Ban Ki-moon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ban Ki-moon
반기문
潘基文
Ban Ki-moon


In office
1 Januari 2007 – 31 Disember 2016
Timbalan Asha-Rose Migiro
Preceded by Kofi Annan
Succeeded by António Guterres

Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Luar Negeri Korea Selatan ke-33
In office
17 Januari 2004 – 10 November 2006
Presiden Roh Moo-hyun
Perdana Menteri Goh Kun
Lee Hae Chan
Han Duck-soo
Han Myeong-sook
Preceded by Yoon Young Kwan
Succeeded by Song Min-soon

Lahir (1944-06-13) 13 Jun 1944 (umur 79)[1]
Eumseong, Chungcheongbuk-do, Korea Jepun
Warganegara Korea Selatan
Pasangan Yoo Soon-taek
Tandatangan Tandatangan Ban Ki-moon
Nama Korea
Hangul반기문
Hanja潘基文
Perumian SemakanBan Gimun
McCune–ReischauerPan Kimun
sebutan bahasa Korea: [panɡimun]

Ban Ki-moon (Hangul반기문, Hanja: 潘基文; lahir 13 Jun 1944) adalah Setiausaha Agung PBB kini. Sebelum itu beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Luar Negeri Republik Korea Selatan antara Januari 2004 dan November 2006. Sebelum itu pula beliau merupakan seorang diplomat.

Pada 13 Oktober 2006 dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PBB yang kelapan oleh Perhimpunan Agung PBB menggantikan Kofi Annan. Dia mengangkat sumpah pada 14 Disember 2006 dan mula bertugas secara rasmi pada 1 Januari 2007.[2]

Pada 21 Jun 2011, Ban dilantik untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung selepas dipersetujui sebulat suara oleh Perhimpunan Agung PBB, dan akan terus berkhidmat sehingga 31 Disember 2016.[3][4]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima ijazah pertama jurusan Hubungan Antarabangsa dari Univerisiti National Seoul tahun 1970 dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Sekolah John F. Kennedy di Universiti Harvard tahun 1985.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ban Ki Moon telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua perempuan.[5] Di samping bahasa Korea, Ban fasih berbahasa Inggeris, Perancis, Jepun, dan Jerman.

Ban pernah menyatakan bahawa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy pada tahun 1960-an sewaktu menghadiri program pertukaran pelajar yang menyebabkan beliau ingin menjadi seorang diplomat pada masa hadapan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ban Ki Moon mula bertugas sebagai pegawai luar di New Delhi, India. Selepas bertugas di Bahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabat, beliau bertugas serbagai Setiausaha utama di Unit Penyelidikan untuk Korea Selatan di PBB di bandaraya New York. Kemudian menjawat Pengarah di bahagian PBB.

Beliau pernah betugas dua kali di Kedutaan Korea di Washington, D.C. Tugasnya sebagai pengarah berkaitan dengan hal elwal Amerika dari 1990-1992. Seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Perancangan dan Organisasi Antarabangsa pada 1995. Tahun 1996 dilantik sebagai Penasihat Keselamatan Kebangsaan kepada Presiden Korea Selatan dan kemudian sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri tahun 2000. Beliau adalah penasihat dasar hubungan antarabangsa kepada Presiden Roh Moo-hyun.

Semasa bertugas di kedutaan Korea Selatan di Austria, Ban terpilih sebagai Pengerusi Pertubuhan Menghalang Ujian (CTBTO PrepCom) pada 1999.

Ban aktif dalam banyak isu hubungan antarabangsa Korea Selatan. Tahun 1992 beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi kepasa Jawatan Kuasa Kawalan Nuklear Utara-Selatan. Pada September 2005 sebagai Menteri Luar Negeri, beliau memainkan peranan sebagai menyelesaikan isu senjata nuklear Korea Utara pada Pusingan Keenam di Beijing, China.[perlu rujukan]

Setiausaha Agung PBB[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2006, Ban menawarkan diri menggantikan Kofi Annan sebagai Setiausaha Agung PBB yang akan tamat hujung 2006.[6] Inilah pertama kali rakyat Korea Selatan menawarkan diri sebagai Setiausaha Agung PBB.

Ban merupakan empat calon terakhir dalam senarai Majlis Keselamatan PBB. Pada undian ke-4 di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , beliau disokong oleh lima kuasa dunia utama yang mempunyai kuasa veto.[7] Selepas undian ,Shashi Tharoor dari India pula menarik diri.

