Akolit: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana hasil penyejagatan kandungan bahasa Melayu Indonesia
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 14:35, 1 Februari 2020

Para Akolit di Barcelona bersama dengan Kardinal Akolit adalah salah satu jawatan dalam mazhab Kristian Gereja Barat[1] yang bertujuan sebaga melayani meja altar iaitu membantu paderi dan diaken dalam melaksanakan perjamuan.[1] Tugasnya antara lain membawa bahan persembahan ke meja altar dan menyiapkannya dan melayani komuni baik di dalam ataupun luar Ekaristi.[2] Jawatan ini dicatat sudah ada dalam gereja sejak abad ke-3.[2] Jabatan ini untuk pertama kali disebutkan di Roma pada tahun 251.[1]

Beberapa akolit menjadi pejabat istana atau sekretaris Paus.[1] Di dalam situasi darurat, akolit juga boleh mentakhtakan Sakramen Mahakudus.[2] Namun, akolit tidak boleh memberkati umat dengan Sakramen Mahakudus.[2] Akolit juga bertugas untuk membina para pelayan misa.[2] Setiap calon diaken atau imam harus terlebih dahulu menjabat sebagai lektor atau akolit.[2] Kini, kata akolit juga lazim digunakan sebagai sebutan untuk putra Altar.[2] Jabatan akolit juga ditemukan di Afrika Utara pada zaman Siprianus.[1] Jabatan ini dapat pula diduduki oleh seorang awam.[1]

Rujukan

  1. ^ a b c d e f F.D. Wellem. 2009, Kamus Sejarah Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. hlm. 10.
  2. ^ a b c d e f g Ernest Maryanto. 2004, Kamus Liturgi Sederhana. Yogyakarta: Kanisius. hlm. 10-11.