Bajingan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
k Terjemahkan sedikit dari laman Inggeris, ubah teks agar lebih mudah difahami dan gunakan perkataan dan istilah yang bersumber.
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
k Haziq Faruqi telah memindahkan laman Penjahat ke Bajingan: Perkataan ini dirakam dalam kamus dan buku istilah yang sedia ada, serta penggunaannya lebih sesuai dan tepat.
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 15:40, 3 Oktober 2020

Bajingan[1] (Jawi: باجيڠن, juga dikenali sebagai penjarah,[2] penjahat atau watak jahat) dalam kesusasteraan, drama dan sejarah ialah watak yang memainkan peranan antagonis atau watak jahat. Watak bajingan merancang dan melakukan pelbagai bentuk jenayah dan bertindak menentang wira atau watak protagonis dalam sesuatu cerita.[2]

Bajingan penting dalam sesuatu cerita kerana ia menonjolkan perbezaannya dengan watak utama sebagai watak lawan dan meneruskan jalan cerita. Perbezaan mereka dengan wira ialah wira biasanya mempunyai sifat-sifat berani, hebat dan baik sedangkan bajingan bersifat jahat, keji dan tidak bermoral.

Etimologi

Menurut Kamus Dewan Bahasa, "bajingan" datang dari Indonesia, yang datang daripada bahasa Jawa "ꦧꦗꦶꦁ" (bajing) yang bermaksud "tupai". Setelah itu, ia ditambahkan imbuhan akhiran "-an".

  1. ^ villain. (t.t.). Istilah Bahasa Melayu. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai 3 Oktober 2020.
  2. ^ a b Safian Hussain et al. (2017). Glosari Istilah Kesusasteraan. m/s 245. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-62-0385-4.