Kevin Nolan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kevin Nolan
Kevin Nolan 2015.jpg
Nolan bersama West Ham United pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Kevin Anthony Jance Nolan[1]
Tarikh lahir (1982-06-24) 24 Jun 1982 (umur 35)[2]
Tempat lahir Liverpool, England
Ketinggian 6 ft 0 in (1.83 m)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini West Ham United
Nombor 4
Kerjaya remaja
1997–1999 Bolton Wanderers
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1999–2009 Bolton Wanderers 296 (40)
2009–2011 Newcastle United 85 (29)
2011– West Ham United 140 (30)
Pasukan kebangsaan
2002–2004 England B21 2 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 14:14, 18 Ogos 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 16:59, 17 April 2010 (UTC)

Kevin Anthony Jance Nolan (lahir 24 Jun 1982) ialah seorang pemain bola sepak profesional England yang bermain sebagai pemain tengah dan kapten untuk West Ham United.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Bolton Wanderers[sunting | sunting sumber]

Nolan bersama Bolton

Ketika berumur 16, dia diberi kontrak oleh Bolton. Setahun kemudian, dia menandatangani terma profesional dan membuat penampilan sulungnya dalam pasukan utama. Dia bermain keseluruhan perlawanan ketika Bolton Wanderers menewaskan Preston North End dalam play-off Divisyen Pertama, memenangi promosi ke Liga Perdana Inggeris.[3]

Dalam musim 2001–02, musim pertamanya dalam Liga Perdana, Nolan menjaringkan lapan gol, termasuk dua ketika menentang Leicester City dalam perlawanan pembukaan musim.[2] Dia juga menjaringkan gol pertama Bolton ketika mereka menewaskan Manchester United 2–1 di Old Trafford.[4] Pada musim berikutnya, dia sekali lagi menjaringkan gol di Old Trafford; satu-satunya gol Nolan musim itu adalah gol kemenangan di Old Trafford dimana Bolton merekodkan kemenangan mengejut kedua mereka di situ, kali ini menang dengan keputusan 1–0.[5]

Dalam musim 2003–04, gol Nolan ke atas Aston Villa dan Tottenham Hotspur membantu Bolton untuk mengakhiri liga di tangga kelapan. Dia juga menjaringkan gol ketika mereka menewaskan Villa 5–2 dalam separuh akhir Piala Liga,[6] dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang dikalahkan 2–1 oleh Middlesbrough dalam perlawanan akhir.[2][7][8]

Pada musim berikutnya, Nolan merupakan sebahagian daripada pasukan yang layak ke suku akhir Piala FA sebelum tewas kepada Arsenal di Stadium Reebok. Bolton juga beraksi dengan baik dalam liga, dengan keputusan seri 1-1 menentang Portsmouth dalam perlawanan terakhir musim dan empat gol Nolan dalam liga membantu mereka mendapat kelayakan ke Piala UEFA buat pertama kali dalam sejarah mereka.[2][9] Kelab ini sampai ke peringkat 32 terakhir Piala UEFA pada musim berikutnya, dengan gol Nolan dalam pusingan pertama menentang Lokomotiv Plovdiv membantu kelab itu layak ke peringkat kumpulan. Dia menjaringkan gol kemenangan dimana mereka menang 1-0 ke atas Zenit St. Petersburg dalam peringkat kumpulan,[10] dan sembilan dalam liga untuk membantu Bolton menduduki tempat kelapan.[2]

Musim 2006–07 menyaksikan Nolan mengambil alih tugas sebagai kapten kelab. Tiga golnya dalam liga membantu Bolton untuk layak ke Piala UEFA. Walaupun layak ke pusingan kalah mati pertama, Bolton bersaing untuk mengelakkan penyingkiran dalam liga,[11] mengakhiri liga satu mata di atas zon penyingkiran di tempat ke-16. Nolan menjaringkan gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Sunderland pada bulan Mei yang mengesahkan status Liga Perdana kelab itu.[12]

Newcastle United[sunting | sunting sumber]

Nolan memegang trofi Championship pada bulan April 2010.

