Melaka United

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Melaka FA)
Jump to navigation Jump to search
Melaka United
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Melaka United
(Melaka United Soccer Association)[1]
GelaranHang Tuah
Sang Kancil
Nama pendekMU, MUSA
Diasaskan1924; 96 tahun yang lalu (1924) (Melaka FA)
2013; 7 tahun yang lalu (2013)
(Melaka United)
StadiumStadium Hang Jebat,
Krubong, Melaka
(Muatan: 40,000)
PresidenMelaka Adly Zahari
PengurusMalaysia Datuk Wira Yusof Mahadi
JurulatihMalaysia Zainal Abidin Hassan
LigaLiga Super Malaysia
2019Ke-6
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga

Melaka United Soccer Association merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput berdekatan Krubong. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan SUKMA di Melaka pada tahun 2010. Kelab ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Melaka Bersatu (Terjemahan Inggeris: Melaka United Soccer Association) dan telah dihantar untuk bertanding dalam Liga Malaysia bagi mewakili negeri Melaka.

Kelab ini kini bertanding dalam liga teratas dalam arena bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia 2017 setelah dinaikkan liga sebagai juara dari Liga Premier Malaysia 2016. Kelab ini dahulunya dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya Melaka FA sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka United di mana penjenamaan kelab akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014[2][3]. Nama timangan bagi Melaka United sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan.

Kit pasukan tuan rumah bagi Melaka United adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kelab ini telah berada dalam prestasi terumbang-ambing sejak Liga Perdana Malaysia diberkenalkan pada tahun 2004 di mana Melaka United bermain untuk tiga musim dan telah dinaikkan ke liga utama Liga Super Malaysia sebelum diturunkan liga semula dalam musim pertamanya. Setelah itu, pasukan ini meneruskan cabaran dengan berjuang dari penyingkiran dalam Liga Perdana Malaysia untuk tiga musim berikutnya sebelum tumpas dan disingkirkan pada tahun 2010 ke liga tahap tiga Liga FAM Malaysia di mana pasukan ini secara konsisten beraksi untuk lima tahun berturut-turut sebelum berjaya untuk kembali semula ke Liga Perdana Malaysia pada tahun 2016 setelah menjadi juara Liga FAM Malaysia 2015.

Sebelum menjuarai Liga FAM pada tahun 2015, pasukan ini telah berada dalam situasi kehausan kejuaraan untuk 32 tahun di mana kali terakhir pasukan ini menjuarai liga tahap utama Malaysia adalah pada tahun 1983 di mana mereka menjuari Liga Perdana 1[4][5].


Stadium[sunting | sunting sumber]

Stadium Hang Jebat
Hang Jebat Stadium
ستاديوم هڠ جيبت
Hang Jebat Stadium during a football match.jpg
Stadium Hang Jebat ketika perlawanan bola sepak Melaka United.
LokasiKrubong, Melaka, Malaysia
Koordinat2°17′21″N 102°13′59″E / 2.28908°N 102.233094°E / 2.28908; 102.233094
Dibuka2004
PemilikPerbadanan Stadium Melaka
PengendaliPersatuan Bola Sepak Melaka United
PermukaanPadang Rumput
Trek
Kapasiti40,000
Dimensi padang105 m × 68 m (344 ka × 223 ka)
Penyewa
Melaka United (2005–sekarang)
Sukan Sukma (2010)
Harimau Muda B (2015)

Melaka United sekarang menggunakan Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka. Kapasiti stadium ini adalah seramai 40,000 penonton pada satu-satu masa. Selain dari kemudahan padang bola sepak, stadium ini juga mempunyai kemudahan trek larian.

Logo dan warna[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Melaka United mempunyai satu lencana utama sebelum ini. Lencana pertama ini, telah digunakan oleh kelab dari zaman penubuhannya di mana lencana ini mempunyai gambar Pokok Melaka yang merupakan logo terkenal berkenaan penubuhan negeri Melaka dan logo berkenaan telah digunakan lebih dari setengah abad. Setelah kejayaan kelab ke liga tahap dua, mereka memulakan usaha untuk memodenkan pasukan dengan menggantikan logo lama dengan logo baru yang lebih terkini sebagai logo baru kelab.

