Pergi ke kandungan

Kementerian Pertahanan Republik Rakyat China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Pertahanan Nasional
Republik Rakyat China
中华人民共和国国防部
Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó Guófángbù

Ibupejabat Kementerian Pertahanan Nasional, Beijing
Intisari agensi
Dibentuk28 September 1954
Bidang kuasa
 Republik Rakyat China
Ibu pejabatBeijing
39°54′28″N 116°19′15″E / 39.90778°N 116.32083°E / 39.90778; 116.32083Koordinat: 39°54′28″N 116°19′15″E / 39.90778°N 116.32083°E / 39.90778; 116.32083
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Majlis Negara
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat
Laman sesawang
www.mod.gov.cn (Inggeris)

Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China atau MND (Cina ringkas: 中华人民共和国国防部Cina tradisional: 中華人民共和國國防部pinyin: Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó Guófángbù) atau singkatan "Kementerian Pertahanan Nasional" (Cina ringkas: 国防部Cina tradisional: 國防部pinyin: Guófángbù) ialah sebuah kementerian berkedudukan ke-2 dibawah Majlis Negara. Ia diketuai oleh Menteri Pertahanan Nasional.

MND ditubuhkan mengikut keputusan yang diterima pakai oleh Sesi Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan yang Pertama pada tahun 1954. Berbeza dengan amalan di negara lain, MND tidak ada autoriti pemerintahan ke atas Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), yang sebaliknya adalah institusi bawahan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC). Tambahan lagi, MND sendiri hanya bekerja sebagai badan perhubungan yang mewakili CMC dan PLA apabila berurusan dengan angkatan tentera asing dari segi pertukaran dan kerjasama ketenteraan.

Tanggungjawab rasminya ialah menjalankan pentadbiran bersepadu ke atas pembangunan angkatan tentera negara seperti pengrekrutan, penyusunan, peralatan, latihan, penyelidikan saintifik ketenteraan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan memberi pangkat serta penggajian para pegawai dan askar-askar. Tetapi, pada realitinya tanggungjawab ini dilaksanakan oleh 15 jabatan CMC.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jabatan dibawah Kementerian Pertahanan Nasional:

  • Pejabat Am
  • Pejabat Luar Negeri
  • Pejabat Pengaman
  • Pejabat Pengerahan

Pejabat Am Kementerian Pertahanan Nasional sebenarnya adalah badan yang sama dengan Pejabat Am CMC. Pejabat-pejabat lain juga dikendalikan oleh kakitangan dari Jabatan Staf Bersama.

Menteri[sunting | sunting sumber]

Walaupun pihak Kementerian tidak mempunyai banyak autoriti, peranan Menteri Pertahanan Nasional selalunya dilihat sebagai salah satu jawatan paling penting dalam sistem politik negara. Menteri sentiasa menjadi pegawai aktif tentera, Ahli Dewan Negara dan ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis serta anggota (kadangkala Naib Pengerusi) Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, membolehkannya mengambil bahagian dalam membuat keputusan untuk PLA, Kerajaan dan Parti.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Ministry of National Defence". SinoDefence.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-09. Dicapai pada 2007-11-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:State Council of the People's Republic of China Templat:State Council Templat:China national security