Araceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Araceae
Keladi-keladian
Alocasia macrorrhiza BotGardBln1105InflorescenceLeavesHabitus.jpg
Birah negeri, Alocasia macrorrhizos.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga
Keladi merah, Caladium bicolor.

Araceae adalah sebuah keluarga tumbuhan berbunga kotiledon tunggal yang dikenal dengan mudah melalui perbungaannya, yang terbentuk dari tongkol bunga (spadix) dan seludang (spathe). Terdapat sekitar 114 genus dan 3750 spesies Araceae yang diketahui di seluruh dunia. Famili ini turut disebut keluarga Arum, keladi-keladian atau talas-talasan (terutamanya di Indonesia).[1][2]

Beberapa tumbuhan yang sedia dikenal ramai termasuklah pokok keladi, talas dan birah (mencangkupi genus Caladium, Colocasia, Alocasia dan Xanthosoma), pokok kemoyang (Homalomena), bagang dan lekir (Amorphophallus), tumbuhan terapung seperti kiambang (Pistia) dan sesudu itik (Lemna), bunga Anthurium dan Arum, dan lain-lain lagi.[3] Kebanyakan tumbuhan dalam keluarga ini adalah beracun lantaran mengandungi sebilangan kristal kalsium oksalat yang boleh menyebabkan kecederaan. Beberapa spesies pula berguna selaku bahan makanan sekiranya disediakan dengan betul.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Seludang bunga tapak angsa, Syngonium podophyllum yang berbentuk centong. Bunga jantan jelas terlihat di dalam seludang atas manakala bunga betina terlindung di dalam seludang bawah.

Keladi-keladian adalah tumbuhan herba bergetah pahit, berimpang atau berumbi, dan jarang-jarang tumbuh memanjat (epifit). Daunnya tumbuh lebat, tersusun berpilin pada batang teras, berbentuk lonjong atau bujur panah, dan selalunya mempunyai lapisan berlilin di permukaan atas daun.

Bunganya kecil tersusun pada tongkol bunga di dalam seludang, dan mempunyai dua jantina atau berumah satu (monoecious), dengan bunga jantan berada di atas. Buahnya adalah jenis beri dan selalunya berwarna terang setelah matang. Buah ini menjadi makanan untuk burung dan mamalia kecil membolehkan benihnya dipencarkan.[4]

Genus[sunting | sunting sumber]

Gambar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Endah Dwi Jayanti; Jumari; Erry Wiryani (Disember 2017). "Talas-Talasan (Araceae) Sumber Pangan Lokal Di Kawasan Karst Kecamatan Pracimantoro Kabupaten Wonogiri". 19: 119–124. Dicapai pada 2 Disember 2021. Araceae atau di Indonesia menyebutnya dengan keladi-keladian atau talas-talasan merupakan... Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ "Araceae". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. Dicapai pada 2 Disember 2021.
  3. ^ pokokkeladi.com-admin (11 Ogos 2021). "18 JENIS KELADI HIASAN YANG POPULAR". Pokok Keladi. Dicapai pada 2 Disember 2021.
  4. ^ "Araceae Juss.". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2 Disember 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]