Warna[sunting | sunting sumber]

Melaka United selalu menggunakan warna hijau dan putih untuk baju sebagai kit tuan rumah di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka selain warna ini berbeza dan jarang digunakan oleh pasukan-pasukan lain dalam liga di Malaysia.

Warna kit pasukan Melaka United ketika bertandang ke tempat lawan pula adalah variasi dari warna putih dan hijau ataupun pelbagai kombinasi warna biru, merah, dan kuning di mana warna berkenaan melambangkan warna-warna dari bendera Melaka.

Penyokong[sunting | sunting sumber]

Melaka United merupakan kelab yang paling di sokong di Melaka. Penyokong tradisional Melaka United hadir dari kalangan penduduk di sekitar Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Terdapat juga pelbagai kelab penyokong di Melaka dan Malaysia.

Ultras Taming Sari (UTS) adalah antara penyokong tegar bagi kelab Melaka United dan secara umum untuk kelab-kelab bola sepak di negeri Melaka merangkap sekutu Ultras Malaya (UM) di negeri berkenaan. Ditubuhkan secara rasmi pada 11.1.2011 di Stadium Hang Tuah (Stadium Kubu) di mana misi UTS adalah bagi mengembalikan kemeriahan bola sepak Melaka yang sebelum ini semakin merundum semenjak jatuh ke Liga FAM.

Persaingan[sunting | sunting sumber]

Melaka United mempunyai sejarah lama persaingan dengan kelab-kelab negeri dan daerah-daerah sekitar Selangor, Negeri Sembilan and Johor[6][7][8].

Pemilikan dan Kewangan[sunting | sunting sumber]

Kelab ini telah ditubuhkan semenjak 1924 dan dimiliki oleh Melaka United Soccer Association di mana kelab ini mendapat sokongan kewangan oleh kerajaan negeri di samping pihak penaja korporat.

Tajaan[sunting | sunting sumber]

Kit baju pasukan Melaka United telah dikilangkan oleh Kronos semenjak 2014, di mana mereka telah dikontrakkan untuk membekalkan baju bagi pasukan ini dari 2014 hingga 2015. Perkongsian ini telah diteruskan bagi dua tahun mendatang sehingga 2017.

Penaja utama baju bagi Melaka United kini merupakan Mamee. Kelab ini juga mempunyai pelbagai penaja lain dan rakan kongsi seperti De'NatureHerbs yang telah menaja pasukan sebanyak RM 5 juta untuk musim 2016[9][10].

Kit[sunting | sunting sumber]

Tempoh Pengeluar Kit Penaja Jersi
1980 United Kingdom Umbro
1981 Jerman Schwarzenbach
1982–83 Jerman Schwarzenbach
1984
1985 Gold Flake
1986 ArgentinaBrazil Topper ArgentinaBrazil Topper
1987 CW
1988 Itali Diadora
1989 Jepun ASICS United Kingdom Dunhill / Malaysia EON
1990 Itali Lotto
1991–92 United Kingdom Cheetah
1993 ClubMan
1994–97 Jepun Mizuno United Kingdom Dunhill
1998 United Kingdom Dunhill / Malaysia Gibca Holdings
1999–2000 Malaysia J-King United Kingdom Dunhill
2001 Jepun Mikasa United Kingdom Dunhill / Jepun Mikasa
2002–03 Itali Kronos United Kingdom Dunhill / Itali Kronos
2004 United Kingdom Admiral United Kingdom Dunhill / United Kingdom Admiral
2005 Jepun ASICS Malaysia Celcom / Jepun ASICS
2005/06 Itali Lotto Malaysia TM Net / Singapura Creative Technology Limited
2006/07 Malaysia Figos Malaysia TM / Malaysia Cubic
2006/07 Sepanyol Joma Malaysia TM
2007/08 United KingdomMalaysia Ambros Malaysia Celcom / Metaforce
2009 Pakistan Kika Malaysia Streamyx
2010 Perancis Shemsy Malaysia TM
2011 Itali Kappa Malaysia Interpacific
2012 United KingdomMalaysia Ambros United KingdomMalaysia Ambros
2013 Malaysia Arora
2014 Itali Kronos Malaysia Mamee / Malaysia KAJ
2015 Malaysia Mamee
2016 Malaysia Edra / Malaysia Mamee
2017 MalaysiaRepublik Rakyat China Edra CGN / Malaysia Tag Marine
2018 Thailand Warrix MalaysiaRepublik Rakyat China EDRA CGN
2019 Thailand Warrix MalaysiaRepublik Rakyat China EDRA 中广核 CGN
2020 Malaysia AL Sports Malaysia De'NatureHerbs

