Perjamuan Tuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan Christ dengan Perjamuan Suci oleh Vicent Joan Macip, abad ke-16.

Eukaris[1] atau juga dikenali sebagai Perjamuan Tuhan, Perjamuan Suci dan Sakramen Mazbah merupakan sakramen (amalan suci) dan penetapan dalam agama Kristian. Ia dilakukan kembali menurut arahan Jesus pada Perjamuan Terakhir seperti yang tercatat dalam beberapa buah kitab Perjanjian Baru, untuk mengenangkan apa yang dilakukanNya apabila Dia memberikan murid-muridNya roti, dan berkata, "Inilah jasad Ku" dan wain serta seraya berkata, "Inilah darah Ku".[2]

Terdapat tafsiran yang berbeza mengenai kepentingan Eukaris, tetapi menurut Ensiklopedia Britannica: "Terdapat kata sepakat dalam kalangan penganut Kristian tentang pengertian Eukaris yang mungkin muncul daripada perbahasan pengakuan di atas kehadiran amalan suci, kesan Eukaris, naungan yang tepat di mana ia boleh dirayakan".[3]

Perkataan Eukaris boleh dirujuk kepada amalan itu sendiri, malahan kepada roti yang ditahbiskan (beragi atau tidak beragi) dan wain (atau jus anggur yang tidak ditapai dalam beberapa mazhab Protestan atau air bagi sakramen Gereja Jesus Christ dari Para Kudus Zaman Akhir) yang digunakan dalam upacara itu.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]