Kebebasan panorama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Gambar ukiran karya Sergej Alexander Dott, Himmelsblumen, 2003, Gleisdreieck, Berlin, diterbitkan di bawah tujuan-tujuan kebebasan panorama dalam undang-undang hak cipta Jerman

Kebebasan panorama (Bahasa Inggeris: Freedom of panorama, FOP) ialah undang-undang hak cipta dari pelbagai bidang kuasa yang membenarkan potret-memotret, merakam video, dan/atau mencipta gambar lain (seperti lukisan) dari suatu saujana (lanskap), lingkungan awam, dan kadangkala ukiran dan karya seni lain yang secara kekal berada di tempat awam tanpa mengalami masalah hak cipta dari pihak lain yang berkaitan dengan subjek, dalam penerbitannya.[1][2] Statuta atau hukum kebebasan panorama mengehadkan hak pemilik hak cipta untuk mengambil tindakan menggugat pelaku pelanggar hak cipta serta pembuat dan penyebar gambar. Kebebasan panorama merupakan pengecualian dari pelanggaran hak cipta, dengan pemilik hak cipta memiliki hak dalam mengatur pembuatan dan pengedaran karya turunan. Frasa tersebut berasal dari istilah Jerman Panoramafreiheit ("kebebasan panorama").

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seiler, D.: Gebäudefotografie in der EU – Neues vom Hundertwasserhaus Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine, in Photopresse 1/2 (2006), p. 16. URL last accessed 2007-09-20.
  2. ^ Rosnay, Mélanie Dulong de; Langlais, Pierre-Carl (2017-02-16). "Public artworks and the freedom of panorama controversy: a case of Wikimedia influence". Internet Policy Review. 6 (1). ISSN 2197-6775. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]