Leicester City F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Leicester City
Leicester City crest.png
Nama penuhKelab Bola Sepak Leicester City
GelaranThe Foxes
Diasaskan1884; 137 tahun yang lalu (1884)
(Sebagai Leicester Fosse FC)
StadiumStadium King Power
(Muatan: 32,261 [1])
PemilikKing Power International Group
PengerusiAiyawatt Srivaddhanaprabha
PengurusBrendan Rodgers
LigaLiga Perdana Inggeris
2018-19Liga Perdana Inggeris, 9 dari 20
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Kelab Bola Sepak Leicester City merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Inggeris yang berpusat di Leicester di East Midlands. Leicester City bertanding di Liga Perdana Inggeris dan juga mempunyai gelanggang sendiri yang berpangkalan di Stadium King Power.

Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1884 sebagai Leicester Fosse dan bermain di padang berdekatan Fosse Road. Nama Leicester City mula digunakan pada tahun 1919. Mereka berpindah ke Filbert Street pada tahun 1891 dan bermain di sana selama 111 tahun.[2] Mereka berpindah sekali lagi, kali ini ke Stadium Walkers pada tahun 2002. Leicester City dipilih ke the Football League pada tahun 1894. Kelab ini telah memenangi Divisyen Kedua enam kali dan Championship sekali. Mereka juga telah memenangi kejuaraan League One sekali, Piala Liga Inggeris tiga kali dan muncul naib juara Piala FA empat kali dan menjuarai Liga Perdana Inggeris pada tahun 2016.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1884 oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki dari Wyggeston School sebagai "Leicester Fosse", kelab ini menyertai Persatuan Bola Sepak England pada tahun 1890.[3] Sebelum berpindah ke Filbert Street pada tahun 1891, kelab ini bermain di lima tempat berbeza termasuk Victoria Park dan Belgrave Road Cricket and Bicycle Grounds.[4] Kelab ini juga menyertai Liga Midland pada tahun 1891 dan dipilih ke Divisyen Dua Football League pada tahun 1894 selepas menduduki tempat kedua. Perlawanan pertama Leicester dalam Football league ialah ketika kekalahan 4–3 kepada Grimsby Town, dengan kemenangan liga pertama berlaku pada minggu berikutnya, menang ke atas Rotherham United di Filbert Street. Musim itu juga menyaksikan kemenangan terbesar dalam sejarah kelab itu, 13–0 ke atas Notts Olympic dalam perlawanan kelayakan Piala FA. Pada musim 1907–08, kelab ini muncul naib juara Divisyen Kedua dan mendapat promosi ke Divisyen Pertama. Walau bagaimanapun, kelab ini disingkirkan selepas semusim termasuk kekalahan terbesar dalam sejarah kelab itu, 12–0 kepada Nottingham Forest.[5]

Pada tahun 1919, apabila liga bersambung selepas Perang Dunia Pertama, Leicester Fosse menghentikan perdagangan kerana masalah kewangan. Kelab ini dibentuk semula sebagai "Leicester City Football Club". Susulan pertukaran nama, kelab ini mencapai kejayaan sederhana pada tahun 1920–an; dibawah pengurusan Peter Hodge, yang meninggalkan kelab ini pada bulan Mei 1926 dan digantikan dua bulan kemudian oleh Willie Orr dan dengan penjaring gol rekod, Arthur Chandler berada dalam pasukan ini,[6] mereka memenangi kejuaraan Divisyen Dua pada musim 1924–25[7] dan merekodkan kedudukan tertinggi mereka dalam liga pada musim 1928–29 sebagai naib-juara.[3] Walau bagaimanapun, tahun 1930–an menyaksikan penurunan dengan kelab ini tersingkir liga pada musim 1934–35[8] dan selepas mendapat promosi pada musim 1936–37,[9] mereka tersingkir liga sekali lagi pada musim 1938–39.[10]

Posisi liga Leicester City dalam Football League

City layak ke perlawanan akhir Piala FA buat pertama kali dalam sejarah mereka pada tahun 1949,[11] kalah 3–1 kepada Wolverhampton Wanderers. Leicester memenangi kejuaraan Divisyen Dua pada tahun 1954,[12] dengan bantuan Arthur Rowley, salah seorang penjaring paling prolifik kelab. Walaupun mereka tersingkir daripada Divisyen Satu pada musim berikutnya, di bawah bimbingan Dave Halliday mereka kembali ke liga itu pada tahun 1957,[13] dengan Rowley menjaringkan 44 gol dalam satu musim.[6] Leicester kekal dalam Divisyen Satu sehingga tahun 1969.[14]

