Kewartawanan politik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kewartawanan politik ialah cabang kewartawanan yang luas yang merangkumi liputan semua aspek politik dan sains politik, walaupun istilah ini biasanya merujuk secara khusus kepada liputan pemerintah awam dan kuasa politik.

Kewartawanan politik bertujuan untuk menyediakan maklumat kepada pengundi untuk merumuskan pendapat mereka sendiri dan mengambil bahagian dalam hal-ehwal masyarakat, tempatan atau nasional yang akan memberi kesan kepada mereka. Menurut Edward Morrissey, kewartawanan politik selalunya termasuk kewartawanan pendapat, kerana peristiwa politik semasa boleh menjadi berat sebelah dalam pelaporan mereka. Maklumat yang diberikan merangkumi fakta, perspektifnya adalah subjektif dan bersandar pada satu sudut pandangan.[1]

Brendan Nyhan dan John M. Sides berhujah bahawa "wartawan yang melaporkan tentang politik selalunya tidak biasa dengan penyelidikan sains politik atau mempersoalkan kaitannya dengan kerja mereka."[2] Wartawan liputan politik yang tidak biasa dengan maklumat yang dapat memberikan konteks kepada cerita mungkin menyebabkan cerita itu terpesong atau terherot dalam laporannya.

Kewartawanan politik disediakan melalui medium yang berbeza, dalam cetakan, penyiaran, atau pelaporan dalam talian. Penggunaan media digital telah meningkat dan menyediakan liputan segera kempen, politik, berita acara dan platform yang boleh diakses untuk calon. Saluran media yang terkenal dengan kewartawanan politik mereka seperti The New York Times dan Washington Post, telah meningkatkan penggunaan medium ini juga. Jenaka politik dicetak, dalam talian dan penyiaran yang dipersembahkan sebagai hiburan telah digunakan untuk memberikan kemas kini tentang aspek status kerajaan, berita politik, kempen dan kemas kini pilihan raya. Menurut Geoffrey Baym, maklumat yang diberikan mungkin tidak dianggap sebagai "berita palsu", tetapi garis antara berita hiburan dan fakta mungkin kelihatan kabur atau berat sebelah[3] dalam kemas kini politik. Jenis kewartawanan ini dianalisis, ditafsir dan dibincangkan oleh pakar media berita dan editorial. Ia mungkin kekurangan objektiviti yang boleh menghalang ketepatan maklumat yang disampaikan. Pelaporan berita dengan sudut pandangan berat sebelah juga boleh menghilangkan keupayaan penonton untuk membentuk pendapat atau kepercayaan mereka sendiri tentang apa yang telah dilaporkan. Jenis pelaporan ini adalah subjektif dengan kemungkinan tujuan sosial atau politik.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Matlamat kewartawanan sivik atau awam adalah agar masyarakat terus terlibat dengan wartawan dan saluran berita, memulihkan nilai demokrasi, dan membina semula kepercayaan orang ramai terhadap wartawan. Konsep "berita palsu" timbul oleh kerana sangat mudah untuk memanipulasi atau memutar belit maklumat serta mencipta naratif tertentu yang mungkin tidak betul sepenuhnya. Ini telah menyebabkan penurunan keseluruhan dalam kredibiliti orang ramai terhadap wartawan dan sumber media. Sumber media atau saluran berita tertentu sering dikutuk oleh kerana cerita atau naratif tertentu yang dibina atas falasi. Orang ramai berhujah dalam demokrasi penyertaan, tetapi dalam politik kini, sebahagian besarnya dianggap sebagai pertandingan populariti, dan terdiri daripada ahli politik yang membuat keputusan untuk memastikan mereka dipilih semula. Penyokong kewartawanan sivik percaya bahawa falsafah ini akan membolehkan individu lebih bersuara dalam membuat keputusan dan dalam bidang politik yang lebih luas.

Dengan peningkatan dalam kewartawanan kuning dan algoritma pengoptimuman carian yang mewujudkan pecah belah dalam kalangan media massa, kewartawanan sivik memasuki peranan khusus, di mana ia boleh mengubah kedudukan berita dalam penerimaan awam. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan penerbit berita menjalani lebih banyak pemerhatian kerana etika dan kandungan mereka berada di bawah penelitian krikikal berkenaan kecenderungan politik. Dalam masa di mana saluran berita tradisional mengambil berat tentang pemerolehan pendapatan secara berkesan dan bukan sebagai pengedar utama maklumat, kewartawanan sivik menggerakkan peranan penerbit daripada mengedarkan maklumat kepada menyusun maklumat. Memandangkan salah satu prinsip utama kewartawanan sivik - menjadikan akhbar sebagai forum perbincangan isu komuniti - penerbit dapat mencari nic dalam memperkukuh penglibatan tempatan dalam menyebarkan pengetahuan tentang isu semasa yang tersedia melalui carian web.

