Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura
Singapore Malay National Organisation
Presiden Encik Abu bin Mohamed
Setiausaha Agung Encik Muhammad Hairullah Bin Ahmad
Diasaskan 19 Mac 1967
Ibu pejabat 218 Changi Road, Singapura 419737
Ideologi Ketuanan Melayu
Konservatisme
Islamisme
Penggabungan antarabangsa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Warna rasmi Merah, putih
Tapak web
Tapak web rasmi

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS, atau Singapore Malay National Organisation; Jawi: ڤرتوبوهن كبڠساءن ملايو سيڠاڤورا; Cina Ringkas: 新加坡马来民族机构; Bahasa Tamil: சிங்கப்பூர் மலாயா தேசிய அமைப்பு) ialah sebuah parti politik di Singapura.

Asalnya, parti ini merupakan cabang parti UMNO dari Malaysia, tetapi berpisah dari UMNO setelah Singapura merdeka pada 1965. PKMS mengambil bahagian dalam setiap pilihanraya umum dari 1968 hingga 1991 tetapi gagal untuk memenangi sebarang kerusi. PKMS tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya umum 1997. Sejak tahun 2001, PKMS menjadi salah satu anggota Perikatan Demokratik Singapura, sebuah parti politik yang terdiri daripada gabungan parti-parti pembangkang di Singapura.

Misi[sunting | sunting sumber]

PKMS berazam untuk menjadi suara bukan hanya untuk bangsa Melayu tetapi untuk semua rakyat Singapura terutama sekali golongan pemuda. Matlamat parti ialah untuk menentang sebarang bentuk penjajahan, menjunjung dan melindungi sistem pemerintah yang berparlimen dan demokratik dan juga memupuk hubungan yang baik di antara semua kaum di Singapura. PKMS juga menginginkan hak rakyat Singapura diutamakan dahulu dalam apa jua dasar pemerintah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]