Dibawah pengurusan Matt Gillies dan pembantunya Bert Johnson, Leicester layak ke perlawanan akhir Piala FA dua kali, tetapi tewas dalam kedua-dua acara pada tahun 1961 dan 1963. Mereka adalah wakil England dalam Piala Pemenang Piala Eropah 1961–62. Gillies membimbing Leicester untuk memenangi trofi pertama mereka pada tahun 1964 apabila Leicester mengalahkan Stoke 4–3 secara agregat untuk memenangi Piala Liga buat pertama kali. Leicester juga layak ke perlawanan akhir Piala Liga pada tahun berikutnya tetapi tewas 3–2 menerusi agregat kepada Chelsea. Selepas permulaan musim yang teruk, Matt Gillies meletak jawatan pada bulan November 1968. Penggantinya, Frank O'Farrell gagal mengelakkan penyingkiran tetapi kelab itu layak ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1969, tewas kepada Manchester City 1–0.

Robbie Savage ketika menentang Barnsley semasa musim 1997–98.

Pada tahun 1971, Leicester dinaikkan semula ke Divisyen Satu dan memenangi Perisai Amal 1971. Jimmy Bloomfield kemudiannya dilantik sebagai pengurus untuk musim baru. Leicester layak ke separuh akhir Piala FA pada musim 1973–74.[15]

Frank McLintock menggantikan Jimmy Bloomfield pada tahun 1977. City disingkirkan liga pada akhir musim 1977–78 dan McLintock meletak jawatan. Jock Wallace menyambung tradisi kejayaan pengurus Scotland (selepas Peter Hodge dan Matt Gillies) dengan membawa Leicester untuk memenangi kejuaraan Divisyen Dua pada tahun 1980.[16] Walau bagaimanapun, Wallace gagal untuk mengekalkan Leicester dalam Divisyen Satu tetapi mereka layak ke peringkat separuh akhir Piala FA pada tahun 1982. Pengurus seterusnya Leicester adalah Gordon Milne yang mendapat promosi pada tahun 1983. Lineker membantu Leicester untuk mengekalkan tempat mereka dalam Divisyen Pertama tetapi dia dijual kepada Everton pada tahun 1985 dan dua tahun kemudian Leicester tersingkir liga.

Milne meninggalkan kelab ini pada tahun 1986 dan digantikan pada tahun 1987 oleh David Pleat yang dipecat pada bulan Januari 1991 dengan Leicester berdepan bahaya penyingkiran ke Divisyen Ketiga. Gordon Lee telah ditugaskan di kelab ini sehingga akhir musim. Leicester menang perlawanan terakhir musim mereka untuk mengelakkan penyingkiran ke divisyen ketiga.

Brian Little mengambil alih tugas pada tahun 1991 dan menjelang akhir musim 1991–92, Leicester layak ke perlawanan akhir playoff untuk tempat dalam Liga Perdana Inggeris tetapi tewas kepada Blackburn Rovers. Kelab ini juga layak ke perlawanan akhir playoff pada tahun berikutnya tetapi tewas 4–3 kepada Swindon Town. Pada musim 1993–94, City dinaikkan liga melalui playoff selepas mengalahkan Derby County 2–1 dalam perlawanan akhir. Little meletak jawatan pada bulan November untuk mengambil alih tugas di Aston Villa. Penggantinya, Mark McGhee gagal menyelamatkan Leicester daripada menduduki tempat kedua terbawah pada musim 1994–95. McGhee meninggalkan kelab ini pada bulan Disember 1995 untuk mengambil alih tugas di Wolverhampton Wanderers.[17]

McGhee digantikan oleh Martin O'Neill. Dibawah O'Neill, Leicester layak ke playoff promosi untuk Divisyen Satu 1995–96 dan mengalahkan Crystal Palace 2–1 dan berjaya kembali ke Liga Perdana Inggeris. Susulan promosi, Leicester meletakkan diri mereka dalam Liga Perdana dengan empat musim berturut-turut menduduki sepuluh teratas dalam liga. O'Neill mengakhiri penantian 33 tahun Leicester untuk memenangi trofi utama dengan memenangi Piala Liga dua kali, pada tahun 1997 dan 2000. Leicester juga muncul naib juara pada tahun 1999. Kelab ini layak ke Piala UEFA pada musim 1997–98 dan 2000–01, pertandingan Eropah pertama kelab ini sejak tahun 1961. Pada bulan Jun 2000, O'Neill berpindah ke Celtic.