Pada 29 Januari 2009, ia telah didedahkan bahawa Newcastle telah bersetuju dengan yuran £4 juta bersama Bolton Wanderers,[13] yang disahkan pada hari berikutnya, dengan Nolan pergi ke Tyneside untuk berbicang terma-terma dan menjalani ujian medikal.[14] Nolan menyelesaikan perpindahannya pada hari yang sama, menandatangani kontrak empat tahun setengah.[15] Pada 22 Februari, Nolan menerima kad merah pertamanya sebagai pemain Newcastle United ketika menentang Everton.[16] Pada akhir musim itu, Newcastle disingkirkan ke Championship.

Nolan memainkan peranan penting dalam kempen Newcastle untuk meraih promosi pada musim berikutnya;[17] dia menjaringkan gol liga pertamanya untuk Newcastle pada 22 Ogos ketika menentang Crystal Palace,[18][19] dan hatrik pertama dalam kariernya ketika kemenangan 4–0 ke atas Ipswich Town pada 26 September.[20] Nolan menjadi kapten Newcastle buat pertama kali ketika kemenangan 5–1 ke atas Cardiff City. Nolan menjaringkan gol liga ke-11nya pada 20 Februari ketika menentang Preston North End dimana mereka menang 3–0. Dia diundi sebagai Pemain Tahunan Championship pada 16 Mac. Pada 5 April 2010, Newcastle United menjaminkan promosi automatik ke Liga Perdana selepas Nottingham Forest gagal mengalahkan Cardiff City. Nolan menjaringkan gol kemenangan ketika mereka menang 2–1 ke atas Sheffield United.[21]

Nolan dinamakan sebagai kapten kelab Newcastle United untuk musim 2010–11.[22] Nolan menjaringkan dua gol ketika kemenangan 6–0 ke atas Aston Villa.[23] Pada 31 Oktober 2010, Nolan menjaringkan gol hatrik pertamanya dalam Liga Perdana ketika menentang Sunderland dimana mereka menang 5–1.[24] Nolan menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Liverpool dalam perlawanan pertama di bawah pengurus baru Alan Pardew pada 11 Disember 2010, dimana Newcastle menang 3–1.[25] Pada 26 Februari 2011, Nolan menjaringkan gol ke-50nya dalam Liga Perdana ke atas Bolton Wanderers di St James' Park, yang berkesudahan dengan keputusan 1–1.

West Ham United[sunting | sunting sumber]

Nolan mengangkat trofi selepas perlawanan akhir Play-off Championship 2012

West Ham mengesahkan pembelian Nolan pada 16 Jun 2011 dengan yuran yang tidak didedahkan dan kontrak selama lima tahun.[26] Kerana kapten West Ham, Matthew Upson berpindah ke Stoke City, Nolan dijadikan sebagai kapten. Penampilan liga pertamanya datang pada 7 Ogos 2011 dimana mereka kalah 1–0 home kepada Cardiff City.[27] Nolan menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham pada 13 Ogos 2011 dimana mereka menang 1–0 ke atas Doncaster Rovers. Pada 7 Mei 2012, dalam perjalanan ke perlawanan akhir play-off, Nolan menjaringkan gol ke-13nya untuk kelab itu menentang Cardiff City dimana mereka menang 3–0.[28] Pada 19 Mei 2012, dia menjadi kapten West Ham dalam perlawanan akhir play-off Championship 2012 menentang Blackpool. West Ham menang 2–1 untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.[29]

Nolan meneruskan aksi cemerlangnya pada musim 2012–2013 dan menjaringkan gol pertamanya musim itu ketika kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa.[30] Pada 20 April 2013, Nolan menjaringkan gol ke-100 kariernya, ketika kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic.[31] Nolan mengakhiri musim 2012–13 dengan menjaringkan gol hatrik dimana mereka menang 4-2 ke atas Reading on 19 May 2013.[32]

