Kecelaruan personaliti
| Kecelaruan personaliti | |
|---|---|
Model lilitan interpersonal pada gambar rajah menunjukkan kecelaruan personaliti pinggiran | |
| Keterangan | |
| Punca | Tidak jelas[1] |
| Biasa mula berlaku | pada lewat usia kanak-kanak, dan pada awal usia dewasa[2] |
| Tempoh | Jangka masa panjang[2] |
| Jenis | Jenis A: paranoid, skizoid, skizotipal[1] Jenis B: Antisosial, histrionik, narkisistik, pinggiran[1] Jenis C: Menghindar, dependens, obsesif kompulsif[1] |
| Gejala | Kelakuan, pemikiran dan perasaan yang maladaptif[2] |
| Faktor risiko | Faktor genetik dan budaya[1] |
| Rawatan | |
| Pengkhususan | Psikiatri |
| Langkah rawatan | Kaunseling[1] |
| Pengubatan | |
| Prognosis | Selalunya kurang memuaskan[1] |
| Perangkaan | |
| Kekerapan | 6–15%[2] |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kecelaruan personaliti ialah sekumpulan gangguan mental yang dicirikan oleh corak tingkah laku, pemikiran, dan perasaan jangka panjang yang menunjukkan kepincangan penyesuaian diri.[2] Hal ini berlaku merentasi pelbagai konteks dan tingkat laku seseorang itu tidak diterima oleh budaya seseorang itu.[2] Gejala terlibat adalah sampai pada tahap yang fungsi harian seseorang itu terjejas atau penderitaan yang ketara berlaku.[1] Permulaan kecelaruan ini biasanya pada akhir zaman kanak-kanak atau awal dewasa.[2]
Penyebab asasnya tidak jelas.[1] Faktor genetik dan budaya mungkin terlibat.[1] Kecelaruan personaliti terbahagi kepada tiga kelompok yakni kelompok A (eksentrik), kelompok B (dramatik), dan kelompok C (cemas). [1] Kelompok A termasuklah kecelaruan personaliti paranoid, kecelaruan personaliti skizoid, dan kecelaruan personaliti skizotipal; kelompok B termasuk kecelaruan personaliti antisosial, kecelaruan personaliti histrionik, kecelaruan personaliti narkisistik dan kecelaruan personaliti pinggiran; dan kelompok C termasuk kecelaruan personaliti menghindar, kecelaruan personaliti dependens dan kecelaruan personaliti obsesif kompulsif.[1] Diagnosis mungkin melibatkan pengumpulan maklumat daripada mereka yang mengenali pesakit tersebut.[1]
Rawatan melibatkan mengajar seseorang untuk membangunkan tingkah laku baru.[1] Hal ini mungkin melibatkan latihan kemahiran sosial, terapi kumpulan, terapi tingkah laku kognitif atau psikoterapi psikodinamik.[1] Walaupun ubat khusus belum diluluskan, ada kalanya antipsikotik, litium atau SSRI mungkin digunakan.[1] Rawatan boleh menjadi sukar kerana kebanyakan orang tidak melihat diri mereka mempunyai masalah.[1] Keadaan ini sering bersilih ganti antara keadaan bertambah baik dengan keadaan bertambah buruk dari semasa ke semasa, walaupun sesetengahnya menjadi kurang terjejas apabila mereka semakin tua.[1]
Sekurang-kurangnya satu jenis kecelaruan personaliti berlaku pada kira-kira 6 hingga 15% di kalangan populasi.[2][1] Kluster A mengganggu kira-kira 3 hingga 6%, kluster B kira-kira 1.5%, dan kluster C kira-kira 3 hingga 9%.[2][1] Lelaki lebih kerap terkena kecelaruan berbanding perempuan.[1] Dari abad ke-5 SM sehingga ke abad ke-20 personaliti dikaitkan dengan empat humor seperti yang dicadangkan oleh Hippocrates.[1] Pada tahun 1952 DSM-I menyenaraikan 7 jenis kecelaruan personaliti yang meningkat kepada 11 jenis pada DSM-IV dan 10 jenis pada DSM5.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 Fariba, K; Gupta, V; Kass, E (January 2020). "Personality Disorder". PMID 32310518. Cite journal requires
|journal=(bantuan) - 1 2 3 4 5 6 7 8 9 American Psychiatric Association (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (ed. Fifth). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing. m/s. 646–49. ISBN 978-0-89042-555-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2020. Dicapai pada 8 September 2017.
