Kes rogol Delhi 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kes rogol Delhi 2012
Silent Protest at India Gate.jpg
Pembantah di Gerbang India di Delhi
Tarikh 16 Disember 2012; 5 tahun yang lalu (2012-12-16)
Masa 9:54 pm IST (UTC+5:30)
Lokasi Delhi, India
Pendapatan Ram Singh meninggal dalam tahanan; defendan dewasa lain dihukum gantung sampai mati; defendan juvenil dihukum tiga tahun di sarana pemulihan akhlak
Kematian 1 (mangsa wanita) pada 29 Disember 2012
Kecederaan 1 (mangsa lelaki)
Hukuman Rogol, bunuh, culik, rompak, serang[1]
Keputusan Bersalah

Pada 16 Disember 2012, seorang pelajar wanita jurusan fisioterapi[2] dibelasah dan dirogol bergilir-gilir di Munirka, Delhi. Mangsa, dan teman lelakinya menaiki bas dalam perjalanan pulang selepas menonton sebuah filem di selatan Delhi. Di dalam bas tersebut, dipercayai bas persendirian, kedua-duanya dipukul oleh lima orang penumpang dan juga pemandu, yang kemudian merogol mangsa. Mangsa kemudiannya dicampak keluar. Mangsa yang cedera parah, menjalani pembedahan di Delhi sebelum dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura. Mangsa kemudiannya meninggal dunia pada 29 Disember.[3]

Insiden ini mencetuskan kemarahan orang awam serta tunjuk perasaan diadakan bagi membantah kejadian rogol dan pencabulan di India, dan juga menuntut hukuman mati terhadap penjenayah terlibat. Tunjuk perasaan ini kemudiannya menjadi ganas dengan seorang anggota polis terkorban, serta memaksa pihak berkuasa menutup jalan-jalan ke pejabat-pejabat kerajaan.

Keenam-enam orang yang disyaki telah ditangkap dan didakwa dengan serangan seksual dan pembunuhan. Salah seorang tertuduh, Ram Singh, mati dalam tahanan polis pada 11 Mac 2013.[4] Laporan polis menyatakan dia membunuh diri, namun peguam dan keluarganya mengesyaki dia dibunuh.[5] Tertuduh lain dibicarakan di mahkamah dengan segera; pihak pendakwa menyiapkan kesnya pada 8 Julai.[6] Pada 31 Ogos 2013, pesalah juvenil disabitkan merogol dan membunuh dan dijatuhkan hukuman maksimum penjara tiga tahun di sebuah sarana pemulihan akhlak.[7] Manakala pada 10 September, empat defendan dewasa yang tinggal juga disabitkan bersalah merogol dan membunuh dan tiga hari kemudian dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.[8][9][10]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 9:30 malam, mangsa, seorang pelajar jurusan fisioterapi, 23 tahun, serta teman lelakinya, seorang jurutera perisian, 28 tahun, menaiki sebuah bas persendirian yang mempunyai enam orang penumpang selepas menonton wayang. Ketika dalam perjalanan, temannya mula curiga apabila bas tersebut melencong daripada laluan yang sepatutnya. Pada mulanya, geng tersebut cuba mencabul gadis itu, tetapi teman lelakinya bertindak mempertahankan mangsa. Geng tersebut kemudiannya memukul teman lelakinya dengan batang besi di kepala membuatkannya tidak sedar diri. Mangsa kemudiannya diheret ke belakang bas sebelum dirogol bergilir-gilir.[11][12]

Mangsa, yang juga pengsan selepas dirogol, barsama teman lelakinya dicampak keluar kira-kira sejam selepas itu. Dilaporkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada abdomen akibat dipukul, serta kemaluannya akibat dimasukkan objek tumpul dipercayai batang besi tersebut.[13] Kecederaan dalaman teruk yang dialami mangsa dikatakan berpunca oleh tindakan perogol tersebut menggunakan sebatang besi berkarat yang berbentuk L.[14] Perogol tersebut bertindak merompak mangsa sebelum dicampak keluar dalam keadaan separuh bogel.[15]

Perbicaraan[sunting | sunting sumber]

Mangsa lelaki memberi keterangan di mahkamah pada 19 Disember 2012.[16] Mangsa wanita pula merekodkan kenyataannya kepada seorang majistret sub-bahagian di Hospital Safdarjung pada 21 Disember, dengan kehadiran Timbalan Pesuruhjaya Polis.[17]