Subset[sunting | sunting sumber]

  • Kewartawanan pilihan raya ialah subgenre kewartawanan politik yang memfokuskan dan menganalisis perkembangan yang berkaitan dengan anggaran pilihan raya dan kempen politik.[4] Kewartawanan jenis ini menyediakan maklumat kepada pengundi yang boleh mendidik dan membantu membentuk pendapat yang memperkasakan undi tertentu. Subgenre ini, seperti kewartawanan data, menggunakan data berangka, seperti statistik, tinjauan pendapat dan data lampau berkait, dengan peluang kejayaan calon untuk jawatan, atau perubahan saiz parti dalam badan perundangan. Ia memberikan pengetahuan yang mungkin menjadikan berita yang disampaikan lebih relevan. Maklumat yang ditambahkan pada laporan ialah status kempen dan acara politik. Strategi seseorang ahli politik boleh dibesar-besarkan atau disediakan tanpa konteks atau perspektif sejarah. Trend pada setiap calon parti dilaporkan dan ada kalanya dibandingkan dengan calon parti sebelumnya.[5] Berita mengenai status pilihan raya, seperti laporan politik lain, disediakan dalam medium yang berbeza. Liputan laporan pilihan raya telah memanfaatkan sepenuhnya era digital dalam menyediakan akses segera kepada berita.[6]
  • Kewartawanan pertahanan/ketenteraan ialah subgenre yang memfokuskan pada status semasa ketenteraan, perisikan dan fakulti berkaitan pertahanan yang lain. Minat kewartawanan pertahanan cenderung meningkat ketika terbitnya konflik ganas, dengan pemimpin tentera menjadi pelakon utama. Dalam kewartawanan tentera, wartawan berita kadangkala ditugaskan ke unit tentera untuk melaporkan berita yang berlaku di kawasan konflik. Istilah "kewartawanan terbenam" digunakan apabila media terlibat dalam pelaporan perang di Iraq. Kewartawanan terbenam juga boleh berat sebelah kerana bersifat sepihak. Maklumat yang dilaporkan telah dikumpulkan dari kawasan tempat wartawan ditempatkan berkemungkinan tersandar kepada agenda kumpulan yang telah ditugaskan kepada mereka.[7] Subgenre kewartawanan politik ini juga digunakan untuk media yang datang daripada wartawan yang tertanam dalam kempen atau calon tertentu. Seperti penugasan tentera, laporan boleh dipengaruhi oleh mesej yang cuba dibawa oleh kempen atau calon.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Morrissey, Edward (2016-10-18). "The election is not rigged against Trump. But the media is biased against the GOP". the week.com.
  2. ^ Nyhan, Brendan; Sides, John (2011). "How Political Science can help journalism (and still let journalists be journalists)" (PDF). The Forum. 9 (1). doi:10.2202/1540-8884.1426. Dicapai pada 28 May 2019.
  3. ^ Baym, Geoffrey (2005). "The Daily Show: Discursive Integration and the Reinvention of Political Journalism". Political Journalism Journal: 259–276.
  4. ^ Bravo, Jorge (May 2010). "Towards an electoral journalism". Mundo Electoral - Electoral World. 3 (8). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2012.
  5. ^ Nyhan, Brendan; Sides, John (2011). "How Political Science can help Journalism (and still let journalists be journalists)". The Forum. 9 (1). doi:10.2202/1540-8884.1426.
  6. ^ Piechota, Grazyna (2011). "Media in Election Process". Communication Today.
  7. ^ Fahey, Shahira; Johnson, Thomas J. (2005). ""HOW WE PERFORMED": EMBEDDED JOURNALISTS ATTITUDES AND PERCEPTIONS TOWARDS COVERING THE IRAQ WAR"". Journalism and Mass Communication Quarterly: 301–317.
  8. ^ Ignatius, David (2010-05-02). "The dangers of embedded journalism, in war and politics". Washington Post.