Kelawar Ladam Terkecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelawar Ladam Terkecil
260px
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Spesies: R. pusillus
Binomial: Rhinolophus pusillus ("Temminck, 1834")


Kelawar Ladam Terkecil merupakan salah satu haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar yang boleh di dapati di China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Thailand dan Vietnam. Nama sainsnya Rhinolophus pusillus dalam keluarga Rhinolophidae.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kelawar Ladam Terkecil ialah haiwan berdarah panas, dalam kumpulan kelas mamalia. Kelawar Ladam Terkecil tidak memiliki cuping pada daun hidungnya. Kelawar Ladam Terkecil mudah dikenali melalui bulu badannya yang bewarna coklat muda dengan hujung bewarna kelabu keputihan berkilat.

Kelawar Ladam Terkecil muda adalah lebih kelabu berbanding dewasa.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kelawar Ladam Terkecil merupakan kelawar terkecil dalam keluarganya. Lengannya berukuran antara 33.5-40.0mm. (Csorba et al. 2003). Lengan Kelawar Ladam Terkecil di China memiliki purata 36.9 +/- 1.4 mm (SD) bagi jantan (n = 17; julat 35.1-40.2 mm); 37.2 +/- 1.5 mm bagi betina (n = 8, julat 34.9-40.2 mm) (Li et al. 2006).

Daun hidungnya agak lebar. Sella mencekik di tengah, perlahan-lahan meruncing pada hujung bulat. (Csorba et al . 2003). Pandangan lateral pada sella menunjukkan kecekungan dan proses penyambung adalah berbentuk tiga segi atau tanduk.

Bahagian lidah bawah memiliki tiga lekukan. Jisim bada 5 individual sekitar 4.3 - 5.2 g.[1]


Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana haiwan mamalia lain, Kelawar Ladam Terkecil membiak dengan beranak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z