Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (China)
![]() Lambang Parti Komunis China | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 28 September 1954 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat, dan Militia China |
Ibu pejabat | Bangunan 1 Ogos, Beijing |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jawatankuasa Pusat CPC |
Zhōnghuá Rénmín Gònghéguó Zhōngyāng Jūnshì Wěiyuánhuì | |
![]() Lambang Kebangsaan Republik Rakyat China | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 18 Jun 1983 |
Bidang kuasa | Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat dan Militia China |
Ibu pejabat | Bangunan 1 Ogos, Beijing |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kongres Rakyat Kebangsaan |
Laman sesawang | GOV.CN Ministry of National Defense |
Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) merujuk kepada organisasi pertahanan negara yang selari dengan Parti Komunis China dan Republik Rakyat China: Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, sebuah organ Parti dibawah Jawatankuasa Pusat CPC, dan Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, sebuah organ pusat negara dibawah Kongres Rakyat Kebangsaan, sebagai cabang tentera kerajaan nasional.
Perintah dan kawal Tentera Pembebasan Rakyat, Polis Bersenjata Rakyat dan Militia dilaksanakan atas nama CMC Negara, di selia oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan. CMC Negara secara nominal dianggap sebagai badan pembuat dasar tertinggi tentera dan pengerusinya, dipilih oleh Kongres Rakyat Kebangsaan, adalah panglima tertinggi angkatan tentera. Secara realitinya, perintah dan kawal PLA, bagaimanapun, masih dipegang oleh Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China—iaitu CMC Parti.
Kedua-kedua suruhanjaya mempunyai keanggotaan yang sama, oleh itu sebenarnya membentuk satu institusi serupa dibawah dua nama yang berlainan , untuk melengkapkan sistem kerajaan negara dan parti. Kedua-dua suruhanjaya kini dipengerusikan oleh Xi Jinping, yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis China merangkap pemimpin agung. Suruhanjaya 11-orang mengeluarkan arahan-arahan yang berkaitan dengan PLA, termasuk pelantikan pegawai kanan, penempatan pasukan dan perbelanjaan senjata. Hampir kesemua anggota adalah para jeneral kanan, tetapi jawatan yang paling penting selalunya dipegang oleh pemimpin parti paling kanan untuk memastikan kesetiaan mutlak angkatan tentera dan untuk memastikan kelangsungan hidup rejim.[1] CMC mengawal lebih 6.8 juta anggota.
CMC ditempatkan di kawasan Kementerian Pertahanan ("Bangunan 1 Ogos") di barat Beijing.
Keanggotaan
[sunting | sunting sumber]Pembentukan terkini Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis telah ditentukan di Kongres Parti Ke-19 yang berlangsung pada Oktober 2017; suruhanjaya negara itu menunggu pengesahan di Kongres Rakyat Kebangsaan 2018.<
- Pengerusi
- Xi Jinping, juga Setiausaha Agung Parti Komunis China, Presiden Republik Rakyat China, dan Pemimpin Kumpulan Utama CMC bagi Pertahanan Nasional dan Pembaharuan Tentera
- Naib Pengerusi (2)
Jeneral Udara Xu Qiliang, Ahli Politburo Ke-19, Timbalan Eksekutif Pemimpin Kumpulan Utama CMC bagi Pertahanan Nasional dan Pembaharuan Tentera
Jeneral Zhang Youxia,[2] Ahli Politburo Ke-19, Timbalan Pemimpin Kumpulan Utama CMC bagi Pertahanan Nasional dan Pembaharuan Tentera
- Keanggotaan (4)
Jeneral Wei Fenghe, Ahli Dewan Negara dan Menteri Pertahanan
Jeneral Li Zuocheng, Ketua Staf Bersama
Laksamana Miao Hua, Pengarah Jabatan Kerja Politik CMC
Jeneral Zhang Shengmin, Setiausaha Jawatankuasa CMC bagi Pemeriksaan Tatatertib, juga Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Tatatertib CPC.
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Organisasi dalaman sebenar CMC sangat rahsia. Tetapi, sehingga tahun 2015 ia diketahui bahawa CMC terdiri daripada 5 jabatan utama. Jabatan Staf Bersama adalah pusat utama keseluruhan pemerintahan tentera China dan sistem kawalan, bertanggungjawab bagi tugas pentadbiran harian CMC. Pejabat Am memproses semua komunikasi dan dokumen CMC, menyelaras mesyuarat, dan menyampaikan perintah dan arahan kepada organ-organ subordinat yang lain.
Semasa pembaharuan tentera 2015, atas arahan Pengerusi Xi Jinping, 15 jabatan diwujudkan bagi menggantikan 5 institusi, yang dibubarkan. 15 jabatan tersebut adalah:[3]
- Pejabat Am (办公厅)
- Jabatan Staf Bersama
- Jabatan Kerja Politik
- Jabatan Sokongan Logistik
- Jabatan Pembangunan Kelengkapan
- Jabatan Latihan dan Pentadbiran
- Jabatan Kerahan Pertahanan Nasional
- Jawatankuasa Pemeriksaan Tatatertib
- Jawatankuasa Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang
- Jawatankuasa Sains dan Teknologi
- Pejabat Perancangan Strategik
- Pejabat Pembaharuan dan Struktur Organisasi
- Pejabat Kerjasama Ketenteraan Antarabangsa
- Pejabat Audit
- Agensi bagi Pejabat Pentadbiran
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ BBC, "How China is Ruled: Military Affairs Commission", accessed 05-6-2010
- ^ Chan, Minnie (2017-10-25). "General Zhang Youxia: Xi Jinping's 'sworn brother' now his deputy on China's top military body". South China Morning Post. Dicapai pada 2017-10-26.
- ^ "国防部新闻事务局官微发布中央军委机关英文译名". People's Daily Online. Dicapai pada 2016-01-15.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- "Central Military Commission". SinoDefence.com. Diarkibkan daripada yang asal (ASP) pada 2007-11-09. Dicapai pada 2007-11-21.
- "Chinese parliament approves premier, CMC vice-chairmen". news.xinhuanet.com/english. Dicapai pada 2008-03-16.