Kluster Sivagangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kelompok Sivagangga)
Kluster Sivagangga
TarikhJulai –7 September 2020
LokasiBeberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang
JenisJangkitan melalui kontak rapat
Hasil45 kes positif yang terdiri daripada 40 orang warganegara dan 5 orang bukan warganegara
KematianTiada

Kluster Sivagangga (Jawi: کلوستر سيۏاݢڠݢ) atau Kelompok Sivagangga[1][2] (Jawi: کلومڤوق سيۏاݢڠݢ) ialah sebuah kluster COVID-19 yang tersebar akibat seorang pemilik kedai makan yang ingkar arahan kuarantin kendiri pada 14 Julai 2020.

Kluster itu bermula di Napoh, Kubang Pasu, selepas seorang warga India dengan status penduduk tetap di Malaysia melanggar perintah kuarantin sekembalinya dari Sivagangga, sebuah pekan di Tamil Nadu, India. Lelaki itu yang memiliki Restoran Nasi Kandar Salleh, dilihat berada di premisnya ketika Hari Raya Aidiladha dengan memakai gelang merah jambu di pergelangan tangan kirinya.[3]

Pada 13 Ogos 2020, pemilik kedai tersebut, Nezar Mohamed Sabur Bhatcha telah didenda RM12,000 dan penjara lima bulan di Alor Setar setelah didapati bersalah mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seorang ingkar kuarantin, 7,000 penduduk kampung di Kedah dikawal gerakan". Berita Harian Singapura. 4 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-13. Dicapai pada 13 Ogos 2020 – melalui PressReader.com.
  2. ^ BERNAMA (7 Ogos 2020). "Kelompok jangkitan di Kedah merebak lebih pantas, kata ketua pengarah kesihatan M'sia". BERITA Mediacorp. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  3. ^ "Kumpulan akan saman lelaki jadi pencetus kluster Sivagangga". Free Malaysia Today. 11 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Ogos 2020.[pautan mati kekal]
  4. ^ M Hifzuddin (13 Ogos 2020). "Kluster Sivagangga: Pemilik kedai nasi kandar didenda, penjara". my Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]