Kecelaruan personaliti antisosial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kecelaruan personaliti antisosial
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Kecelaruan personaliti nyahsosial, sosiopati, psikopati[1]
Penerangan video tentang kumpulan B kecelaruan personaliti.
PengkhususanPsikiatri
GejalaTidak menghiraukan hak orang lain, mempunyai sejarah jenayah, membohong berulang kali, membuat perancangan yang buruk, bertingkah laku agresif, mengambil sikap acuh tak acuh selepas mencederakan orang lain[1]
Kerumitanmenganggur, bunuh diri[1][2]
Permulaan biasa
Kanak-kanak[3]
TempohJangka masa panjang[1]
Sejarah keluarga, kemiskinan, penderaan kanak-kanak[1][2]
Berdasarkan penilaian psikiatri[2]
Kecelaruan tingkah laku, penyalahgunaan bahan, gangguan bipolar, skizofrenia, kecelaruan personaliti pinggiran, kecelaruan personaliti narkistik, tingkah laku jenayah[1]
RawatanBerdasarkan gejala spesifik[2]
Kekerapan~1.8% dalam satu tahun[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kecelaruan personaliti antisosial (ASPD atau APD) ialah kecelaruan personaliti yang dicirikan oleh corak jangka panjang yang tidak menghiraukan hak orang lain.[1] Pesakit yang mengalami kecelaruan ini selalunya mempunyai sejarah jenayah serta perwatakan seperti suka membohong berulang kali, membuat perancangan yang buruk, bertindak agresif, kurang mengambil berat terhadap keselamatan orang lain, dan mempunyai sikap acuh tak acuh kemudian diikuti tindakan yang membahayakan orang lain.[1] Antara komplikasi terlibat mungkin termasuk pengangguran dan bunuh diri.[1][2]

Faktor risiko terlibat termasuklah sejarah keluarga, kemiskinan, serta penderaan atau pengabaian sewaktu zaman kanak-kanak.[1][2] Gejala hadir sekurang-kurangnya pada usia 15 tahun dan kecelaruan tingkah laku hadir sebelum usia tersebut.[1] Diagnosis formal memerlukan seseorang yang menghidapi kecelaruan tersebut berumur lebih dari 17 tahun.[1] Gejala kecelaruan personaliti antisosial juga telah dilabelkan sebagai psikopati, sosiopati, dan gangguan personaliti nyahsosial (DPD).[1] Kecelaruan ini merupakan sejenis dari kecelaruan personaliti kumpulan B.[2]

Tiada rawatan khusus untuk kecelaruan ini, namun terdapat usaha lain yang ditujukan untuk memperbaiki gejala berkaitan.[2] Kemasukan ke hospital tidak didapati berguna.[2] ASPD menjejaskan kira-kira 0.2% hingga 3.3% orang pada tahun tertentu.[1] Lelaki terjejas kira-kira tiga kali lebih kerap berbanding perempuan.[1][2] Di kalangan lelaki dengan masalah penyalahgunaan bahan beralkohol kadar kecelaruan ini mungkin lebih daripada 70%.[1] Kecelaruan ini mungkin berkurangan dengan usia.[2] Mereka yang terjejas lebih cenderung untuk mati akibat keganasan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r American Psychiatric Association (2013), Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (5th ed.), Arlington: American Psychiatric Publishing, m/s. 659, ISBN 978-0890425558
  2. ^ a b c d e f g h i j k Fisher, KA; Hany, M (January 2020). "Antisocial Personality Disorder". PMID 31536279. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ "Antisocial Personality Disorder". National Library of Medicine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 21 2018. Dicapai pada 16 May 2018. Check date values in: |archive-date= (bantuan)