Kesatuan Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kesatuan Perancis (Bahasa Inggeris : French Union; Bahasa Perancis : French: Union Française) adalah satu pakatan politik yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Perancis pada 27 Oktober 1946 untuk menggantikan stuktur lama sistem kolonial Perancis, yang dikenali sebagai Empayar Perancis (Bahasa Perancis : Empire Français). Kesatuan ini berterusan sehingga tahun 1958, apabila digantikan dengan Komuniti Perancis (French Community)

Kesatuan Perancis paling tepat jika dilihat sebagai usaha Perancis untuk membangunkan sebuah Komanwel untuk tanah jajahan Perancis, seperti mana Komanwel British menggabungkan United Kingdom dan jajahannya serta bekas tanah jajahannya.

Kesatuan Perancis meliputi Perancis, Jajahan Perancis di sebarang laut (départements), pendudukan Perancis dan negara-negara sekutu (protectorates) yang telah merdeka. Vietnam keluar daripada Kesatuan Perancis dalam tahun 1954, sementara Maghribi dan Tunisia mencapai kemerdekaan dalam tahun 1956.