Kepulauan Banda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kepulauan Banda
BandaBesarIslandSeenFromFortBelgica.JPG
Pulau Banda Besar dilihat dari Fort Belgica
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat4°35′S 129°55′E / 4.583°S 129.917°E / -4.583; 129.917Koordinat: 4°35′S 129°55′E / 4.583°S 129.917°E / -4.583; 129.917
KepulauanKepulauan Maluku
Luas45.6 km2 (17.6 bt2)
Pentadbiran
Indonesia
Demografi
Populasi18,544 (2010)
Pop. density406.7 /km2 (1,053.3 /sq mi)
Lokasi Kepulauan Banda di tengah-tengah Kepulauan Maluku
Peta Kepulauan Banda

Kepulauan Banda (Bahasa Inggeris: Banda Islands) ialah sekumpulan sepuluh pulau vulkan yang terletak di Laut Banda, lebih kurang 140 km (87 mi) di selatan Pulau Seram dan lebih kurang 2,000 km (1,243 mi) di timur Pulau Jawa. Kumpulan ini membentuk sebuah daerah pentadbiran (kecamatan) di dalam Kabupaten Maluku Tengah di dalam Provinsi Maluku, Indonesia. Bandar utama dan pusat pentadbiran ialah Bandanaira, terletak di pulau yang senama. Pulau-pulau ini timbul dari lautan sedalam 4-hingga-6-kilometer (2.5 hingga 3.7 mi) dan memiliki keluasan tanah lebih kurang 45.6 kilometer persegi (17.6 bt2). Mengikut banci tahun 2010, populasi kepulauan ini adalah seramai 18,544 orang.[1] Sehingga pertengahan abad ke-19, Kepulauan Banda merupakan punca tunggal rempah buah pala dan kulit pala, yang diraih daripada pohon buah pala (Myristica fragrans).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Terdapat tujuh buah pulau yang berpenghuni dan sebilangan yang tidak diduduki orang. Pulau-pulau yang berpenghuni adalah:

Gunung berapi aktif, Banda Api di Kepulauan Banda
Pulau utama, Banda Neira (tengah) dilihat dari puncak gunung berapi Gunung Api. Di latar kelihatan Pulau Lontar (Banda Besar).

Kumpulan utama:

  • Banda Neira, atau Naira, pulau di mana terletaknya bandar pentadbiran dan sebuah lapangan terbang kecil (dan juga tempat penginapan buat para pelawat). Terdapat di Banda Neira ialah Fort Belgica ("Kota Belgica"), satu daripada kubu Belanda yang terbesar yang masih utuh di Indonesia.
  • Banda Api, ialah sebuah gunung berapi aktif (Gunung Api) dengan puncak setinggi 650 m
  • Banda Besar ialah pulau terbesar, 12 km (7 mi) panjang dan 3 km (2 mi) lebar. Ia mempunyai tiga kawasan berpenduduk, Lonthoir, Selamon dan Waer.

Ke arah barat:

  • Pulau Ai atau Pulau Ay
  • Pulau Run, lebih sedikit ke arah barat. Dalam abad ke-17, pulau ini terlibat dalam pertukaran antara Britain dan Belanda; ia ditukar dengan pulau Manhattan di New York.

Ke timur:

Ke arah tenggara:

  • Pulau Hatta, sebelum itu dikenalai sebagai pulau Rosengain atau Rozengain

Pulau-pulau lain, berkemungkinan kecil dan/atau tidak dihuni, adalah:

  • Nailaka, tidak berapa jauh ke arah timur laut Pulau Run
  • Batu Kapal
  • Manuk, sebuah gunung berapi aktif
  • Pulau Keraka or Pulau Karaka
  • Manukang
  • Terumbu Hatta

Pulau-pulau ini sebahagian daripada wilayah ekologi hutan desiduous Pulau Laut Banda

  1. ^ Biro Pusat Statistik, Jakarta, 2011.