Jambatan Pulau Pinang
![]() | |
Nama rasmi | Jambatan Pulau Pinang |
Nama Inggeris | Penang Bridge |
Tempat | Jambatan Pulau Pinang |
Membawa | Kenderaan bermotor |
Menyeberangi | Selat Selatan, Malaysia |
Bidang terpanjang | 225 m |
Panjang jambatan | 13.5 km |
Lebar jambatan | -- |
Tarikh dibuka | 1985 |
Diselenggara oleh | PLUS Expressway Berhad Penang Bridge Sdn Bhd |
Reka bentuk | Jambatan kabel penahan Jambatan galang kotak |
Pereka/pelanggan | Kerajaan Malaysia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) United Engineers Malaysia Berhad (UEM) |
Kontraktor/pembinaan | Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd United Engineers Malaysia Berhad (UEM) |
![]() | |
---|---|
Jambatan Pulau Pinang | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) | |
Panjang | 13.5 km (8.4 mi) |
Wujud | 1982–kini |
Sejarah | Disiapkan pada 14 September 1985 |
Simpang utama | |
Hujung timur | Perai |
![]() ![]() ![]() | |
Hujung barat | Gelugor |
Lokasi | |
Destinasi utama | Gelugor, Bayan Lepas, Bayan Baru, Jelutong, George Town, Perai, Butterworth, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Sungai Dua, Bukit Tengah |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan KEDUA terpanjang di Malaysia dan KELIMA terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan di sini pada setiap tahun. Jambatan Pulau Pinang juga ialah lambang negara Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kronologi
[sunting | sunting sumber]Tarikh | Peristiwa |
---|---|
Awal 1970-an | Cadangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Seberang Perai dengan Pulau Pinang dikemukakan oleh Perdana Menteri Abdul Razak Hussein dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Chong Eu. |
23 Julai 1981 | Menteri Kerja Raya Samy Vellu mengumumkan bahawa Jambatan Pulau Pinang akan dibina menggunakan rasuk konkrit bertali kabel seperti Jambatan Golden Gate di San Francisco, dan bukan reka bentuk gerbang keluli seperti Jambatan Pelabuhan Sydney.[1] Selepas mesyuarat kabinet pertama beliau, Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata kerajaan telah memilih kontraktor untuk projek ini, namun enggan menamakan pihak tersebut.[2] |
1982 | Pembinaan rasmi Jambatan Pulau Pinang bermula. |
3 Ogos 1985 | Perasmian rasmi Jambatan Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Mahathir.[3] |
14 September 1985 | Jambatan Pulau Pinang dibuka secara rasmi kepada lalu lintas.[4] |
Penggandaan lorong jambatan
[sunting | sunting sumber]Semasa pembinaan asal, bahagian tengah jambatan mempunyai enam lorong, manakala bahagian lain hanya empat lorong. Kerja-kerja pelebaran keseluruhan jambatan kepada enam lorong bermula pada Januari 2008 dan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2009.
Spesifikasi jambatan[5]
[sunting | sunting sumber]- Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
- Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
- Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
- Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
- Laluan: 6 Laluan
- Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
- Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
- Gantungan utama: 225 Meter
- Gantungan hujung: 107.5 Meter
- Gantungan lain: 40 Meter
- Had laju: 80 km/j
Kadar Tol
[sunting | sunting sumber]
Sejak tahun 1985, Jambatan Pulau Pinang telah dikenakan tol. Bayaran hanya dikenakan kepada kenderaan yang memasuki dari tanah besar menuju ke Pulau Pinang. Sejak tahun 1994, kutipan tol dikendalikan oleh syarikat konsesi swasta, Penang Bridge Sdn Bhd, yang kini menjadi anak syarikat PLUS Malaysia Berhad. Bermula 1 Januari 2019, kutipan tol untuk penunggang motosikal, yang sebelum ini dikenakan RM1.40, telah dimansuhkan bagi kedua-dua jambatan di Pulau Pinang.[6][7][8]
Kutipan tol elektronik
[sunting | sunting sumber]Sebagai sebahagian inisiatif untuk mempercepatkan transaksi di plaza tol Perai, kutipan tol telah dijalankan sepenuhnya secara kutipan tol elektronik menggunakan kad Touch 'n Go dan peranti SmartTAG sejak 9 September 2015.[perlu rujukan]
