Perbezaan antara semakan "Ratifikasi"

Jump to navigation Jump to search
11 bait ditambah ,  9 tahun lalu
== Undang-undang swasta==
Dalam [[kontrak undang-undang]], keperluan ratifikasi boleh timbul melalui dua cara:
# Seseorang ejen mencuba mengikat prinsipalnya, walaupun tidak berkuasa untuk berbuat demikian: Satu contoh ialah pekerja yang biasanya tidak bertanggungjawab membeliterhadap pembelian bekalan mengikat kontrak untuk berbuat demikian bagi pihak majikannya. Apabila majikan mendapat tahu kontrak itu, dia berhak meratifikasikan atau menolaknya.
# Seseorang prinsipal memberikan ejennya kebenaran untuk mengikat perjanjian, tetapi berhak meluluskannya. Keadaan ini adalah biasa dalam [[perjanjian tawar-menawar kolektif]] [[kesatuan sekerja]]. Kesatuan sekerja memberikan kebenaran kepada satu atau lebih orang untuk berunding dan memeterai perjanjian dengan pihak pengurusan, tetapi perjanjian itu tidak sah di sisi undang-undang sehingga anggota-anggota kesatuan meratifikasikan perjanjian itu. Jika perjanjian itu ditolak oleh anggota-anggota kesatuan, maka perjanjian itu tidak sah di sisi undang-undang dan perundingan diteruskan.
 

Menu pandu arah