O'Neill digantikan oleh bekas jurulatih England B-21, Peter Taylor. Dalam tempoh ini, penampilan terbaru Leicester dalam pertandingan Eropah berakhir dengan kekalahan 3–1 kepada Red Star Belgrade pada 28 September 2000 dalam Piala UEFA 2000–01.[18] Leicester bermula dengan baik di bawah pengurusan Taylor, menduduki tempat teratas dalam Liga Perdana untuk dua minggu sebelum penurunan prestasi menyaksikan mereka menduduki tempat ke-13.

Taylor dipecat selepas permulaan buruk pada musim 2001-02 dan penggantinya Dave Bassett cuba kekal selama enam bulan sebelum digantikan oleh pembantunya, Micky Adams, pertukaran pengurusan berlaku sejurus sebelum mereka tersingkir liga. Leicester cuma memenangi lima perlawanan liga dalam keseluruhan musim.

Leicester berpindah ke stadium baru berkapasiti 32,500 iaitu Stadium Walkers pada permulaan musim 2002–03, mengakhiri tempoh selama 111 tahun di Filbert Street. Walkers, pengilang cip kentang berpangkalan di Leicestershire, memperoleh hak penamaan untuk tempoh sepuluh tahun.[19] Pada bulan Oktober 2002, kelab ini masuk ke dalam pentadbiran dengan hutang sebanyak £30 juta. Adams digantung daripada pintu perpindahan untuk kebanyakan musim itu walaupun selepas itu diselamatkan dengan pengambilalihan oleh konsortium diketuai oleh Gary Lineker. Adams membimbing Leicester untuk muncul naib juara Divisyen Satu dan meraih promosi automatik kembali ke Liga Perdana dengan mengutip lebih daripada 90 mata. Leicester hanya kekal semusim dalam liga teratas dan disingkirkan ke Championship, sebelum ini dikenali sebagai Divisyen Satu.

Apabila Adams meletak jawatan sebagai pengurus pada bulan Oktober 2004, Craig Levein dilantik sebagai bos. Ini kemudiannya menjadi satu tempoh yang tidak berjaya dan selepas 15 bulan Levein dipecat. Pembantu pengurus Rob Kelly mengambil alih sebagai pengurus sementara dan selepas memenangi tiga daripada empat perlawanan, dia dilantik untuk keseluruhan musim. Kelly membawa Leicester ke tempat selamat dan pada bulan April 2006 dan dia diberi jawatan pengurus tetap.

Pada bulan Oktober 2006, bekas pengerusi Portsmouth, Milan Mandarić dikatakan berminat untuk membeli kelab ini dengan harga £6 juta dengan skuad semasa bernilai kira-kira £4.2 juta. Pengambilalihan ini diumumkan pada 13 Februari 2007.[20] Pada 11 April 2007, Rob Kelly dipecat sebagai pengurus dan Nigel Worthington dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim. Worthington menyelamatkan kelab ini daripada penyingkiran tetapi tidak ditawarkan untuk menjadi pengurus tetap. Pada 25 Mei 2007, kelab ini mengumumkan bekas pengurus MK Dons, Martin Allen sebagai pengurus baru mereka dengan kontrak tiga tahun. Hubungan Allen dengan Mandarić menjadi tegang dan hanya selepas empat perlawanan, Allen meninggalkan kelab ini dengan persetujuan bersama pada 29 Ogos 2007. Pada 13 September 2007, Mandarić mengumumkan Gary Megson sebagai pengurus baru kelab. Walau bagaimanapun, Megson meninggalkan kelab ini pada 24 Oktober 2007 selepas hanya enam minggu berperanan. Mandarić meletakkan Frank Burrows dan Gerry Taggart sebagai pengurus sementara sehingga pengurus baru dilantik.