Kadar tol
[sunting | sunting sumber](Sejak 1 Februari 2020)
Kelas | Jenis kenderaan | Kadar (dalam Ringgit Malaysia (RM)) |
---|---|---|
1 | Motosikal (kenderaan dua gandar dan dua roda) |
Percuma |
2 | Kereta & motosikal bersidecar (dua gandar, tiga atau empat roda termasuk wagon stesen dan kenderaan perdagangan) |
5.74 |
3A | Van & bas (dua gandar dan empat roda kecuali lori) |
9.84 |
3B | Lori kecil (dua gandar dan empat roda, tidak termasuk van dan bas) |
12.00 |
4A | Van & bas besar (dua gandar dan lima atau enam roda, tidak termasuk lori) |
20.50 |
4B | Lori besar (dua gandar dan lima atau enam roda, tidak termasuk van dan bas) |
25.00 |
5A | Bas besar (tiga gandar, tidak termasuk lori) |
36.90 |
5B | Lori besar (tiga gandar, tidak termasuk bas) |
45.00 |
6 | Lori berat (empat gandar) |
60.00 |
7 | Lori berat (lima gandar atau lebih) |
75.00 |
Senarai persimpangan
[sunting | sunting sumber]km | Keluar | Persimpangan | Ke | Nota |
---|---|---|---|---|
![]() ![]() Utara Alor Setar Permatang Pauh Seberang Jaya |
||||
![]() ![]() ![]() | ||||
![]() ![]() ![]() (Lebuhraya Tun Hussein Onn) | ||||
![]() 0 |
Persimpangan Perai | Barat Laut![]() ![]() ![]() ![]() Tenggara ![]() ![]() |
Persimpangan separa semanggi | |
Jambatan lintasan kereta api | ||||
3601A 3601B |
Persimpangan Jambatan Pulau Pinang | 3601A![]() ![]() Selatan Kuala Lumpur Ipoh Bukit Tambun 3601B ![]() Barat Laut Kawasan Perindustrian Perai Tenggara Juru |
3601A: Persimpangan bertingkat 3601B: Persimpangan semanggi | |
![]() ![]() ![]() (Lebuhraya Tun Hussein Onn) | ||||
![]() ![]() | ||||
Pusingan-U | PUSINGAN-U![]() Perai Butterworth ![]() Pusat Maklumat Pelanggan |
|||
Plaza Tol Perai (PLAZA A) (Masuk ke jambatan sahaja) PBSB TAG TnG TnG POS MyRFID Sistem kutipan tol terbuka Bayar tol Kenderaan ringan dan berat sahaja | ||||
Plaza Tol Perai (PLAZA B) (Masuk ke jambatan sahaja) PBSB TAG TnG TnG POS MyRFID Sistem kutipan tol terbuka Bayar tol Kenderaan ringan dan berat sahaja | ||||
P Plaza Tol Perai PBSB |
![]() Pusat Maklumat Pelanggan |
Masuk ke jambatan sahaja | ||
Pusingan-U | PUSINGAN-U![]() George Town Bayan Lepas ![]() Pusat Maklumat Pelanggan |
|||
Jambatan Pulau Pinang Panjang atas air: 8.4 kilometer |
||||
3602A 3602B 3602C |
Persimpangan Gelugor-Jambatan Pulau Pinang | 3602B Barat![]() Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Pejabat Wilayah Jelutong Gelugor Universiti Sains Malaysia (USM) ![]() ![]() (Lebuhraya Bayan Lepas) 3602C Utara George Town / Weld Quay Air Itam Batu Feringgi Hospital Pulau Pinang ![]() 3602A Selatan Batu Maung Kawasan perindustrian Bayan Lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ![]() Pulau Jerejak (Jeti) |
Persimpangan bertingkat bertindan | |
Lotus's Pulau Pinang | ![]() |
|||
3602C Utara |
Persimpangan Jalan Tengku Kudin | BARAT![]() Jalan Tengku Kudin Gelugor Batu Feringgi Tanjung Bungah Air Itam Hospital Pulau Pinang ![]() |
Persimpangan ke/dari Jambatan Pulau Pinang dan Bayan Lepas sahaja | |
![]() ![]() ( ![]() (Lebuhraya Bayan Lepas) Sempadan PBSB | ||||
![]() (Lebuhraya Jelutong) Sempadan JKR dan MPPP | ||||
Utara![]() (Lebuhraya Jelutong) George Town / Weld Quay Feri Komtar Sungai Pinang |
3602B Sambungan Universiti Sains Malaysia (USM)
[sunting | sunting sumber]km | Keluar | Persimpangan | Ke | Catatan |
---|---|---|---|---|
Lembaga Lebuhraya Malaysia Pejabat Wilayah Utara | Pejabat Wilayah Utara LLM | |||
3602B BARAT |
Persimpangan Universiti Sains Malaysia | ![]() Utara Pusat Bandar George Town Jelutong Gelugor Universiti Sains Malaysia (USM) ![]() Hospital Pulau Pinang ![]() Selatan Balik Pulau Bayan Lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ![]() |
Persimpangan jenis trompet |
Acara peringatan
[sunting | sunting sumber]Setem peringatan sempena pembukaan Jambatan Pulau Pinang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia (kini Pos Malaysia) pada 15 September 1985.[9] Nilai setem yang dikeluarkan ialah 20 sen, 40 sen dan RM1.00.
