Isotop: Perbezaan antara semakan
k bot Mengubah: tl:Isotopo |
k bot Menambah: ta:ஓரிடத்தான் |
||
Baris 90: | Baris 90: | ||
[[sr:Изотоп]] |
[[sr:Изотоп]] |
||
[[sv:Isotop]] |
[[sv:Isotop]] |
||
[[ta:ஓரிடத்தான்]] |
|||
[[th:ไอโซโทป]] |
[[th:ไอโซโทป]] |
||
[[tl:Isotopo]] |
[[tl:Isotopo]] |
Semakan pada 07:56, 7 Oktober 2007
Isotop adalah unsur-unsur atom yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi mempunyai bilangan neutron yang berbeza, contoh Halogen.
Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadangkala bilangan neutron mungkin berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis atom. Atom-atom berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
Isotop-isotop sesuatu unsur ialah atom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza. Ini bermakna isotop-isotop itu mempunyai nombor atom yang sama, tetapi nombor jisim yang berlainan.
Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan, iaitu boleh mempunyai lebih dari satu jenis isotop.
Contoh:
- Hidrogen-1 dengan nama isotopnya ialah Protium
- Hidrogen-2 dengan nama isotopnya ialah Deuterium
- Hidrogen-3 dengan nama isotopnya ialah Tritium
Isotop-isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton per atom yang sama. Ini bermakna bilangan elektron per atom isotop-isoop itu juga adalah sama. Jadi konfigurasi elektron bagi semua isotop suatu unsur adalah sama dan oleh itu, isotop-isotop suatu unsur akan mempunyai sifat-sifat fizik iaitu ketumpatan, takat lebur, takat didih, dan lain-lain yang berbeza.
Lihat juga
- Jadual isotop (terbahagi) — jadual tentang semua isotop yang diketahui
- Jadual isotop (lengkap)
- Jadual nuklid
- Senarai zarah
- Isotopomer
- Isotop-isotop ialah nuklid-nuklid yang mempunyai bilangan proton yang sama; bandingkan dengan:
- Isoton yang merupakan nuklid yang mempunyai bilangan neutron yang sama.
- Isobar yang merupakan nuklid yang mempunyai nombor jisim yang sama, iaitu jumlah proton dan neutron yang sama.
- Isomer nuklear yang merupakan berbagai-bagai keadaan teransang untuk jenis nukleus yang sama. Peralihan sesuatu isomer kepada isomer yang lain diiringi oleh pemancaran atau penyerapan sinar gamma, atau proses penukaran dalaman (harus tidak dikelirukan dengan isomer kimia.)