Selatan[6][1]
Parti Calon Undi % ±
PAP Ya'acob bin Mohamed 2,764 55.41% 30.07
SA Ahmad Jabri bin Mohammad Akib[7] 2,224 44.59% 9.14
Majoriti 540 10.83% 17.57
Jumlah undian sah 4,988 98.81% 0.29
Undian rosak 60 1.19% 0.29
Peratusan mengundi 5,048 96.41% 4.79
Pengundi terdaftar 5,236
PAP tawan daripada PKMS Ayunan

Pilihan raya pada 1950-an[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum 1959: Pulau-pulau Selatan[8][9]
Parti Calon Undi % ±
PKMS Ahmad Jabri bin Mohammad Akib 2,598 53.73%
PAP Kum Teng Hock 1,225 25.34%
LSP Mohammed Ismail bin Haji Mohammed Hussain 1,012 20.93%
Majoriti 1,373 28.40% 27.25
Jumlah undian sah 4,835 99.10% 0.63
Undian rosak 44 0.90% 0.63
Peratusan mengundi 4,879 91.62% 21.83
Pengundi terdaftar 5,325
PKMS tawan daripada SA Ayunan
Pilihan raya umum 1955: Pulau-pulau Selatan[10][11]
Parti Calon Undi % ±
SA Mohamed Sidik bin Abdul Hamid 1,233 50.57%
PP Hollupatherage James Caldera Kulasingha 1,205 49.43%
Majoriti 28 1.15%
Jumlah undian sah 2,438 98.47%
Undian rosak 38 1.53%
Peratusan mengundi 2,476 69.79%
Pengundi terdaftar 3,548

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b [1]
  2. ^ "Pulau2 Selatan di-satukan dalam kawasan p-raya Jurong". Berita Harian. 15 November 1967. Dicapai pada 10 November 2021.
  3. ^ "Tiga pulau kibarkan bendera 'negara'". Berita Harian. 10 Disember 1959. Dicapai pada 10 November 2021.
  4. ^ a b [2]
  5. ^ a b [3]
  6. ^ (Inggeris) [4]
  7. ^ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura bergabung ke dalam Parti Perikatan Singapura menjelang PRU 1963
  8. ^ (Inggeris) [5]
  9. ^ (Inggeris) [6]
  10. ^ (Inggeris) [7]
  11. ^ (Inggeris) [8]