Dedebu Cinta (Inggeris: "Dust of Love") merupakan single kedua nyanyian Misha Omar dipetik daripada album kedua beliau Aksara. Lagu berentak pop balada ini ditulis oleh Azlan Abu Hassan bersama Ishak Ahmad (Ucu). Ia mempunyai sentuhan segar R&B dan moderate yang agak lari daripada elemen kemelayuan yang sering ada dalam lagu-lagu Melayu.
Video muzik lagu ini dilancarkan pada 21 Julai 2004, diarahkan oleh pengarah iklan Paul Loosey dan dirakamkan di sebuah studio di Jakarta, Indonesia. Misha mengenakan busana rekaan Michael Ong untuk video ini. Ia menampilkan sedikit kesan khas dan animasi.