Tamil Nadu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tamilan

தமிழ் நாடு

—  state  —
Lokasi Tamilan di India
Koordinat
Negara  India
Daerah 30
Tarikh ditubuhkan 1 November 1956
Ibu negeri Chennai
Bandar terbesar Chennai, Coimbatore
TYT Gabenor Dr.Konijeti Rosaiah
Ketua Menteri Dr.J Jayalalithaa
Perundangan (kerusi) Unikameral (235)
Penduduk

Kepadatan

6,24,05,679 (ke-6)

478 /km2 (1,238 /sq mi)

Bahasa rasmi Bahasa Tamil
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 130058 km2 (50216 sq mi)
ISO 3166-2 IN-TN
Laman web tn.gov.in

Tamil Nadu (Bahasa Tamil: தமிழ்நாடு Mengenai bunyi ini sebutan , secara harifahnya "Tanah Orang Tamil", IPA: [t̪ɐmɨɻ n̪aːɽɯ]) ialah sebuah negeri di hujung selatan India. Tamil Nadu bersempadan dengan Puducherry (Pondicherry), Kerala, Karnataka dan Andhra Pradesh.

Tamil Nadu pernah dijajah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris dan kemudiannya diterapkan ke dalam Presidensi Madras. Setelah India mencapai kemerdekaan, negeri Madras ditubuhkan pada tahun 1956 berdasarkan sempadan linguistik. Nama negeri ini ditukar kepada Tamil Nadu pada tahun 1969.

Politik Tamil Nadu selama ini didominasi oleh parti-parti AIADMK dan DMK yang merupakan perintis bagi sebilangan kecil dasar yang dirasmikan pada peringkat kebangsaan seperti dasar rizab untuk kasta-kasta dan sektor-sektor dominan dalam masyarakat. Kedua-dua parti ini berpunca dari gerakan Dravidia yang menuntut lebih banyak hak untuk populasi 'orang Dravidia' Tamil Nadu.

Tamil Nadu yang terletak di pantai tenggara semenanjung India ini bersempadan dengan Ghat Timur di utara, serta Nilgiri, Bukit Annamalai dan Palakkad di batat. Negeri ini kaya dengan tanah subur di sepanjang pantai Coromandel, selat Palk, dan Teluk Mannar. Tanah subur Tamil Nadu disalurkan air oleh sungai-sungai seperti Kaveri, Palar, dan Vaigai, serta juga monsun timur laut. Negeri pengilang ini juga merupakan sebuah peneraju dalam pengeluaran hasil pertanian.

Tamil Nadu selaku negeri keenam paling ramai penduduknya di India juga mempunyai kelompok bandar yang terbesar di negara . Dewasa ini, pertumbuhan populasi di negeri ini menjadi antara yang terendah di negara. Globalisasi telah menaikkan peluang eksport, menjadikan Tamil Nadu ekonomi ketigfa terbesar di kalangan negeri-negeri India. Terdapati juga kenaikan dalam bilangan institusi pendidikan di Tamil Nadu yang mengandungi institusi latihan vokasional terbesar di India. Ibu negerinya Chennai (dikenali sebagai Madras sehingga tahun 1996), ialah bandaraya keempat terbesar di India. Coimbatore, Erode, Madurai, Tiruchirapalli, Salem, Tirunelveli dan Tirupur juga merupakan perbandaran di Tamil Nadu.

Tamil Nadu telah lama diduduki manusia sejak zaman prasejarah, dan tradisi sejarah dan budayanya merupakan antara yang tertua di dunia. Kerajaan-kerajaan Tamil Chera, Chola, Pandya dan Pallava bertanggungjawab menghasilkan sebilangan hasil sastera terlama yang masih wujud di India. Selain itu, muzik Karnatik, tarian Bharatanatyam dan seni bina India berevolusi dalam negeri itu. Begitu juga, sebilangan komposer masyhur seperti Tyagaraja, pernah tinggal dan mengecapi kejayaan di Tamil Nadu.

Politik di Tamil Nadu juga adalah satu isu yang amat hangat di mata dunia.Terdapat banyak parti yang sebahagian besarnya merupakan parti Dravidian .Kerajaan negeri kebiasaannya akan berubah setiap lima tahun apabila pilihanraya diadakan. Parti yang memerintah sebelum pilihanraya kebiasaannya tidak akan mendapat majoriti pada pilihanraya dan akan tumbang. Perkara ini mula berlaku sejak kematian ketua menteri(dan juga selebriti) yang paling berpengaruh, M.G.Ramachandran(MGR).Sejak kematian beliau, M.Karunanidhi dari parti DMK dan J.Jayalalithaa dari parti AIADMK merebut jawatan ketua menteri dan kebiasaannya masing-masing hanya dapat mempertahankan jawatan untuk sepenggal sahaja. Contohnya,pada tahun 1991, Jayalalitha menjadi ketua menteri, diikuti oleh Karunanidhi pada tahun 1996, dan Jayalalithaa semula pada tahun 2001.Pada tahun 2006, Karunanidhi berjaya menewaskan Jayalalithaa semula dan menjadi ketua menteri buat kali kelima. pada tahun 2011, Jayalalithaa telah merampas semula jawatan ketua menteri. Kerajaan negeri yang sering tumbang merupakan salah satu faktor rakyat tidak dapat menikmati sesuatu keselesaan secara berterusan berikutan pembatalan dasar-dasar oleh kerajaan negeri yang baru.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]