Kepala banteng hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kepala banteng hitam
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Ictaluridae
Genus: Ameiurus
Spesies:
A. melas
Nama binomial
Ameiurus melas
Julat sejagat A. melas
Sinonim
  • Silurus melas Rafinesque, 1820
  • Ictalurus melas (Rafinesque, 1820)
  • Ameiurus vulgaris (Thompson, 1842)

Kepala banteng hitam (Ameiurus melas) ialah spesies keli kepala banteng. Seperti keli kepala banteng lain, ia mempunyai kebolehan hidup di perairan yang kurang oksigen, payau, keruh mahupun sangat panas.[2] Ia turut mempunyai sesungut yang terletak berdekatan mulutnya, kepala lebar, sirip berduri, dan tiada sisik. Ia boleh dikenal pasti daripada kepala banteng lain lantaran sesungutnya hitam, dan mempunyai bulan sabit perang di sekeliling ekornya. Sirip kaudalnya pula terpenggal (berpetak pada penjuru).[3]

Nama ikan kepala banteng hitam dipakai di Indonesia untuk spesies tersebut,[4] sedangkan dalam bahasa Inggeris ia dipanggil black bullhead.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NatureServe (2013). "Ameiurus melas". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2013: e.T202674A2746540. doi:10.2305/IUCN.UK.2013-1.RLTS.T202674A2746540.en. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ Black Bullhead Detailed Information – Montana Animal Field Guide Diarkibkan Julai 1, 2007, di Wayback Machine
  3. ^ "Catfish".
  4. ^ Tomi Zapino; Chairi Fitri (2022). Kamus Nomenklatur Flora & Fauna. Bumi Aksara. m/s. 277. ISBN 6022178525.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]