Kereta Api Bawah Tanah Glasgow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta Api Bawah Tanah Glasgow
کريتا اڤي باوە تانه ݢلسݢوو
Glasgow Subway.svg
Logo Glasgow Subway
GLASGOW SUBWAY BUCHANAN STREET SCOTLAND SEP 2013 (9689698808).jpg
Stesen Buchanan Street
Glasgow Underground.jpg
Kereta api arah lingkaran dalam tiba di stesen West Street
Umum
Nama asal Glasgow Subway
Lokasi Glasgow
 Scotland
Jenis transit Alihan laju
Jumlah laluan/aliran 1
Jumlah stesen 15
Bil. penumpang harian 34,950 (2013/2014)[1]
Laman sesawang SPT Subway
Operasi
Mula beroperasi 14 Disember 1896 (120 tahun)
Pengendali Strathclyde Partnership for Transport (SPT)
Teknikal
Panjang sistem 10.5 kilometer (6.5 bt)
Tolok landasan 1,219 mm (4 ka)
Pengelektrikan 600 V DC rel ketiga
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kereta Api Bawah Tanah Glasgow (Inggeris: Glasgow Subway) merupakan sebuah sistem kereta api bawah tanah yang terdapat di Glasgow, Scotland. Dibuka pada 14 Disember 1896, sistem ini adalah yang ketiga tertua di dunia selepas London Underground dan Metro Budapest. Sistem kereta api ini satu-satunya di United Kingdom yang berada sepenuhnya di bawah tanah dan juga salah satu daripada beberapa sistem di dunia yang masih menggunakan tolok landasan 1,219 milimeter (4 ka 0 in). Dahulunya, Kereta Api Bawah Tanah Glasgow merupakan kereta api kabel sebelum bertukar kapada kereta api elektrik tetapi aliran membulat kembarnya tidak pernah dikembangkan.

Nama[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, kereta api bawah tanah ini dikenali sebagai Kereta Api Bawah Tanah Daerah Glasgow (Glasgow District Subway), tetapi kemudiannya dinamakan semula sebagai Kereta Api Laluan Bawah Tanah Glasgow (Glasgow Subway Railway). Pada tahun 1936, nama sistem ini diubah kepada Glasgow Underground selepas diambil alih oleh Glasgow Corporation. Walaupun penjenamaan semula dilakukan, penduduk Glasgow masih memanggil sistem kereta api ini sebagai The Subway. Pada 2003, nama Subway (kereta api bawah tanah) diguna pakai secara rasmi oleh pengendali kereta api, Strathclyde Partnership for Transport (SPT).

Stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen-stesen berikut disusun mengikut arah jam bermula dari stesen Partick.

Peta rangkaian Kereta Api Bawah Tanah Glasgow
Imej Nama Pertukaran antara mod Mercu tanda sekitar Penggunaan
(2013–2014)
[1]
Stesen Partick Partick
(dahulunya Merkland Street sehingga 1977)
National Rail Stesen Partick
Pertukaran bas First Buses
Pertukaran bas Perkhidmatan bas McGill's
Pertukaran bas Avondale
  • Muzium Tepian Sungai
  • Padang Kriket Hamilton Crescent
1,032,557
Stesen Kelvinhall Kelvinhall
(dahulunya Partick Cross sehingga 1977)
Pertukaran bas First Buses
Pertukaran bas Perkhidmatan bas McGill's
  • Kelvin Hall
  • Galeri Seni dan Muzium Kelvingrove
  • Taman Kelvingrove
  • Universiti Glasgow
  • Western Infirmary
646,553
Stesen Hillhead Hillhead Pertukaran bas First Buses
  • Universiti Glasgow
  • Taman Botani Glasgow
  • Byres Road
  • Ashton Lane
1,833,768
Stesen Kelvinbridge Kelvinbridge Medan kereta Pandu & Rantau Kelvinbridge
Pertukaran bas First Buses
  • Great Western Road
  • Taman Kelvingrove
  • Universiti Glasgow
  • Katedral St Mary
  • The Glasgow Academy
913,154
Stesen St George Cross St George's Cross (Salib St George) Pertukaran bas First Buses
  • Great Western Road
  • Stadium Firhill
544,359
Stesen Cowcaddens Cowcaddens Pertukaran bas First Buses
  • The Willow Tearooms
  • Sekolah Seni Glasgow
  • Universiti Caledonia Glasgow
  • Kolej Kelvin Glasgow Kelvin
  • Galeri Studio Seni Arca Glasgow
459,298
Stesen Buchanan Street Buchanan Street (Jalan Buchanan) National Rail Stesen Queen Street
Pertukaran bas Stesen bas Buchanan
  • Buchanan Street
  • Galeri Buchanan
  • Dewan Bandaraya Glasgow
  • Dataran George
  • Dewan Konsert Diraja Glasgow
  • Cineworld
2,483,651
Stesen St Enoch St Enoch National Rail Stesen Pusat Glasgow
National Rail Stesen Argyle Street
Pertukaran bas First Buses
Pertukaran bas Perkhidmatan bas McGill's
Pertukaran bas Stagecoach West Scotland
  • St. Enoch Centre
  • Katedral St Andrew's
  • River Clyde
1,856,873
Stesen Bridge Street Bridge Street (Jalan Jambatan) Medan kereta Pandu & Rantau Bridge Street
Pertukaran bas First Buses
  • O2 Academy Glasgow
  • Mahkamah Syerif Glasgow
396,892
Stesen West Street West Street (Jalan Barat) 98,094
Stesen Shields Road Shields Road (Jalan Perisai) Medan kereta Pandu & Rantau Shields Road
  • Muzium Sekolah Jalan Scotland
457,161
Stesen Kinning Park Kinning Park (Taman Kinning) 236,768
Stesen Cessnock Cessnock Pertukaran bas First Buses
Pertukaran bas Perkhidmatan bas McGill's
  • Pusat Sains Glasgow
    (termasuklah Menara Glasgow, Panggung Wayang IMAX)
  • BBC Scotland
  • Rangkaian TV STV
473,507
Stesen Ibrox Ibrox
(dahulunya Copland Road sehingga 1977)
Pertukaran bas First Buses
Pertukaran bas Perkhidmatan bas McGill's
  • Stadium Ibrox
509,986
Stesen Govan Govan
(dahulunya Govan Cross sehingga 1977)
Pertukaran bas First Buses
Pertukaran bas Perkhidmatan bas McGill's
  • Gereja Kariah Lama Govan
944,879

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Annual Report 2013/14" (PDF). Strathclyde Partnership for Transport. Dicapai pada 2016-12-20. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • J. Wright and I. Maclean, Circles under the Clyde: A history of the Glasgow Underground, Capital Transport, 1997, ISBN 1-85414-190-2
  • Hunt, John (4–17 Jun 1997). "Running like clockwork!". RAIL. No. 306. EMAP Apex Publications. pp. 30–34. ISSN 0953-4563. OCLC 49953699.
  • G. Watson, Glasgow Subway Album, George Watson, 2013, ISBN 978-1-906311-06-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]