Tiada Lagi Tangisan: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{Infobox |
{{Infobox Single |
||
| Name = Tiada Lagi Tangisan |
| Name = Tiada Lagi Tangisan |
||
| Type = studio |
| Type = studio |
Semakan pada 13:26, 8 Ogos 2010
"Tiada Lagi Tangisan" | |
---|---|
Single oleh Misha Omar | |
Dilancarkan pada | 17 Mei 2004 |
Genre | Pop |
Syarikat | BMG Music (Malaysia) |
Penerbit | Adnan Abu Hassan |
sunting · sunting di Wikidata |
Tiada Lagi Tangisan merupakan sebuah lagu ciptaan komposer Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Mohariz Yaakub. Lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi popular Misha Omar dan dimuatkan dalam album keduanya berjudul Aksara pada tahun 2004. Lagu ini bagaimanapun tidak dijadikan single untuk promosi album tersebut.
Versi Aishah
Lantaran tidak dijadikan single, penerbit lagu ini iaitu Adnan sendiri bertindak merakamkan semula lagu ini dengan vokal penyanyi senior iaitu Aishah pada tahun 2005. Lagu ini dijadikan single pengenalan untuk album ke 10 penyanyi itu berjudul Kurnia yang diterbitkan pada 2006.
Dinyanyikan oleh peserta Akademi Fantasia
Lagu ini juga telah dinyanyikan oleh seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 3 (2005) iaitu Idayu ketika berlangsungnya konsert mingguan minggu ke -4. Adnan sendiri sebenarnya adalah salah seorang tenaga pengajar di AF3 ketika itu. Biarpun menyanyikan dengan cemerlang, Idayu bagaimanapun disingkirkan pada minggu tersebut. Aishah juga hadir memberi sokongan.
Pencapaian
Menerusi Aishah, lagu ini tercalon ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke 20. Pun begitu, lagu yang turut bersaing dengan single kedua daripada album Aksara iaitu Dedebu Cinta yang disampaikan Misha sendiri gagal menempah tiket ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-20.