Ban menggantikan Kofi Annan dari Ghana sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai 1 Januari 2007.[8]

Pada 6 Jun 2011, Ban Ki-moon mengumumkan pencalonannya untuk penggal kedua[3] sebagai Setiausaha Agung PBB. Tidak terdapat calon yang menentangnya.[9]

Pada 17 Jun 2011, beliau menerima perakuan sebulat suara Majlis Keselamatan PBB,[10] dan pada 21 Jun, pencalonannya disahkan oleh undi sebulat suara[4] di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu.[11] Penggal baharu 5 tahunnya akan bermula pada 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.[12]

Serangan di Baghdad[sunting | sunting sumber]

Pada hari Khamis, 22 Mac 2007, sewaktu mengambil bahagian dalam sidang media di kawasan zon hijau Baghdad, satu serangan mortar mengenai tempat yang dekat dengan kedudukan setiausaha agung yang ketika itu sedang berdiri.[13] Serangan ini menganggu sidang media dan menakutkan Ban dan yang lain. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Ban dikurnia Anugerah Khidmat Cemerlang pada 1975 and 1986 oleh Kerajaan Republik Korea Selatan.Beliau juga menerima Pingat Kepujian dari kerajaan Austria pada 2001 .Setahun kemudian kerajaan Brazil menganugerahkan Grand Cross of Rio Branco .

Pada September 2005, masyarakat Korea Selatan di New York menganugerahkan Pingat Van Fleet atas sumbangannya kepada hubungan baik Korea Selatan - Amerika Syarikat.[14]

Pandangan keagamaan[sunting | sunting sumber]

Walaupun berbagai-bagai khabar angin yang menyatakan bahawa Ban ialah ahli Gereja Penyatuan, dan kemudian laporan timbul yang melaporkan yang Ban ialah anggota "kumpulan tanpa Gereja",[15] The Economist mengesahkan pada bulan Januari 2007 yang dia bukan anggota atau ahli mana-mana kumpulan keagamaan atau gereja.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Warren Hoge (2006-12-09). "For New U.N. Chief, a Past Misstep Leads to Opportunity". The New York Times.
  2. ^ "'PBB perlu menyumbang' -- Ki-moon disah Setiausaha Agung baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2006-10-13.
  3. ^ a b "General Assembly appoints Ban Ki-moon to second term as UN Secretary-General". UN News Service. 21 Jun 2011. Dicapai pada 22 Jun 2011.
  4. ^ a b Louis Charbonneau (21 Jun 2011). "U.N. assembly approves second term for U.N. chief Ban". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-28. Dicapai pada 22 Jun 2011.
  5. ^ "Biografi Menteri Luar Negeri dan Perdagangan". Republik Korea - Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan. Dicapai pada 2006-09-29.
  6. ^ "Ki-moon tanding Setiausaha Agung PBB". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2006-10-13.
  7. ^ "Giliran Korea berbangga". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2006-10-13.
  8. ^ "Ki-moon hampir pasti ganti Annan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2006-10-13.
  9. ^ Agence France-Presse (2011-06-05). "Ban Ki-moon reelection campaign gathers pace". Hurriyet Daily News. Dicapai pada 2011-06-22.
  10. ^ Patrick Worsnip (2011-06-17). "U.N. council recommends 2nd term for Ban Ki-moon". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-02. Dicapai pada 2011-06-22.
  11. ^ "General Assembly Appoints Secretary-General Ban Ki–moon to Second Term of Office". UN Press Office. 2011-06-21. Dicapai pada 2011-06-22.
  12. ^ PTI (2011-06-22). "Ban Ki-moon unanimously elected for second term as UN chief". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-02. Dicapai pada 2011-06-22.
  13. ^ "Ki-moon terselamat serangan roket di Baghdad". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2006-10-13.
  14. ^ "Pengerusi Samsung Lee Menerima Anugerah Van Fleet (Dalam Bahasa Inggeris)". KBS World. 2006-09-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 2006-09-28. Check date values in: |date= (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-09. Dicapai pada 2007-06-03.
  16. ^ http://www.economist.com/world/displaystory.cfm?story_id=8525903

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Kofi Annan
Setiausaha Agung PBB
2007 – kini
Pemegang jawatan kini