Imam Bukhari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini mengenai Muhammad bin Ismail al-Bukhari, bagi kitabnya, lihat Sahih Bukhari. Untuk kegunaan lain, lihat Bukhari (nama keluarga) dan Bukhari (nyahkekaburan)
Cendekiawan Islam
Kerajaan Bani Abbasiyah, abad ketiga Hijrah, Zaman Kegemilangan Islam
ImamBukhari1.png
Khat bagi nama Imam Bukhari
Nama: Muhammad bin Ismail al-Bukhari
Gelaran: Amirul Mukminin fil Hadis
Lahir: Jumaat 13 Syawal 194 H
bersamaan dengan 20 Julai 810 M Bukhara, berdekatan dengan Samarkand
Wafat: Malam 1 Syawal 256 H
bersamaan dengan 1 September 870 M Khartank (Samarkand, Uzbekistan)
Mazhab: Mujtahid, Ahli Sunah Waljamaah, Syafii
Etnik: Parsi (Iran)
Rantau: Empayar Parsi
Bidang: Hadis
Karya: Sahih Bukhari, al-Adab al-Mufrad
Pengaruh: Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Abu al-Qasim al-Baghawi, Ibn Hajar al-Asqalani
Diilhami: Ahmad ibn Hanbal, Ali bin al-Madini, Yahya bin Ma'in, Ishak bin Rahwayh, al-Dakhili, Imam Mahmud bin An-Nadhir Abu Sahl Al-Syafii


Imam Bukhary Egyptian stamp 1969.jpg

Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري‎) (13 Syawal 194H - 1 Syawal 256H) / (20 Julai 810 M - 1 September 870 M), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.

Pengajian Hadis[sunting | sunting sumber]

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Makam Imam al-Bukhari di Samarkand

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara[sunting | sunting sumber]

Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Beliau meninggal dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Karya[sunting | sunting sumber]

  • al-Jamik al-Sahih al-Musnad min Hadis Rasulullah Sallallahualaihiwasallam wa Sinatihi wa Iyamihi (Sahih Bukhari)
  • Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد
  • al-Tarikh al-Kabir - sejarah besar, lengkap dengan biografi periwayat beserta rating
  • al-Tarikh al-Saghir - sejarah kecil
  • al-Tarikh al-Ausat
  • al-Tafsir al-Kabir
  • Kitab al-Wahdan
  • Kitab al-Mabsut
  • Kitab al-Habah
  • Kitab al-Kuni
  • Kitab al-Fawa'id

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]