Pergi ke kandungan

Surah Al-Insyiqaaq: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
===Tafsiran===
Ayat pertama menggambarkan kerosakan alam semesta iaitu diceritakan apabila langit terbelah, iaitu segala benda yang ada di langit seperti gugusan-gugusan [[bintang]] juga akan mengalami kehancuran sesuai kehendak [[Allah]]. Kini, semua jasad langit berjalan pada aturan yang tetap dan serentak sehingga terbentuknya keharmonian alam. Namun dengan kuasa Allah, kelak, gugusan-gugusan bintang itu akan mengalami ketidak seimbangan atau kekacauan sistem sehingga terjadilah runtuhan alam semesta, seperti firman-Nya.
 
Terbelahnya langit merupakan bentuk kepatuhan alam semesta pada kuasa dan kehendak Allah. Tiada fenomena di muka bumi dan [[alam semesta]] ini yang terjadi disebabkan kebetulan. Seluruhnya adalah disebabkan izin, kehendak dan kekuasaan Allah. Selepas Allah membicarakan kehancuran yang akan terjadi di [[langit]], kita dibawa untuk bertafakur tentang [[bumi]] tempat kita menginjakkan kaki.
 
Ayat yang seterusnya menggambarkan perkara yang akan terjadi pada [[hari kiamat]] iaitu bumi menjadi rata, seluruh isi bumi akan digulung, [[gunung]]-gunung yang menjadi pasak bumi akan tercabut sehingga hilanglah keseimbangan bumi. Bumi akan memuntahkan segala isinya iaitu [[lahar]] yang mendidih, [[api]], [[gas]] panas, dan segala apa yang ada dalam perut bumi akan dikeluarkan hingga kosong.
 
Penghuni bumi akan sangat ketakutan. [[Ibu]] yang menyusu akan meninggalkan anak yang sedang disusunya, wanita hamil akan mengalami keguguran, dan orang-orang akan hilang akal warasnya. Ini juga menggambarkan kepatuhan ciptaan Allah iaitu bumi seperti taatnya langit.
51,673

suntingan