Pada 22 November, Ian Holloway dilantik sebagai pengurus. Holloway mencipta sejarah dengan menjadi pengurus Leicester pertama dalam tempoh lebih 50 tahun untuk memenangi perlawanan liga pertama mereka selepas memegang jawatan itu, mengalahkan Bristol City 2–0.[21] Walau bagaimanapun, Leicester disingkirkan daripada Liga Championship pada akhir musim 2007–08 selepas seri 0–0 dengan Stoke City. Holloway kemudiannnya meninggalkan kelab ini dengan persetujuan bersama dan digantikan oleh Nigel Pearson. Kelab ini kembali ke Liga Championship dalam percubaan pertama dengan muncul juara League One selepas menang 2–0 ke atas Southend United. Musim 2009–2010 menyaksikan kebangkitan Leicester dibawah Pearson berterusan dengan kelab ini menduduki tempat ke-5 dalam liga dan layak ke perlawanan play-off Liga Championship. Walau bagaimanapun, mereka tewas menerusi penentuan penalti kepada Cardiff City dalam perlawanan separuh akhir play-off. Pada 29 Jun 2010, Nigel Pearson meninggalkan Leicester untuk menjadi pengurus Hull City. Pada 7 Julai 2010, Paulo Sousa disahkan sebagai pengganti Pearson.[22]

Pada bulan Ogos 2010, berikutan perjanjian penajaan jersi tiga tahun dengan King Power Group, Mandarić menjual kelab ini kepada konsortium Thailand, Asian Football Investments (AFI) diketuai oleh King Power Group, Vichai Raksriaksorn.[23] Mandarić, seorang pelabur dalam AFI,[24] dikekalkan sebagai pengerusi kelab.[25] Pada 1 Oktober 2010, selepas permulaan buruk menyaksikan Leicester berada di bawah liga Championship dengan hanya satu kemenangan daripada 9 perlawanan, Paulo Sousa dipecat daripada kelab ini.[26] Dua hari kemudian, Sven-Göran Eriksson dilantik sebagai pengurus dan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab ini.[27] Pada 10 Februari 2011, Vichai Raksriaksorn sebagai sebahagian daripada konsortium Asia Football Investments, dilantik sebagai pengerusi baru selepas Mandarić meninggalkan kelab ini pada bulan November.[28]

Leicester dilihat sebagai salah satu kelab pilihan untuk mendapat promosi pada musim 2011–12, tetapi pada 24 Oktober 2011, selepas permulaan tidak konsisten dengan the Foxes hanya memenangi 5 daripada 13 perlawanan, Sven-Göran Eriksson meninggalkan kelab ini dengan persetujuan bersama.[29] Tiga minggu kemudian, pada 15 November 2011, Nigel Pearson disahkan akan kembali ke kelab ini sebagai pengganti Eriksson. Pearson kemudiannya membawa The Foxes ke tempat ke-6 pada musim 2012–2013, mengesahkan Leicester City dalam play off Championship selepas kemenangan 3–2 ke atas Nottingham Forest. Walau bagaimanapun, mereka tewas dalam perlawanan separuh akhir menerusi agregat 3–2 kepada Watford.[30]

Pada bulan April 2014, selepas kemenangan 2–1 ke atas Sheffield Wednesday termasuk dengan kekalahan Queens Park Rangers dan Derby County membolehkan Leicester City mendapat promosi ke Liga Perdana selepas 10 tahun.

Pada 22 April 2014, kemenangan 1–0 ke atas Bolton Wanderers FC di Stadium Reebok menyaksikan Leicester muncul juara Football League Championship 2013-14.

Dengan kenaikan Leicester ke divisyen teratas tersebut, mereka telah membawa masuk pemain Brighton & Hove Albion FC, Leonardo Ulloa dan pemain Inter Milan F.C., Esteban Cambiasso. Leicester mulakan liga dengan terikat seri 2-2 dengan Everton F.C.. Selepas itu pada bulan September 2014, Leicester mengejutkan gergasi England, Manchester United F.C. 5-3 selepas bangkit dari ketinggalan 3-1 dan menjaringkan 4 gol dalam berbaki 30 minit. Selepas itu, permainan Leicester mulai menurun hingga menyebabkan mereka berada di tangga tercorot dengan hanya 19 mata sahaja ketika perlawanan berbaki 8 yang tinggal dan dibezakan 7 mata dari zon selamat. Selepas tamat rehat antarabangsa, Leicester berjaya mencipta kebangkitan mengejutkan apabila memenangi 6 perlawanan daripada 8 perlawanan dan sekaligus mereka menamatkan liga di tangga ke-14 dengan 41 mata dan menjadi pasukan pertama yang paling terselamat dari penyingkiran. Namun begitu, Nigel Pearson telah dipecat selepas tiga tahun mengendalikan pasukan tersebut.

