Kereta api berkelajuan tinggi di China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di China boleh merujuk kepada sebarang perkhidmatan kereta api komersil di China yang kelajuan puratanya 200km/j dan ke atas. Setakat Disember 2013,panjang rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di China 11,028 kilometer, menjadikannya terpanjang di dunia. Antaranya termasuk laluan yang terpanjang di dunia, Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Beijing-Guangzhou.

Sejak perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi diperkenalkan pada 18 April 2007, jumlah penumpang harian bertumbuh daripada 237,000 pada 2007 kepada 1.33 juta pada tahun 2012, menjadikan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di China paling kerap digunakan di dunia. Rangkaian tersebut termasuk laluan rel konvensional yang dipertingkatkan, laluan rel berkelajuan tinggi yang baru dibina, dan laluan apungan magnetik (maglev) komersil berkelajuan tinggi yang pertama di dunia. Hampir semua laluan dan pusingan stok dimilik dan dikendalikan oleh China Railway Corporation, pengendali kereta api nasional yang bekasnya dikenali sebagai Kementerian Jalan kereta Api. Kereta Api Maglev Shanghai dimilik dan dikendalikan oleh kerajaan perbandaran Shanghai.

Rangkaian trek[sunting | sunting sumber]

Kerajaan China bervcita-cita tinggi dalam projek sistem kereta api berkelajuan tingginya. Ia merupakan sistem kereta api yang paling besar, paling cepat dan paling canggih teknologinya di dunia. Rangkaian berkelajuan tinggi yang panjangnya 25,000 km dan trennya yang mencapai kelajuan normal 350 km/j dicadangkan. China telah melaburkan $50 bilion dalam sistem kereta api berkelajuan tingginya pada tahun 2009 dan jumlah kos keseluruhan pembinaan sistem tersebut ialah $300 bilion. Pengendali utama perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di Republik Rakyat China ialah Kereta Api Berkelajuan Tinggi China (CRH). Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi konvensional China dibentuk oleh empat komponen:

  1. laluan rel yang sedia ada dipertingkatkan untuk memuatkan tren berkelajuan tinggi
  2. laluan HSR grid nasional yang mengangkut kebanyakan penumpang
  3. laluan rel konvensional yang baru dibina, kebanyakannya di kawasan barat China
  4. laluan HSR antara bandar di kawasan tertentu

Kebanyakan laluan rel jenis kedua hingga keempat sedang dibina.

Laluan rel dipertingkatkan[sunting | sunting sumber]

Sejak 18 April 2007, 6,003 km trek dipertingkatkan untuk mencapai 200 km/j. Antaranya, 848 km berjaya mencapai 250 km/j. Antaranya termasuk Lalaun Rel Penumpang Qinhuangdao-Shenyang (Qinshen), dan bahagian Qingdao-Jinan (Jiaoji), Shanghai-Kunming (Hukun) di antara Hangzhou dan Zhuzhou, Lalaun Rel Guangzhou-Shenzhen (Guangshen), Beijing–Shanghai (Jinghu), Beijing-Harbin (Jingha), Beijing-Guangzhou (Jingguang), Longhai di anatara Zhengzhou ke Xuzhou. Kerja peningkatan diteruskan pada laluan lain seperti Lalaun Rel Wuhan-Danyang (Handan), Hunan-Guizhou (Xianggui), and Nanjing-Nantong (Ningqi). Sebanyak 295 stesen telah dibina atau diubah suai untuk memuatkan tren berkelajuan tinggi.

Grid kereta api berkelajuan tinggi nasional (4+4)[sunting | sunting sumber]

Projek kereta api berkelajuan tinggi China tertumpu kepada laluan rel grid nasional baru yang mengatasi rangkaian laluan rel yang sedia ada. Grid tersebut dibentuk oleh lapan koridor rel berkelajuan tinggi, empat dari utara ke selatan dan empat dari timur ke barat, dan jumlahnya 12,000 km. Kebanyakan lalaun baru ini mengikut laluan utama sedia ada dan direka untuk mengangkat penumpang sahaja. Beberapa bahagian grid nasional, terutamanya koridor tepi pantai tenggara, dibina untuk menghubungkan bandar-bandar yang tiada sambungan kereta api sebelumnya. Tren berkelajuan tinggi yang mengangkut penumpang sahaja mencecah 300 - 350 km/j, manakala laluan campuran yang mengangkut penumpang dan barangan boleh mencapai 200-250 km/j. Projek gergasi ini dirancang untuk diselesaikan pada tahun 2020, tetapi dorongan kerajaan telah mempercepat pembinaan banyak laluan.

Laluan yang sudah beroperasi sepenuhnya akan dihijaukan.

Empat laluan koridor HSR Utara-Selatan