Pemain[sunting | sunting sumber]

Senarai Skuad Terkini[sunting | sunting sumber]

Sehingga 25 Januari 2020
No. Posisi Pemain
1 Malaysia GK Solehin Mamat
3 Malaysia MF Nurridzuan Abu Hassan
5 Malaysia DF Annas Rahmat
6 Korea Selatan DF Jang Suk-won
7 Nigeria FW Uche Agba
8 Malaysia MF Safiq Rahim (kapten)
10 Colombia MF Romel Morales
11 Malaysia MF Syamim Yahya
12 Malaysia FW Ramzi Haziq
13 Malaysia DF Razman Roslan
14 Malaysia DF Aizulridzwan Razali
15 Malaysia MF Khairul Anwar Shahrudin
16 Malaysia MF Saiful Ridzuwan Selamat
17 Malaysia FW Hazim Abu Zaid
18 Malaysia DF Wan Amirul Afiq Wan Rahman
No. Posisi Pemain
19 Malaysia GK Khairul Fahmi Che Mat
20 Malaysia FW Faizal Talib
21 Malaysia MF Fakhrullah Rosli
22 Malaysia GK Norazlan Razali
23 Malaysia FW Ferris Danial
24 Malaysia DF Curran Singh Ferns
25 Malaysia MF Anwar Ibrahim
26 Malaysia DF Khair Jones
27 Malaysia MF Aziz Kifah
28 Malaysia MF Amirul Hamer
29 Malaysia MF Deevan Raj
30 Malaysia MF Shyamierul Razmee Jasmi
31 Haiti MF Sony Norde
61 Malaysia DF Mohd Shafiq Samzul
Malaysia DF Lee Yong Cheng

Ketua jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih
Nov 2018 – Malaysia Zainal Abidin Hassan
Jun 2017 – Oktober 2018 Portugal Eduardo Almeida
November 2016 – Mei 2017 England Eric Williams
September 2014 – Oktober 2016 Malaysia Mat Zan Mat Aris
Oktober 2013 – Ogos 2013 Slovakia Ladislav Totkovič
April 2013 – Oktober 2013 Malaysia [[Aziz Kifah

]]

Januari 2013 – April 2013 Malaysia Mohd Asri Ninggal
2012 – 2013 Malaysia G. Selvamohan
2011 – 2012 Malaysia Manja Man
2010 – 2011 Malaysia Mahathir Taha
2009 – 2010 Malaysia Abdul Rahim Abdullah
2008 – 2009 Malaysia Mohd Nik Sham Abdullah
2007 – 2008 Malaysia Ramli Junit
2007 Malaysia K. Devan
2005 – 2006 Malaysia E. Elavarasan
2005 Malaysia Ong Kim Swee
2000 – 2001 Malaysia Ramli Junit
1999 Malaysia G. Torairaju
1998 Malaysia Mohd Shah Alias Norbit
1997 Malaysia Mahathir Taha

Organisasi Pasukan[sunting | sunting sumber]

Barisan kejurulatihan dan staf[sunting | sunting sumber]

  • Pengurus : Datuk Mohd Yusoff Bin Hj Mahadi
  • Penolong Pengurus : Md Noor Md Derus
  • Setiausaha : Muzzairen Bin Rahman
  • Ketua Jurulatih : Zainal Abidin Hassan
  • Penolong Jurulatih 1 : Norizam Bin Ali Hassan
  • Penolong Jurulatih 2 : Tiada
  • Jurulatih Penjaga Gol : Mazlan Wahid
  • Ahli Fisioterapi : Tiada
  • Kitman : Tiada
  • Kitman / Cameraman : Tiada