Pada 13 Julai 2015, bekas pengendali Chelsea F.C., Claudio Ranieri telah dilantik sebagai pengurus baharu. Perlawanan pertama kendalian bermula dengan langkah cemerlang apabila mereka menewaskan Sunderland F.C. 4-2. Pada 3 Disember 2015, penyerang mereka, Jamie Vardy menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United, memecahkan rekod Ruud Van Nistelrooy dengan 10 perlawanan. Pada 14 April 2016, kemenangan 2-0 menentang Sunderland, beserta kemenangan Tottenham Hotspur F.C. 3-0 keatas Manchester United menyaksikan Leicester layak ke Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dalam sejarah kelab. Pada 3 Mei 2016, pencabar gelaran liga mereka, Tottenham terikat seri 2-2 dengan Chelsea F.C., menyaksikan Leicester menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak tempoh penubuhan kelab selama 132 tahun.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Liga[sunting | sunting sumber]

  • Divisyen Kedua / Football League Championship
    • Juara (7): 1924–25, 1936–37, 1953–54, 1956–57, 1970–71, 1979–80, 2013–14
    • Naib-juara (2): 1907–08, 2002–03
    • Pemenang play-off (2): 1993–94, 1995–96

Piala[sunting | sunting sumber]

  • Piala FA
    • Naib-juara (4): 1949, 1961, 1963, 1969
    • Juara (1): 2020-21

Wilayah[sunting | sunting sumber]

  • War League South
    • Juara (1): 1942
  • Midland War Cup
    • Juara (1): 1941

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 August 2021[31]
No. Posisi Pemain
1 Denmark GK Kasper Schmeichel (kapten)
2 England DF James Justin
3 Perancis DF Wesley Fofana
4 Turki DF Çağlar Söyüncü
5 England DF Ryan Bertrand
6 Ireland Utara DF Jonny Evans (naib kapten)
7 England MF Harvey Barnes
8 Belgium MF Youri Tielemans
9 England FW Jamie Vardy
10 England MF James Maddison
11 England MF Marc Albrighton
12 Wales GK Danny Ward
14 Nigeria FW Kelechi Iheanacho
17 Sepanyol FW Ayoze Pérez
18 Ghana DF Daniel Amartey
20 England MF Hamza Choudhury
No. Posisi Pemain
21 Portugal DF Ricardo Pereira
22 England MF Kiernan Dewsbury-Hall
23 Denmark DF Jannik Vestergaard
24 Senegal MF Nampalys Mendy
25 Nigeria MF Wilfred Ndidi
26 Belgium MF Dennis Praet
27 Belgium DF Timothy Castagne
29 Zambia FW Patson Daka
32 Ghana MF Kamal Sowah
33 England DF Luke Thomas
34 Croatia DF Filip Benković
35 Switzerland GK Eldin Jakupović
38 England DF Vontae Daley-Campbell
42 Perancis MF Boubakary Soumaré
48 Thailand MF Thanawat Suengchitthawon

Staf[sunting | sunting sumber]

Pengarah dan ahli lembaga
Jawatan Nama
Pengerusi Thailand Vichai Srivaddhanaprabha
Naib Pengerusi Thailand Aiyawatt Srivaddhanaprabha
Ketua Eksekutif Republik Ireland Susan Whelan
Pengarah Eksekutif Thailand Supornthip Choungrangsee
Pengarah Eksekutif Scotland Malcolm Stewart-Smith
Pengarah Bola Sepak England Jon Rudkin
Pengarah Operasi Bola Sepak England Andrew Neville
Pengarah Kewangan England Simon Capper
Pengarah Operasi England Kevin Barclay
Pengurusan Pasukan
Jawatan Nama
Pengurus Perancis Claude Puel
Pembantu Pengurus Perancis Pascal Plancque
Pembantu Pengurus England Michael Appleton
Jurulatih Pasukan Utama & Penjaga Gol England Mike Stowell
Ketua Kecergasan & Penyesuaian England Matt Reeves
Ketua Pengambilan Pemain Senior Sepanyol Eduardo Macía
Ketua Pencari Bakat England David Mills
Pengarah Akademi England Jon Rudkin
Ketua Ahli Fisioterapi England Dave Rennie

