Mohd Shah Alias Mohd Norbit: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 3: Baris 3:
Beliau kemudian menabur bakti sebagai jurulatih di peringkat remaja untuk membantu skuad Piala Presiden Selangor FA muncul juara sebanyak dua musim tanpa kalah pada edisi 1994 dan 1995, selain berkhidmat lama selaku penolong jurulatih skuad senior Selangor di bawah khidmat jurulatih Datuk M Chandran, Bernd Schumm, Ken Worden, Ken Shellito, Datuk K. Rajagobal dan Steve Wicks.<ref>[https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=125441 Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Mohd Shah meninggal dunia, Sinar Harian, Dicapai pada 20 Oktober 2020]</ref>
Beliau kemudian menabur bakti sebagai jurulatih di peringkat remaja untuk membantu skuad Piala Presiden Selangor FA muncul juara sebanyak dua musim tanpa kalah pada edisi 1994 dan 1995, selain berkhidmat lama selaku penolong jurulatih skuad senior Selangor di bawah khidmat jurulatih Datuk M Chandran, Bernd Schumm, Ken Worden, Ken Shellito, Datuk K. Rajagobal dan Steve Wicks.<ref>[https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=125441 Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Mohd Shah meninggal dunia, Sinar Harian, Dicapai pada 20 Oktober 2020]</ref>


Beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Selangor FA sehingga tahun 2000 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan [[Melaka FA]] dari tahun 2001 hingga 2003, skuad wanita kebangsaan Malaysia (2006-2008), pasukan Angkatan Tentera Malaysia ([[ATM FA]]) dan pasukan Suruhanjaya Perkhodmatan Awam ([[SPA FC]]) mulai 2013.
Beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Selangor FA sehingga tahun 2000 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan [[Melaka FA]] dari tahun 2001 hingga 2003, skuad wanita kebangsaan Malaysia (2006-2008), pasukan Angkatan Tentera Malaysia ([[ATM FA]]) dan pasukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ([[SPA FC]]) mulai 2013.


==Meninggal dunia==
==Meninggal dunia==

Semakan pada 11:51, 31 Oktober 2020

Mohd Shah Alias Mohd Norbit ialah bekas pemain bola sepak Selangor FA dan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia Tenggara pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai trio bola sepak bersaudara bersama-sama dengan Zulkifli Norbit dan Jamaluddin Norbit pada masa itu, beliau seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Pada bulan Mei 1975, beliau mewakili Malaysia dan berjaya menewaskan pasukan Arsenal F.C. dari England dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada 11 Mei 1975 di Stadium Merdeka dan seri 1-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 17 Mei 1975, pada perlawanan berikutnya. Beliau melakukan 65 penampilan untuk pasukan Selangor FA dan membantu skuad Gergasi Merah memenangi lima (5) Piala Malaysia dalam enam penampilan di pentas final, termasuk menjaringkan gol pada final 1971 dan 1972 serta satu (1) Piala FAM.

Beliau kemudian menabur bakti sebagai jurulatih di peringkat remaja untuk membantu skuad Piala Presiden Selangor FA muncul juara sebanyak dua musim tanpa kalah pada edisi 1994 dan 1995, selain berkhidmat lama selaku penolong jurulatih skuad senior Selangor di bawah khidmat jurulatih Datuk M Chandran, Bernd Schumm, Ken Worden, Ken Shellito, Datuk K. Rajagobal dan Steve Wicks.[1]

Beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Selangor FA sehingga tahun 2000 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka FA dari tahun 2001 hingga 2003, skuad wanita kebangsaan Malaysia (2006-2008), pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA) dan pasukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA FC) mulai 2013.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2020 kira-kira jam 6.15 petang akibat menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi bagi tempoh yang agak lama. Beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada usia 68 tahun.[2]

Rujukan

Pautan luar