Kementerian Kesihatan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Melaysia
Kementerian Kesihatan Melaysia
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ibu pejabat Putrajaya
Menteri bertanggungjawab Datuk Seri S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia
Anak agensi Jabatan Kesihatan Negeri
Tapak web
http://www.moh.gov.my

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah salah satu kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dato' Sri S. Subramaniam. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sejak 16 Mei 2013 hingga kini.

Visi[sunting | sunting sumber]

Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tangjungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-

  • Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
  • Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
  • Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
  • memberi kesedaran kepeda rakyat betapa pentingnya kesihatan

Sejarah Penubuhan KKM[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia telah bermula sejak sebelum era kemerdekaan bagi merawat pelombong-pelombong bijih timah. Mereka dikenakan bayaran sebanyak 50 sen setahun bagi mendapatkan rawatan. Pada akhir abad ke-19 negeri Perak mempunyai bilangan hospital terbanyak memandangkan sektor perlombongan bijih timah di Perak berkembang pesat pada waktu itu.

Hospital Taiping yang juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Sejurus selepas pengenalan X-ray oleh Prof W. C Roentgen, hospital ini telah menjadi hospital pertama yang dilengkapi kemudahan ini. Selain itu, pada tahun 1900, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah ditubuhan bertujuan untuk mengkaji punca penyakit berjangkit (penyakit tropika) yang kian menular ketika itu. IMR juga berfungsi untuk mengawal jangkitan terutamanya penyakit tropika seperti beri-beri, malaria dan disentri.

Ketika pemerintahan Raja Brooke di Sarawak, perkhidmatan kesihatan diperkenalkan untuk merawat pegawai penguasa Eropah serta ahli keluarga mereka. Disamping itu, gadis-gadis Sarawak telah dilatih menjadi jururawat dan bidan di bandar Kuching. Perkhidmatan di negeri ini khusus kepada penduduk-penduduk di kawasan bandar. Pada masa yang sama, perkhidmatan kesihatan di Sabah telah diperkenalkan oleh North Borneo Chartered Company yang menjadi tonggak pemerintahan Sabah pada ketika itu (1881-1942).

Pada tahun 1929, klinik pergigian kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Jalan Silang, Kuala Lumpur. Selain itu, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1949 diikuti dengan pembukaan asrama jururawat oleh Sir Donald Mc Gilivray (1956).

Melalui Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7), permohonan KKM untuk membina lima Kolej Sains Kesihatan Bersepadu (KSKB) di Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Ulu Kinta telah diluluskan oleh pihak kerajaan. Selepas 1957, Malaysia telah mempunyai 65 buah hospital dan lebih menumpukan perkembangan sosio-ekonomi penduduk luar bandar.

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai peranan untuk memulihkan perkembangan sosial.Saban tahun, KKM menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kesihatan seterusnya menjadi rujukan oleh negara-negara jiran dalam bidang teknologi dan perubatan.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.
  • Berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif
  • Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
  • Mengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.
Logo lama Kementerian Kesihatan Malaysia

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Bahagian Peringkat Kementerian[sunting | sunting sumber]

  • Pengurusan
  • Penyelidikan & Sokongan Teknikal
  • Kewangan
  • Kesihatan Awam
  • Keselamatan & Kualiti Makanan
  • Perubatan
  • Perkhidmatan Farmasi
  • Kesihatan Pergigian

Institusi & Agensi[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kesihatan Negeri/Wilayah[sunting | sunting sumber]

Pejabat Kesihatan Daerah/Wilayah[sunting | sunting sumber]

Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Hospital-Hospital Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Klinik Kesihatan dan Pergigian Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Makmal Kesihatan Awam[sunting | sunting sumber]

Klinik 1Malaysia[sunting | sunting sumber]

Program[sunting | sunting sumber]

Sejak konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia seperti :

SL1M Jururawat (Skim Latihan 1 Malaysia Jururawat)[sunting | sunting sumber]

Sejak dari 2013, program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk melatih para graduan diploma kejururawatan bagi meningkatkan kemahiran, kepakaran, keyakinan diri serta pembangunan sahsiah untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang baik. Program ini dijalankan minimum selama 6 bulan dan maksimum selama 1 tahun. Dalam memastikan kelancaran program, terdapat beberapa modul kemahiran yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang menyertai SL1M Jururawat seperti :

    • Infection Control Practies
    • National Nursing Audits
    • Nursing Documentation
    • Neonatal Resuscitation
    • Pain Score
    • Management of Emergency Trolley
    • Nursing Management of Non Communicable Disease
    • Acute Nursing Procedure
    • Communication Skills
    • Corporate Culture
    • Basic Life Support
    • Mentoring Program

Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka[sunting | sunting sumber]

Program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka telah dilangsungkan secara serentak di seluruh pelosok negara pada 9 September 2012 yang lalu. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena bulan kemerdekaan dan telah mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records. Program ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan usia. Sebagai contoh, program Berjalan 10 000 Langkah Merdeka di Kajang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Hospital Kajang, Hospital Ampang, pelajar-pelajar sekolah di sekitar Hospital Kajang, kakitangan Pejabat Pergigian Daerah Hulu Langat, kakitangan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga orang ramai. Sehubungan dengan itu, program ini sememangnya memberi impak positif dengan meningkatkan tahap kesedaran disamping merapatkan hubungan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Cadangan Program[sunting | sunting sumber]

Memandangkan KKM telah mengambil langkah yang bijak dalam memperkasakan konsep 1 Malaysia melalui bidang kesihatan dan perubatan, lebih banyak inisiatif boleh dijalankan bagi mencapai matlamat peningkatan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, pelaksanaan Hari Tanpa Gula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Sehingga tempoh ini sudah kerap agensi-agensi kesihatan mengadakan kempen kesedaran dan mengajak orang awam untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan serta minuman, namun perkara ini tidak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya sehingga dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Gula merupakan pemanis makanan dan pengunaan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik kepada tubuh badan seperti penyakit darah tinggi, diabetes, serta memberi masalah kepada organ-organ (jantung,ginjal dan pankreas). Penggunaan gula boleh digantikan dengan pemanis artificial. Program ini tertumpu kepada golongan kanak-kanak sehingga golongan dewasa terutamanya ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak.

Antara program yang boleh dilaksanakan adalah seperti pesta jualan makanan kurang atau tanpa gula, pameran-pameran tentang bahayanya pengambilan gula secara berlebihan serta ceramah kesedaran di sekolah-sekolah oleh pegawai kesihatan. Melalui program ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan malah dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]