Pada 28 Januari, tertuduh termuda diisytiharkan sebagai juvenil oleh Juvenile Justice Board (JJB).[18] Dia dibicarakan berasingan di mahkamah juvenil. Pada 31 Ogos 2013, pesalah remaja ini disabitkan merogol dan membunuh dan dijatuhkan hukuman maksimum penjara tiga tahun di sebuah sarana pemulihan akhlak, termasuk tempoh lapan bulan tahanan reman semasa perbicaraan.[19]

Para tertuduh dewasa mengaku tidak bersalah.[20] Pada 11 Mac, pemandu bas Ram Singh ditemui tergantung dari sebuah lubang udara di selnya di Penjara Tihar sekitar 5:45 pagi.[21] Laporan polis menyatakan dia membunuh diri, namun peguam dan keluarganya mengesyaki dia dibunuh.[5] Tertuduh lain dibicarakan di mahkamah dengan segera; pihak pendakwa menyiapkan fasa pembuktian pada 8 Julai.[6] Pada 10 September, empat defendan dewasa yang tinggal juga disabitkan bersalah merogol dan membunuh dan pada 13 September dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.[8][9][10] Selepas keputusan diberikan, orang yang menunggu di luar bilik pembicaraan bertepuk tangan.[22]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Awam[sunting | sunting sumber]

Tindakan kejam oleh penjenayah serta kes rogol di India terutama di delhi yang teruk mendorong orang awam untuk menuntut keadilan daripada pihak kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan. Tunjuk perasaan ini bermula pada 21 Disember 2012 di Delhi.[23]. Tunjuk perasaan ini yang aman pada mulanya bertukar menjadi ganas apabila ia disertai oleh orang-orang luar yang membuat kecoh[24] dengan polis menyembur air kepada penunjuk perasaan dan penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam.[25] Akibat ini, ramai yang tercedera dan juga dilaporkan terdapat kematian.[26][27]

Berikutan tunjuk perasaan ini, bandar Delhi menjadi lumpuh apabila jalan-jalan terpaksa ditutup bagi mengawal keadaan.[28] Perkhidmatan kereta api bawah tanah juga terpaksa dihadkan dengan beberapa stesen terpaksa ditutup.[24]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kejadian ini yang dianggap kejam, mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa.

Perhimpunan secara aman di Kedutaan dan Konsulat India di luar negara, dibuat oleh kaum wanita dan komuniti India yang bersimpati dengan mangsa, menuntut agar keadilan dapat diberikan serta undang-undang digubal bagi membolehkan kes-kes seperti ini tidak berlaku lagi.[29][30]

Pada 29 Disember 2012, Kedutaan Amerika Syarikat di India mengeluarkan kenyataan akhbar. Dalam kenyataan akhbar tersebut diselitkan ucapan takziah dan menyatakan usaha untuk melupuskan segala keganasan berdasarkan jantina.[31]

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan bahawa keganasan terhadap wanita adalh sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan. Setiap wanita perlulah dihormati dan dilindungi. Beliau juga menggesa Kerajaan India supaya bertindak menyelesaikan kes dengan seadilnya.[32]

