Pergi ke kandungan

Kerusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerusi

Kerusi (Jawi: كروسي dari Arab: كُرسِي, rumi: kursī) atau pangku (Pat.) ialah sejenis perabot untuk duduk, biasanya untuk kegunaan seorang. Ia memiliki bahagian sandar, dan kekadangnya alas tangan. Kerusi seringnya mempunyai empat batang kaki untuk menyangga tempat duduk di atas lantai.

Kerusi yang tidak ada bahagian sandar dan alas tangan dipanggil bangku. Kerusi yang boleh digunakan oleh lebih daripada satu orang termasuk kerusi rehat, sofa, kerusi seti, loveseat, dan bangku. Tempat letak kaki yang berasingan untuk kerusi dikenali sebagai Otoman, kusyen lutut atau puf. Kerusi di dalam kenderaan atau teater dipanggil tempat duduk. Kerusi ialah sejenis perabot yang boleh dialih.

Sejarah kerusi

[sunting | sunting sumber]

Serusi sering kali amat antik dan mudah, sungguhpun bagi bebrapa kurun dan malah ribuan tahun ia merupakan perabut negara dan bangsawan dan bukannya barang kegunaan orang biasa. "Kerusi" sering kali digunakan secara meluas sebagai lambang kuasa dalam "House of Commons" di United Kingdom dan Kanada, dan dalam banyak keadaan yang lain. Jawatankuasa, majlis pengarah, dan jabatan akademik kesemuanya memiliki ketua pengarah ('chairman'). Anugerah jawatan profesor dirujuk sebagai kerusi. Ia sebenarnya hanya menjadi biasa di mana-mana sekitar abad ke-16. Peti, bangku dan bangku panjang sebelum itu merupakan tempat duduk bagi aktiviti harian, dan bilangan kerusi yang terselamat dari tarikh lebih awal amat terhad; kebanyakan contoh adalah bersifat keugamaan atau bangsawan. Pengetahuan kita mengenai kerusi zaman silam hampir keseluruhannya datangnya dari tugu peringatan, ukiran dan lukisan.

Pada zaman Mesir silam kerusi kelihatannya mewah dan berhias. Diperbuat dari kayu hitam ("ebony") dan gading, atau dari kayu berukir atau bersepuh, ia diselitupi dengan bahan berharga, corak mengkagumkan dan berkaki lambang kaki haiwan atau ukiran tawanan. Semasa dinasti Tang (618 - 907 AD), kerusi tinggi mula muncul dikalangan bangsawan Cina dan kegunaannya kemudiannya tersebar pada semua golongan lapisan masyarakat. Menjelang abad ke-12 duduk di atas lantai jarang diamalkan di China, tidak seperti negara Asia lain di mana adat itu diteruskan, dan kerusi, atau lebih biasanya bangku, digunakan di sebahagian besar rumah di keseluruhan China.