Jawa
Geografi | |
---|---|
Lokasi | Asia Tenggara |
Koordinat | |
Kepulauan | Kepulauan Sunda Besar |
Pentadbiran | |
Indonesia | |
Demografi | |
Populasi | 146 946 638 Juta (2016) |
Jawa (tulisan Jawi: جاوا ) ialah nama sebuah pulau di Indonesia, sekaligus nama bagi semua yang berkait dengan pulau Jawa seperti etnik majoriti, bahasa Jawa, dan sastera Jawa.
Pulau Jawa di Indonesia yang mempunyai kawasan seluas 126,700 km persegi mempunyai 146 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 1 160 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa ialah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).
Isi kandungan
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Jawa terbahagi kepada 4 provinsi, 1 daerah istimewa, dan 1 daerah khusus ibu kota:
Geografi[sunting | sunting sumber]
Semula jadi[sunting | sunting sumber]
Jawa terletak dalam rantaian kepulauan dengan Sumatra di barat laut dan Bali di sebelah timur. Di sebelah timur laut terletak Borneo. Di selatan ialah Pulau Krismas.
Jawa hampir keseluruhannya berasal daripada gunung berapi, dan mengandungi tidak kurang daripada tiga puluh lapan gunung yang berbentuk kon menunjukkan ia merupakan gunung berapi yang pernah aktif.
Lihat gunung berapi Jawa.
Penduduk[sunting | sunting sumber]
Ibu negara Indonesia, Jakarta terletak di Jawa. Pusat kebudayaan pulau Jawa ialah bandar Surakarta dan Yogyakarta. Borobudur merupakan binaan Buddha berbentuk piramid yang terletak berhampiran Yogyakarta.
Kebudayaan[sunting | sunting sumber]
- Bahasa Jawa merupakan bahasa bagi 100,000,000 juta orang di seluruh Indonesia, dipertuturkan di tengah dan timur Jawa
- Bahasa Sunda merupakan bahasa bagi 35,000,000 orang di sebelah barat Jawa ketiga.
- Bahasa Melayu dialek Betawi dipertuturkan di Jakarta.
- Bahasa Madura diperuntukkan di bahagian Jawa Timur.
- Muzik gamelan.