Di Singapura, di mana mangsa menghebuskan nafas terakhir, Menteri Luar merangkap Menteri Undang-undang Singapura, K Shanmugam menulis di laman Facebooknya bahawa hukuman mati harus dikekalkan untuk jenayah seperti ini.[33] Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga Singapura, Halimah Yacob pula menulis di laman Facebooknya bahawa wanita masih dianggap bertaraf rendah di kebanyakan negara.[34]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gardiner Harris (3 Januari 2013). "Murder Charges Are Filed Against 5 Men in New Delhi Gang Rape". The New York Times. Dicapai 3 Februari 2013. 
  2. ^ "IAP condoles death of Delhi gang-rape victim". New Delhi: Zee News. Press Trust of India. 29 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  3. ^ "Delhi gangrape: Chronology of events". The Hindu. New Delhi. 31 Ogos 2013. Dicapai 2 September 2013. 
  4. ^ "Delhi gang-rape case accused commits 'suicide'". The Hindu. 11 Mac 2013. Dicapai 11 Mac 2013. 
  5. ^ a b "Delhi rape accused found dead in prison". BBC. Dicapai 11 Mac 2013. 
  6. ^ a b "December 16 gang rape: Prosecution finishes evidence". The Times of India. Indo-Asian News Service. 8 Julai 2013. Dicapai 10 Julai 2013. 
  7. ^ (Inggeris) « Fast Track court awards death sentences to convicts of Delhi Rape case », Ramalingam.Va, Le Journal International, 14 September 2013
  8. ^ a b "Delhi gang rape: Four sentenced to death". BBC News. 13 September 2013. Dicapai 13 September 2013. 
  9. ^ a b Barry, Ellen (13 September 2013). "4 Sentenced to Death in Rape Case That Riveted India". The New York Times. Dicapai 13 September 2013. 
  10. ^ a b Sharma, Betwa (13 September 2013). "Photos: Indian court echoes populist outcry, gives 4 rapists death sentence". Sneak Peek. Vocativ.com. Dicapai 14 September 2013. 
  11. ^ "Delhi gang-rape: victim narrates the tale of horror". The Hindu. 23 Disember 2012. Dicapai 29 Disember 2012. 
  12. ^ "Kes rogol: India tuntut hukuman mati". Sinar Harian. Dicapai 30 Disember 2012.  Teks "19 Disember 2012" diabaikan (bantuan)
  13. ^ "Delhi gangrape victim regains consciousness, next 48 hours critical". Firstpost. 18 Disember 2012. Dicapai 29 Disember 2012. 
  14. ^ "Rape survivor airlift was govt., not medical, decision". 28 Disember 2012. Dicapai 29 Disember 2012.  Teks "publisher The Hindu" diabaikan (bantuan)
  15. ^ "Indians Outraged Over Rape on Moving Bus in New Delhi". The New York Times. 18 Disember 2012. Dicapai 29 Disember 2012. 
  16. ^ Ghosh, Shamik (19 Disember 2012). "Delhi gang-rape: victim's friend, also on bus, gives statement in court". NDTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  17. ^ "Gangrape victim speaks to magistrate". The Hindu. New Delhi. Press Trust of India. 22 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  18. ^ "Most brutal rapist declared minor, victim's kin outraged". Hindustan Times. 28 Januari 2013. 
  19. ^ TNN (31 Ogos 2013). "Nirbhaya gang-rape case: Juvenile found guilty of rape and murder". The Times of India. Dicapai 31 Ogos 2013. 
  20. ^ "Three Accused in Delhi Gang Rape Case to Plead 'Not Guilty'". The New York Times. 9 January 2013. Dicapai 9 January 2013. 
  21. ^ "No watch on night Ram Singh died". The Times of India. 19 Mac 2013. Dicapai 1 Julai 2013. 
  22. ^ "4 Delhi gang-rape case: Death sentence for all four convicts". The Times of India. 13 September 2013. Dicapai 13 September 2013. 
  23. ^ "Public fury over New Delhi gang-rape sparks protest across India". Reuters. 21 disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012.  Check date values in: |date= (bantuan)
  24. ^ a b "Delhi protests take violent turn, 150 injured, policeman critical". The Indian Express. 24 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  25. ^ "Protests Over Rape Turn Violent in Delhi". New York Times. 23 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  26. ^ "Delhi gang rape protests policeman dies". BBC. 25 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  27. ^ "Seorang maut, bantah kejadian rogol di India". Kosmo. 24 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  28. ^ "Polis Tutup Jalan Di New Delhi Hentikan Protes Kes Rogol". mStar. 24 Disember 2012. Dicapai 30 Disember 2012. 
  29. ^ "Protests in Paris to demand justice for 'India's Daughter'". NDTV. 1 Januari 2013. Dicapai 3 Januari 2013. 
  30. ^ "India Rape protest blocked in Hong Kong forced to walk 16 flights up". Demotix. 1 Januari 2013. Dicapai 3 Januari 2013. 
  31. ^ "U.S. Embassy New Delhi, India, Statement on the Death of New Delhi Assault Victim" (Siaran akhbar). Kedutaan Amerika Syarikat di India. 29 Disember 2012.  Parameter |acessdate= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan)
  32. ^ "U.N. Chief on Delhi Rape Victim". Wall Street Journal. 30 Disember 2012.  Teks "accessdate" diabaikan (bantuan); Teks "3 Januari 2013" diabaikan (bantuan)
  33. ^ "Singapore to use Delhi gang-rape case to defend death penalty, says minister". NDTV. 30 Disember 2012. Dicapai 3 Januari 2013. 
  34. ^ "Lessons to be learnt from Delhi rape: Singapore minister". ZeeNews. 29 Disember 2012.  Parameter |accessdae= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]