Angkatan Darat Tentera Pembebasan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Angkatan Darat China" dilencongkan ke sini; jangan terkeliru dengan Tentera Darat Republik China. Untuk kegunaan lain, lihat Tentera Darat China (disambiguation).
Angkatan Darat Tentera Pembebasan Rakyat
中国人民解放军陆军
Emblem of the People's Liberation Army Ground Force.png
Lambang Angkatan Darat PLA
Aktif1927–kini
Negara China
Kesetiaan Parti Komunis China
JenisTentera darat
Saiz1,340,000 aktif sehingga tahun 2019[1]
Sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat
KawatMilitary Anthem of the People's Liberation Army
Pesawat tentera1050[2]buah pesawat
PertempuranPerang Dunia II (1937-45)
Perang Saudara China (1927, 1946)
Perang Korea (1950-53)
Perang China-India (1962)
Perang China-India (1967)
Konflik sempadan China-Soviet (1969)
Perang Vietnam (1962-75)
Perang China-Vietnam (1979)
Konflik China-Vietnam 1979-1990 (1979-90)
Konflik Mali Utara (2012- )[3]
Perang Saudara Selatan Sudan (2013- )
Komander
PanglimaJeneral Han Weiguo
Komisar PolitikJeneral Liu Lei
Tanda kebesaran
BenderaGround Force Flag of the People's Republic of China.svg
Pesawat terbang
Helikopter penyerangCAIC Z-10, Changhe Z-11, Harbin Z-19,
Helikopter kargoAérospatiale SA 321 Super Frelon, Changhe Z-18, Harbin Z-9
Helikopter peninjauChanghe Z-11, Harbin Z-19
Helikopter latihanEurocopter AS350 Écureuil, Eurocopter EC120 Colibri
PengangkutShaanxi Y-8, Shaanxi Y-9, Xian Y-7
Lambang Tentera Pembebasan Rakyat: digunakan juga sebagai roundel pada kenderaan tentera

Angkatan Darat Tentera Pembebasan Rakyat (PLAGF) (Cina ringkas: 中国人民解放军陆军Cina tradisional: 中國人民解放軍陸軍pinyin: Zhōngguó Rénmín Jiěfàngjūn Lùjūn) adalah tentera darat bagi Tentera Pembebasan Rakyat dan ia merupakan cabang terbesar dan tertua bagi keseluruhan angkatan tentera China. PLAGF bermula daripada tahun 1927; namun, ia tidak ditubuhkan secara rasmi sehinggalah tahun 1948.

Hubungan dengan Organisasi lain[sunting | sunting sumber]

Angkatan Darat Tentera Pembebasan Rakyat mengekalkan hubungan rapat dengan beberapa organisasi separa tentera di dalam China, terutamanya Polis Bersenjata Rakyat (PAP) dan pasukan Militia (juga dikenali sebagai Militia China). Kedua-dua organisasi separa tentera ini bertindak sebagai pasukan simpanan bagi PLAGF di masa darurat seperti peperangan atau bencana alam. PAP terdiri daripada 1.5 juta anggota. Misi utama mereka pada masa aman ialah keselamatan dalam negeri dan anti keganasan.[4][5] Pasukan Militia adalah angkatan besar yang terlibat dalam tugas-tugas harian dibawah kepimpinan Parti Komunis China (CPC), dan membentuk sebahagian daripada angkatan tentera China. Dibawah pemerintahan organ ketenteraan, ia menjalankan kerja-kerja seperti khidmat persiapan perang, tugas-tugas keselamatan dan operasi pertahanan dan bantuan dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat. Jumlah Militia kira-kira 3 juta anggota lelaki dan wanita.[6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Templat:Structure of People's Liberation Army Ground Force since 2017