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://resources.premierleague.com/premierleague/document/2020/05/27/e9b03ff0-4f09-443e-b934-64ada14679a5/2019-20-PL-Handbook-270520.pdf
  2. ^ "A History of Filbert Street". Filbertstreet.net. Dicapai pada 3 September 2011.
  3. ^ a b Sewell, Albert (1974). Observers Book of Association Football. London, England: Frederick Warne & co. m/s. 58. ISBN 978-0-7232-1536-3.
  4. ^ "Short sporting lifetime". Leicester Mercury. 1 Februari 2010. Dicapai pada 31 Oktober 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ "Final 1908/1909 English Division 1 (old) Table". Football DataCo Limited. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  6. ^ a b "All Time Leicester Records & Achievements". Soccerbase.com. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  7. ^ "Leicester City 1924–1925 : English Division Two (old) Table". Statto.com. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  8. ^ "Leicester City 1934–1935 : English Division Two (old) Table". Statto.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-02. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  9. ^ "Leicester City 1936–1937 : English Division Two (old) Table". Statto.com. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  10. ^ "Leicester City 1938–1939 : English Division Two (old) Table". Statto.com. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  11. ^ "Socerbase.com FA Cup 1949". Soccerbase.com. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  12. ^ "Leicester City 1953–1954 : English Division Two (old) Table". Statto.com. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  13. ^ Dave Halliday career profile
  14. ^ "Leicester City drops into second division". Leader-Post. Regina. Reuters. 20 Mei 1969. m/s. 21. Dicapai pada 2 Januari 2013.
  15. ^ "Liverpool in 5th Cup Final". The Age. 5 April 1975. m/s. 26. Dicapai pada 16 September 2009.
  16. ^ "Liverpool finally get something". New Straights Times. 8 Mei 1980. m/s. 30. Dicapai pada 17 September 2009.
  17. ^ "McGhee the new man at Molineux". The Independent. London. 14 Disember 1995. Dicapai pada 16 September 2009.
  18. ^ Red Star end Leicester dreams, BBC Sport 2000-09-28. Retrieved on 27 September 2007.
  19. ^ "Statement by the Foxes Trust on an unofficial forum". Talkingballs.co.uk. 24 November 2004. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  20. ^ "Mandarić seals Leicester takeover". BBC Sport. 13 Februari 2007. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  21. ^ Nickless, Graham (26 November 2007). "Bristol City 0 Leicester City 2: 'Hollywood' Holloway makes successful start". The Independent. London. Dicapai pada 16 September 2009.
  22. ^ "Sousa confirmed as new Leicester boss". BBC Sport. 7 Julai 2010. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  23. ^ "Thai consortium eyes deal to buy Leicester for £39m". BBC Sport. 5 Ogos 2010. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  24. ^ "Thai group buys Leicester City". AFP. 12 Ogos 2010. Dicapai pada 12 Ogos 2010.
  25. ^ "Thai-based consortium seal Leicester City deal". BBC Sport. 12 Ogos 2010. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  26. ^ "Leicester sack Paulo Sousa". BBC Sport. 1 Oktober 2010. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  27. ^ "Sven Goran Eriksson returns to English football as new Leicester City boss on two-year contract". London: The Sun. 3 Oktober 2010. Dicapai pada 3 Oktober 2010.
  28. ^ "Vichai Raksriaksorn named Leicester City chairman". BBC Sport. 10 Februari 2011. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  29. ^ "Sven-Goran Eriksson leaves his role as Leicester boss". BBC Sport. 24 Oktober 2011. Dicapai pada 31 Oktober 2013.
  30. ^ "Leicester City appoint Hull City's Nigel Pearson as boss". BBC Sport. November 15, 2011. Dicapai pada Januari 7, 2015.
  31. ^ "First Team". Leicester City F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2017. Dicapai pada 5 October 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]