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengurus
November 2013 – Malaysia Datuk Mohd Yusoff Hj Mahadi
April 2013 – November 2013 Malaysia Datuk Wira Ir. Idris Haron
2011 – April 2013 Malaysia Datuk Mohd Yunos Husin
2009 – 2010 Malaysia Abdul Malik Kassim
2008 – 2009 Malaysia Mohd Yazid Khamis
2006 – 2008 Malaysia Karim Yaakob
2005 Malaysia Datuk Chua Peng Song
1999 – 2002 Malaysia Datuk Ibrahim Durum

Bekas pemain[sunting | sunting sumber]

Tempatan[sunting | sunting sumber]

Dato' Soh Chin Aun, Karim Pin, Md Idris Donan, [[Syirazie Rithaudeen ]]

Import[sunting | sunting sumber]

Slovakia Ivan Ziga
Argentina [[Gabriel Batistuta ]]
Australia Josip Biskic, Peter Tsolakic
Uruguay [[Luis Gigi |Luis Fernando Espindola]]
Slovenia Emir Dzafic
Republik Czech Roman Khagba
Ghana George Opoku Weah, Julius Abegar, Kofi Etsiba Shaw
Nigeria Vincent Ejike, Ifedayo Olusegun
Perancis Steven Thicot
Belarus Yahor Zubovich
Singapura Shahdan Sulaiman
Korea Selatan Lee Chang-hoon

Rekod[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super 1983
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Premier 2016 2000, 2006
Divisyen 3/Liga FAM 2015 1957, 1958

Belia[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Juara Naib Juara
Piala Presiden 1993 1990

Asia[sunting | sunting sumber]

1986: Peringkat Kelayakan


Liga Negeri[sunting | sunting sumber]

Liga Melaka (dulu dikenali sebagai Liga MAFA) adalah sebuah liga bola sepak divisyen keempat dan kelima di Malaysia. Liga ini dianjurkan oleh pihak MUSA demi merancakkan pembangunan bola sepak dalam negeri Melaka. Liga ini mempunyai dua divisyen; Divisyen 1 (Divisyen keempat dalam Liga Malaysia) dan Divisyen 2 (Divisyen kelima dalam Liga Malaysia).

Kelab Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="MUFCRebranding2016">http://www.stadiumastro.com/ms/article/2016/11/01/musa-kini-dikenali-sebagai-mufc MUSA kini dikenali sebagai MUFC
  2. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130828/su_10/Persatuan-bola-sepak-Melaka-dijenama-semula Persatuan bola sepak Melaka dijenama semula
  3. ^ http://www.ligamalaysia.net/2013/08/penjenamaan-semula-bola-sepak-melaka.html Penjenamaan semula bola sepak Melaka
  4. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Melaka kembali warnai Liga M
  5. ^ http://www.bharian.com.my/node/78416 32 tahun ketandusan sebarang piala dalam arena bola sepak tempatan
  6. ^ https://books.google.com.my/books?id=ukBcAwAAQBAJ&pg=PA2029&lpg=PA2029&dq=melaka+football+rivalries&source=bl&ots=3k9WZCIJVr&sig=mk8O5D-mzyPc33EjEm1CuI4y1VI&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=melaka%20football%20rivalries&f=false HOW MALAYSIA NEVER REACHED THE WORLD CUP: Harimau Malaya's 40-Year Chronicle of Failure
  7. ^ http://johorsoutherntigers.com.my/tag/melaka-united-ms/ Pelbagai perlawanan persahabatan antara Melaka United-JDT
  8. ^ http://johorsoutherntigers.com.my/jdt-friendly-series-vi-vs-melaka-united/ Perlawanan persahabatan Persaingan JDT
  9. ^ "Arena – Berita Sukan, Jadual Perlawanan & Keputusan | Stadium Astro". Dicapai pada 2015-12-24. Melaka United terima tajaan RM5 juta
  10. ^ http://www.bernama.com/bernama/v8/sp/newssports.php?id=1202044 Erda Global Energy Powers Melaka United's Premier League Hopes With RM5 Million Sponsorship

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]