Marshmallow: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: cs, ga, uk mengubah: nl, pt, ru
JAnDbot (bincang | sumb.)
Baris 41: Baris 41:
[[tl:Marsmalow]]
[[tl:Marsmalow]]
[[th:มาร์ชแมลโลว์]]
[[th:มาร์ชแมลโลว์]]
[[uk:Зефір (кондитерський виріб)]]
[[zh:棉花糖 (顆粒狀)]]
[[zh:棉花糖 (顆粒狀)]]

Semakan pada 08:29, 28 Mac 2011

Marshmallows merah jambu

Marshmallow adalah makanan ringan mempunyai tekstur seperti buih yang lembut dalam pelbagai bentuk, aroma dan warna. Marshmallow akan cair di dalam mulut kerana merupakan hasil dari campuran gula atau sirap jagung, putih telur, gelatin, gam arab, dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.

Resepi tradisional marshmallow tidak menggunakan gelatin, melainkan sari akar tanaman semak marshmallow (Althea officinalis), sehingga makanan ini disebut marshmallow. Setelah Alex Doumak mempatenkan proses penghasilan pada tahun 1948, marshmallow mula dibuat di kilang dengan mesin. Hasilnya berupa marshmallow berbentuk silinder yang dipotong-potong dan digulingkan dalam campuran tepung jagung dan gula halus.

Marshmallow disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa yang boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan ke dalam minuman (coklat susu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.

Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah dipanggang di atas api unggun. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikit mencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus.

Pautan luar