Kelab Sultan Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kelab Sultan Sulaiman terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran dengan Jalan Raja Alang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kelab Sultan Sulaiman pada asalnya merupakan dewan daripada kayu dan kemudian dibina bangunan batu. Tujuannya untuk 'bersaing' dengan Lake Club yang juga terletak di Kuala Lumpur pada ketika itu.

Bangunan ini menjadi sejarah kerana di sini pertubuhan UMNO ditubuhkan dan pelbagai kongres berkaitan orang Melayu telah diadakan. Sultan Selangor ketika itu telah memperkenankan nama Sultan Sulaiman sebagai nama kelab tersebut.