Ketinting kapalterbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ketinting kapal terbang atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada kanak-kanak lelaki kerana kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.

Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting.

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong ialah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak kedua dan petak sembilan yang perlu dilompat dengan kedua-dua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan di setiap petak, seandainya pemain terpijak garisan, ia dianggap batal dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Pemain hendaklah melompat ke dalam semua petak dengan menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak kedua dan kesembilan dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang telah dicampak.

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan rumah, pemain berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan lalu mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira batal. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua-dua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya, ia dikira batal.