Nolan memulakan musim 2013–2014 dengan menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan musim dimana mereka menang 2-0 ke atas Cardiff City.[33] Pada bulan Disember 2013, dia dibuang padang di Anfield dimana mereka tewas kepada Liverpool.[34] Selepas menjalani penggantungan tiga perlawanan, dia dibuang padang sekali lagi ketika kekalahan 2–1 kepada Craven Cottage.[35] Dia didenda dua minggu gaji, £100,000, dengan pengurus West Ham, Sam Allardyce mempertimbangkan untuk membuang tugas kapten daripada Nolan.[36] Nolan mengakhiri musim 2013-14 sebagai penjaring terbanyak West Ham.[37] Pada permulaan musim 2014-15, dia bermain perlawanan pertama dimana mereka kalah 1–0 kepada Tottenham Hotspur tetapi sebelum perlawanan kedua mereka, dia patah bahunya semasa latihan, satu kecederaan yang dijangka dia tidak boleh beraksi sekurang-sekurangnya enam minggu. [38] Nolan bermain 29 perlawanan untuk West Ham dalam musim 2014-15. Selepas menjadi penjaring terbanyak untuk dua musim sebelumnya, dia hanya menjaringkan satu gol musim ini, ketika menang 2-1 ke atas West Bromwich Albion pada bulan Disember 2014.[39]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 9 Ogos 2015.
Club statistics
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Bolton Wanderers 1999–2000[40] First Division 4 0 0 0 0 0 0 0 4 0
2000–01[41] First Division 31 1 4 2 0 0 2[a] 0 37 3
2001–02[42] Liga Perdana Inggeris 35 8 2 0 2 0 39 8
2002–03[43] Liga Perdana Inggeris 33 1 2 0 1 0 36 1
2003–04[44] Liga Perdana Inggeris 37 9 2 1 5 2 44 12
2004–05[45] Liga Perdana Inggeris 36 4 4 0 2 0 42 4
2005–06[46] Liga Perdana Inggeris 36 9 3 0 2 0 7[b] 2 48 11
2006–07[47] Liga Perdana Inggeris 31 3 2 1 1 1 34 5
2007–08[48] Liga Perdana Inggeris 33 5 0 0 1 0 5[b] 0 39 5
2008–09[49] Liga Perdana Inggeris 20 0 1 0 1 1 22 1
Jumlah 296 40 20 4 15 4 12 2 2 0 345 50
Newcastle United 2008–09[49] Liga Perdana Inggeris 11 0 0 0 0 0 11 0
2009–10[50] Championship 44 17 2 0 2 1 48 18
2010–11[51] Liga Perdana Inggeris 30 12 1 0 1 0 32 12
Jumlah 85 29 3 0 3 1 91 30
West Ham United 2011–12[52] Championship 42 12 0 0 1 0 3[c] 1 46 13
2012–13[53] Liga Perdana Inggeris 35 10 2 0 1 0 38 10
2013–14[54] Liga Perdana Inggeris 33 7 0 0 2 0 35 7
2014–15[55] Liga Perdana Inggeris 29 1 4 0 0 0 34 1
2015–16[56] Liga Perdana Inggeris 1 0 0 0 0 0 1[d] 0 0 0 2 0
Jumlah 140 30 6 0 4 0 1 0 3 1 154 31
Jumlah karier 521 99 29 4 22 5 13 2 5 1 590 111
  1. ^ Penampilan dalam play-off Football League First Division
  2. ^ a b Penampilan dalam Piala UEFA
  3. ^ Penampilan dalam play-off Football League Championship
  4. ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Bolton Wanderers

