Langit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dilihat dari altitud tinggi, warna langit berubah daripada pucat kepada gelap di ketinggian menghampiri rembang
Langit bergolak
Rembang langit kelihatan di tengah-tengah dalam gambar foto yang diambil melihat ke atas dari celah pohonan
Awan mejadi jingga akibat matahari terbenam

Langit merupakan sebahagian atmosfera atau angkasa yang boleh dilihat dari permukaan mana-mana objek astronomi. Adalah sukar untuk mentakrifkan secara terperinci apa itu langit atas beberapa sebab. Pada waktu siang, langit Bumi kelihatan biru tua permukaannya hasil serakan cahaya matahari oleh udara.[1][2][3][4] Langit kadang-kala ditakrifkan sebagai zon bergas lebih mampat di atmosfera planet. Pada waktu malam, langit kelihatan seperti permukaan atau kawasan hitam yang ditaburi bintang.

Pada waktu siang, Matahari kelihatan di langit, melainkan dilitupi awan. Di langit malam (dan adakalanya pada waktu siang) bulan, planet dan bintang kelihatan di langit. Sesetengah fenomena semula jadi yang kelihatan di langit termasuk awan, pelangi, dan aurora. Kilat dan pemendakan juga boleh dilihat di langit ketika ribut. Di Bumi, burung, serangga, pesawat, dan layang-layang selalu dikatakan terbang di langit. Akibat kegiatan manusia, kabut ketika siang dan sinaran cahaya ketika malam sering kelihatan di atas bandar raya (lihat juga pencemaran cahaya).

Dalam bidang astronomi, langit juga dipanggil sfera cakerawala, iaitu sebuah kubah khayal dalam mana Matahari, bintang-bintang, planet-planet, dan bulan kelihatan bergerak. Sfera cakerawala terbahagi kepada rantau-rantau dipanggil buruj.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tyndall, John (1868). "On the Blue Colour of the Sky, the Polarization of Skylight, and on the Polarization of Light by Cloudy Matter Generally". Proceedings of the Royal Society of London. 17: pp. 223-233. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
  2. ^ Rayleigh, Lord (1871). "On the scattering of light by small particles". Philosophical Magazine. 41, 275: pp. 447-451. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
  3. ^ Watson, JG (2002). "Visibility: Science and Regulation". J. Air & Waste Manage. Assoc. 52: pp. 628-713. Dicapai pada 2007-04-19. Parameter |month= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
  4. ^ Why is the sky Blue?

Pautan luar[sunting | sunting sumber]