Insiden dan kemalangan
[sunting | sunting sumber]Sepanjang tempoh operasinya, jambatan ini sering menjadi lokasi kepada pelbagai kemalangan jalan raya[10] dan kejadian bunuh diri.
Pada 20 Januari 2019, dua buah kereta yang menuju ke tanah besar terlibat dalam satu pelanggaran, menyebabkan sebuah daripadanya terhumban ke dalam Selat Melaka.[11] Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan untuk mencari kenderaan yang tenggelam itu, dan mangsa kemudiannya ditemui telah meninggal dunia.[12]
Budaya Popular
[sunting | sunting sumber]Jambatan Pulau Pinang menjadi subjek dalam buku komik yang bertajuk Lat and Gang terbitan tahun 1987. Di halaman 58, Lat menggambarkan pelbagai situasi yang berlaku di atas jambatan.[13]
Insiden di Jambatan Pulau Pinang
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah kronologi insiden yang berlaku di jambatan ini.[14]
- 20 September 2010: Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan kira-kira 1.30 pagi.
- 1 November 2012: Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown dalam kejadian 3.30 pagi.
- 30 Oktober 2015: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 1.4 Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian 9.30 pagi. Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya cedera ringan apabila badannya terbenam dalam lumpur di bawah jambatan itu.
- 12 November 2015: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak jatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang di Km0.6 menghala ke Perai dalam kejadian 5.49 pagi.[15]
- 20 Januari 2019, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih telah tercampak ke dalam laut selepas kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang di Georgetown kira-kira jam 2.54 pagi waktu tempatan UTC.[16][17] Insiden ini merupakan insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Trafik di jambatan
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Pulau Pinang
- Lebuhraya Utara-Selatan
- Lebuhraya Jelutong
- Touch 'n Go
- Smart TAG
- Sistem Lebuh Raya Malaysia
- Sistem Jalan Negeri Malaysia
- Sistem Jalan Persekutuan Malaysia
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Jambatan Pulau Pinang telan $530 juta". Berita Harian. 20 November 1981. m/s. 1.
- ^ "What Penang Bridge will look like..." The Straits Times. 24 Julai 1981.
- ^ "Setelah 45 tahun kini jadi kenyataan". Berita Harian. 1 Ogos 1985. m/s. 4. Dicapai pada 31 Mei 2019.
- ^ "Jambatan Pulau Pinang dirasmi". Berita Harian. 16 September 1985. m/s. 6.
- ^ "bridge details". Penang Bridge Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 2007-12-21.
- ^ "Motorcyclists rejoice as they don't have to pay toll now". thestar.com.my. 3 November 2018.
- ^ "No more bridge tolls for motorcyclists in Penang". Malay Mail. Petaling Jaya, Malaysia. 1 Januari 2019. Dicapai pada 1 Mei 2022.
- ^ Basyir, Mohamed (Januari 2019). "Toll charges gone at Penang bridges, but some motorcyclists still taking ferries". nst.com.my.
- ^ "The Penang Bridge". Stamps of Malaysia. 14 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2008. Dicapai pada 31 Mei 2013.
- ^ "Penang Bridge SUV Accident – It was the 5th Time!". 22 Januari 2019.
- ^ "Car plunges into sea after collision on Penang Bridge". The Star. 20 Januari 2019. Dicapai pada 20 Januari 2019.
- ^ "Missing SUV Driver that plunged into sea believed to be college student". The Star. 20 Januari 2019. Dicapai pada 20 Januari 2019.
- ^ Lat (1987). "Penang Bridge". Lat and Gang. Kuala Lumpur, Malaysia: Berita Publishing. m/s. 58. ISBN 978-967-969-157-3.
- ^ Insiden Jambatan Pulau Pinang: Kejadian kelima sejak 2010. Berita Harian. Diterbitkan pada 21 Januari 2019. Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ APMM, Bomba Selamat Dua Nyawa Di Jambatan Pulau Pinang. mSTAR. Diterbitkan pada 12 November 2015. Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]. Harian Metro. Diterbitkan pada 20 Januari 2019. Dicapai pada 23 Januari 2019.
- ^ SUV terhumban ke laut berjaya dinaikkan, mayat turut kelihatan.mSTAR. Diterbitkan pada 22 Januari 2019. Dicapai pada 23 Januari 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- PLUS Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
- Penang Bridge Sdn Bhd
- Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine
- Imej satelit Jambatan Pulau Pinang di Google Maps
- Blog Jambatan Pulau Pinang - diselia oleh Penang Bridge Sdn Bhd, operator jambatan
- Jambatan Pulau Pinang - Mercu tanda Pulau Pinang
- Penang Bridge di Structurae