Mohd Shah Alias Mohd Norbit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohd Shah Alias Norbit
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Shah Alias Mohd Norbit
Tarikh lahir (1951-11-25)25 November 1951
Tarikh kematian 19 Oktober 2020(2020-10-19) (umur 68)

Mohd Shah Alias Mohd Norbit (25 November 1951 – 19 Oktober 2020) ialah bekas pemain bola sepak Selangor FA dan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia Tenggara pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai trio bola sepak bersaudara bersama-sama dengan Zulkifli Norbit dan Jamaluddin Norbit pada masa itu, beliau seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Pada bulan Mei 1975, beliau mewakili Malaysia dan berjaya menewaskan pasukan Arsenal F.C. dari England dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada 11 Mei 1975 di Stadium Merdeka dan seri 1-1 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 17 Mei 1975, pada perlawanan berikutnya. Beliau melakukan 65 penampilan untuk pasukan Selangor FA dan membantu skuad Gergasi Merah memenangi lima (5) Piala Malaysia dalam enam penampilan di pentas final, termasuk menjaringkan gol pada final 1971 dan 1972 serta satu (1) Piala FAM.

Beliau kemudian menabur bakti sebagai jurulatih di peringkat remaja untuk membantu skuad Piala Presiden Selangor FA muncul juara sebanyak dua musim tanpa kalah pada edisi 1994 dan 1995, selain berkhidmat lama selaku penolong jurulatih skuad senior Selangor di bawah khidmat jurulatih Datuk M Chandran, Bernd Schumm, Ken Worden, Ken Shellito, Datuk K. Rajagobal dan Steve Wicks.[1]

Beliau juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Selangor FA sehingga tahun 2000 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka FA dari tahun 2001 hingga 2003, skuad wanita kebangsaan Malaysia (2006-2008), pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA) dan pasukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA FC) mulai 2013.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2020 kira-kira jam 6.15 petang akibat menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi bagi tempoh yang agak lama. Beliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada usia 68 tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]