Kerajaan negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kerajaan negeri atau pemerintahan negeri ialah pemerintahan bagi sesebuah subbahagian negara dalam pembentukan sebuah pemerintahan berbentuk persekutuan, yang mana ia berkongsi kuasa politik dengan pemerintahan persekutuan atau negara. Sebuah kerajaan negeri boleh mempunyai autonomi politik dalam beberapa perkara, atau terus di bawah kawalan pemerintah persekutuan. Hubungan ini kebiasaannya telah ditentukan dalam perlembagaan masing-masing.