Imam Bukhari: Perbezaan antara semakan
Luckas-bot (bincang | sumb.) k r2.7.1) (bot menambah: pt:Al-Bukhari |
k menghapuskan Kategori:Islam Sunni; menambah Kategori:Muslim Sunni (HotCat) |
||
Baris 66: | Baris 66: | ||
* [http://eprints.utm.my/2831/ Kajian Takhrij Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim Dalam Bab Aqidah dan Keimanan]Universiti Teknologi Malaysia |
* [http://eprints.utm.my/2831/ Kajian Takhrij Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim Dalam Bab Aqidah dan Keimanan]Universiti Teknologi Malaysia |
||
[[Kategori: |
[[Kategori:Muslim Sunni]] |
||
[[Kategori:Tokoh Islam]] |
[[Kategori:Tokoh Islam]] |
||
[[Kategori:Perawi hadis]] |
[[Kategori:Perawi hadis]] |
Semakan pada 03:14, 17 Mac 2011
Cendekiawan Islam Zaman Kegemilangan Islam | |
---|---|
Nama: | Muhammad al-Bukhari |
Gelaran: | Imam Bukhari |
Lahir: | 194 H |
Wafat: | 256 H |
Mazhab: | Syafie |
Etnik: | Parsi |
Rantau: | Empayar Parsi |
Bidang: | Hadis |
Karya: | Sahih Bukhari |
Pengaruh: | Imam Muslim |
Diilhami: | Imam Ahmad |
Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).
Kehidupan
Latar belakang
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.
Pengajian Hadis
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.
Diusir dari Bokhara
Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.
Karya
- Sahih Bukhari
- Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد
- al-Tarikh al-Kabir - sejarah besar, lengkap dengan biografi periwayat beserta rating
- al-Tarikh al-Saghir - sejarah kecil
Rujukan
- F. Wüstenfeld, Shâfi`iten, 78 ff.
- Terjemahan Ibn Khallikan oleh McG. de Slane, i. 594 ff.
- Ignaz Goldziher, Mohammedanische Studien, ii. 157 ff.
- Imam Nawawi, Biographical Dictionary 86 ff.
- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan) Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
Lihat juga
Pautan luar
- Sahih Al Bukhari dalam bahasa Inggeris
- Teks Arab Sahih Al Bukhari الجامع الصحيح, dengan kupasan oleh Ibn Hajar Fath al-Bari فتح الباري
- Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد
- Ahmad Mujtaba Hasan. Bukhari. I.B. Tauris. ISBN 1-84511-095-1.
- Kajian Takhrij Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim Dalam Bab Aqidah dan KeimananUniversiti Teknologi Malaysia