Yeap Ghim Guan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Baris 14: Baris 14:
*{{cite web | last = Lee| first = Emily L. M.| title = Veteran Penang lawyer collapses after a stroke | publisher = malaysianbar.org.my| date = 2007-03-02| url = http://www.malaysianbar.org.my/content/view/7879/2/| accessdate = 2006-03-14}}
*{{cite web | last = Lee| first = Emily L. M.| title = Veteran Penang lawyer collapses after a stroke | publisher = malaysianbar.org.my| date = 2007-03-02| url = http://www.malaysianbar.org.my/content/view/7879/2/| accessdate = 2006-03-14}}


==Pautan luar==
<references />


{{Malaysia-stub}}
{{Malaysia-stub}}



[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]

Semakan pada 02:11, 29 Ogos 2012

Yeap Ghim Guan (1941 - 12 Mac, 2007) merupakan seorang peguam Malaysia dan ahli politik.

Kareer politik Yeap bermula dalam tahun 1960-an di Pulau Pinang. Beliau pernah menjadi ADUN kawasan Kelawei dari 1969 ke 1974. Yeap juga merupakan salah seorang pengasas bersama Parti Tindakan Rakyat (DAP), dan telah menjawat Pengurusi parti itu dari 1965 ke 1977. Walaubagaimanapun, Yeap telah keluar daripada DAP setelah berebut kuasa dengan Setiausaha Agung DAP pada waktu itu, Lim Kit Siang. Beliau kemudian telah mengasaskan dua parti kecil lain, Parti Sosial Demokratik (SDP) pada tahun 1978 dan Parti Demokratik Malaysia (MDP) pada tahun 1999.

Yeap terkenal sebagai seorang yang agresif, utuh berprinsip dan handal berpidato. Beliau pernah berpidato selama 10 jam di sesi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1970-an. Satu lagi episod terkenal Yeap merupakan janjinya untuk terjun daripada Jambatan Pulau Pinang seandainya Kerajaan Malaysia berjaya menyiapkan jamabatan itu dalam masa lima tahun; beliau terlepas daripada menunaikan janji itu setelah jambatan itu hanya berjaya disiapkan dalam tempoh 10 tahun.

Walaubagaimanapun, gaya agresifnya telah memakan diri Yeap sendiri; pada tahun 1974, beliau telah mengoyakkan poster Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein bersalaman dengan Mao Zedong, sekembalinya Tun Razak pulang daripada lawatan pertamanya ke Republik Rakyat China. Kaum Cina Malaysia, khususnya golongan berumur, menganggap tindakan Yeap itu sebagai biadab. Setelah kejadian itu, disusuli pula dengan perkelahian dengan Lim Kit Siang dan pengunduran dari DAP, ketrampilan politik Yeap semakin merudum. Percubaan-percubaannya untuk menubuhkan parti-parti baru termasuk Parti Sosialis Demokrat atau Social Democratic Party (SDP)[1] tidaklah berapa berjaya dibandingkan dengan pengasasan DAP.

Yeap telah meninggal dunia pada 12 Mac 2007 setelah dua tahun sakit akibat strok.[2]

Rujukan

  • Tan, J., "Passing of a fiery politician", The Star, March 14, 2006
  • Lee, Emily L. M. (2007-03-02). "Veteran Penang lawyer collapses after a stroke". malaysianbar.org.my. Dicapai pada 2006-03-14.

Pautan luar