Keladi tikus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Keladi Tikus)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Typhonium flagelliforme
(Keladi tikus)
Keladi-tikus1.jpg
Pokok keladi tikus
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
T. flagelliforme
Nama binomial
Typhonium flagelliforme
Sinonim
  • Arum flagelliforme G.Lodd.
  • Heterostalis flagelliformis (G.Lodd.) Schott
  • Arum divaricatum L.
  • Arum cuspidatum Blume
  • Typhonium cuspidatum (Blume) Decne.
  • Arum ptychiurum Zipp. ex Kunth
  • Typhonium sylvaticum Voigt
  • Arum angulatum Griff.
  • Arum flagelliferum Griff.
  • Typhonium flagelliferum Griff.
  • Typhonium hastiferum Miq.
  • Typhonium reinwardtianum de Vriese & Miq.
  • Typhonium incurvatum Blatt. & McCann

Keladi Tikus atau nama saintifiknya Typhonium flagelliforme merupakan sejenis keladi dengan ketinggian antara 20-30 cm.

Antara khasiat herba ini adalah banyak berkaitan dengan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara[1], paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Keladi tikus dikatakan dapat membunuh sel-sel barah dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemotrapi[2]. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Pati tumbuhan keladi yang diminum dapat digunakan membersihkan racun dalam tubuh, melancarkan perkemihan dan secara umum membersihkan sistem pencernaan. Hampas keladi tikus yang ditumbuk boleh terus disapukan ke bahagian tubuh yang luka agar nanah keluar dan bengkak berkurangan.

Keladi tikus adalah tumbuhan yang telah mengalami kelupusan kerana tidak ramai yang mengenalinya menyebabkan pokok ini semakin hari semakin dilupakan kewujudannya. Herba keladi tikus mempunyai tahap antikanser yang tinggi, terutama pada pokok yang berusia dua hingga ke enam bulan, kadar antikanser yang paling tinggi dikesan pada pokok matang yang berusia lebih dari 6 bulan. Rujukan daripada laman web tempatan menunjukkan terdapat kajian klinikal (control studies) berskala besar yang telah dibuat oleh beberapa universiti di Malaysia, termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia serta Universiti Malaya berkaitan dengan kandungan Ribonsome Inactivating Protein yang terkandung pada herba keladi tikus ini yang berpotensi menyerang sel kanser daripada terus berkembang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keladi Tikus". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-14. Dicapai pada 2008-03-05.
  2. ^ Keladi Tikus[pautan putus]
  3. ^ Keladi Tikus