Newcastle United

West Ham United

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hugman, Barry J. (2005). The PFA Premier & Football League Players' Records 1946–2005. Queen Anne Press. m/s. 460. ISBN 1-85291-665-6. 
  2. ^ a b c d e "Kevin Nolan Profile". Newcastle United F.C. Dicapai 5 April 2010. 
  3. ^ "Championship Play-Off  – Final – KO 15:00". Soccerbase. Dicapai 7 April 2010. 
  4. ^ "Ricketts snatches Bolton win". BBC Sport. 20 October 2001. Dicapai 23 October 2009. 
  5. ^ "Bolton haunt Man Utd". BBC Sport. 11 September 2002. Dicapai 23 October 2009. 
  6. ^ "Bolton 5–2 Aston Villa". BBC Sport. 21 January 2004. Dicapai 7 April 2010. 
  7. ^ "Season 2003/04". Premier League. Dicapai 7 April 2010. 
  8. ^ McCarra, Kevin (1 March 2004). "Zenden's slip ends anguish for Boro". The Guardian. London. Dicapai 7 April 2010. 
  9. ^ Taylor, Daniel (14 March 2005). "Allardyce wallows in sour grapes". The Guardian. London. Dicapai 7 April 2010. 
  10. ^ "Bolton 1–0 Z St Petersburg". BBC Sport. 3 November 2005. Dicapai 7 April 2010. 
  11. ^ Osafo, Derek (5 April 2008). "Aston Villa 4–0 Bolton". BBC Sport. Dicapai 7 April 2010. 
  12. ^ McKenzie, Andrew (3 May 2008). "Bolton 2–0 Sunderland". BBC Sport. Dicapai 7 April 2010. 
  13. ^ "Magpies set for Nolan swoop". Sky Sports. 29 January 2009. Dicapai 30 January 2009. 
  14. ^ "Megson confirms Nolan deal". Sky Sports. 30 January 2009. Dicapai 30 January 2009. 
  15. ^ "Nolan seals Magpies switch". Sky Sports. 30 January 2009. Dicapai 30 January 2009. 
  16. ^ "Everton's Victor Anichebe feared the worse after Kevin Nolan's horror tackle". The Daily Telegraph. London. 23 February 2009. Dicapai 18 December 2010. 
  17. ^ Stewart, Rob (2 April 2010). "Kevin Nolan hails Chris Hughton's Newcastle 'revolution' as promotion beckons". The Daily Telegraph. London. Dicapai 18 December 2010. 
  18. ^ "Crystal Palace 0–2 Newcastle". BBC Sport. 22 August 2009. Dicapai 24 August 2009. 
  19. ^ Mellor, Jason (6 April 2010). "Nolan kick-starts promotion party". The Independent. London. Dicapai 7 April 2010. 
  20. ^ "Ipswich 0–4 Newcastle". BBC Sport. 26 September 2009. Dicapai 7 April 2010. 
  21. ^ Taylor, Louise (5 April 2010). "Newcastle celebrate with Kevin Nolan classic against Sheffield United". The Guardian. London. Dicapai 7 April 2010. 
  22. ^ "Kevin Nolan Player Profile". nufc.co.uk. 31 October 2010. Dicapai 31 October 2010. 
  23. ^ "Newcastle 6–0 Aston Villa". BBC Sport. 22 August 2010. Dicapai 22 August 2010. 
  24. ^ "Newcastle 5–1 Sunderland". BBC Sport. 31 October 2010. Dicapai 31 October 2010. 
  25. ^ "Newcastle 3–1 Liverpool". BBC Sport. 11 December 2010. Dicapai 13 December 2010. 
  26. ^ "West Ham sign Nolan". West Ham United F.C. 16 June 2011. Dicapai 16 June 2011. 
  27. ^ Da Silva, Michael (7 August 2011). "West Ham 0 – 1 Cardiff". BBC Sport. Dicapai 9 August 2011. 
  28. ^ "West Ham 3–0 Cardiff City". BBC Sport. Dicapai 17 June 2012. 
  29. ^ "Blackpool 1–2 West Ham". BBC Sport. Dicapai 17 June 2012. 
  30. ^ "West Ham 1–0 Aston Villa" BBC Sport. 18 September 2012. Retrieved 22 September 2012.
  31. ^ Wigan win propels Hammers to tenth. whufc.com. Retrieved April 20, 2013.
  32. ^ Chowdhury, Saj (19 May 2013). "West Ham 4–3 Reading". BBC Sport. Dicapai 19 May 2013. 
  33. ^ "West Ham 2–0 Cardiff City". BBC Sport. Dicapai 3 January 2014. 
  34. ^ "Liverpool 4–1 West Ham". BBC Sport. Dicapai 3 January 2014. 
  35. ^ "Fulham 2–1 West Ham". BBC Sport. Dicapai 3 January 2014. 
  36. ^ Harris, Christopher (2 January 2014). "Kevin Nolan Fined £100k by West Ham For Costly Red Card Against Fulham: Daily Soccer Report". World Soccer Talk. Dicapai 3 January 2014. 
  37. ^ Video di YouTube
  38. ^ Nolan faces six weeks out | Sporting Life: Premier League Betting Tips, Transfer News and Gossip | Live Football Scores, Results, Reports and Reaction
  39. ^ "K. Nolan". Soccerway. Dicapai 30 May 2015. 
  40. ^ "Games played by Kevin Nolan in 1999/2000". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  41. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2000/2001". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  42. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2001/2002". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  43. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2002/2003". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  44. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2003/2004". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  45. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2004/2005". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  46. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2005/2006". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  47. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2006/2007". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  48. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2007/2008". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  49. ^ a b "Games played by Kevin Nolan in 2008/2009". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  50. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2009/2010". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  51. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2010/2011". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  52. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  53. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  54. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  55. ^ "Games played by Kevin Nolan in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai 19 November 2014. 
  56. ^ "Games played season 2015–16". Soccerbase. Dicapai 19 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]