Mata: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
林孝導 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 1: Baris 1:
{{About|salah satu organ di dalam badan manusia|kegunaan lain|Mata (nyahkekaburan)}}
{{About|salah satu organ di dalam badan manusia|kegunaan lain|Mata (nyahkekaburan)}}
'''Mata''' ([[Tulisan Jawi]]: '''مات''' ) merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan [[cahaya]]. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.
'''Mata''' ({{Jawi|'''مات'''}}) merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan [[cahaya]]. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.
[[Fail:Human eye cross-sectional view grayscale.png|thumb|Rajah mata manusia. Bukan semua mata haiwan sama dengan mata manusia.]]
[[Fail:Human eye cross-sectional view grayscale.png|thumb|Rajah mata manusia. Bukan semua mata haiwan sama dengan mata manusia.]]



Semakan pada 11:24, 4 April 2021

Mata (Jawi: مات) merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Rajah mata manusia. Bukan semua mata haiwan sama dengan mata manusia.

Jenis mata

Mata kumpuan terdapat di kalangan artropod (serangga dan yang seumpamanya), dan terdiri daripada banyak sudut yang memberikan gambaran berpiksel (bukannya gambar berganda seperti yang sering diperkatakan).

Sesetengah haiwan pula mempunyai oselus (mata ringkas atau titik mata yang terdapat pada haiwan peringkat rendah). Contohnya mata siput cuma dapat membezakan adanya cahaya atau tidak (siang dan malam), tetapi tidak dapat melihat apakah objek yang ada di hadapannya.

Dalam kebanyakan vertebrata dan sebahagian moluska mata bertindak dengan memancarkan imej ke atas retina yang sensitif kepada cahaya, di mana cahaya dikesan dan dihantar ke otak melalui saraf optik. Mata kebiasaannya berbentuk hampir sfera, berisi bahan seperti gel optik jernih yang dikenali sebagai gelemaca, dengan kanta fokus dan otot yang dikenali sebagai iris mata yang mengawal kadar cahaya yang masuk. Iris mata ini mengawal bukaan anak mata (pupil), iaitu bulatan hitam di tengah-tengah bahagian berwarna di dalam mata.

Anatomi

A - Gelemaca, B - Kanta, C - Kornea, D - Pupil, E - Iris, F - Sklera, G - Saraf optik, H - Retina

Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.

Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya. Iris (yang berwarna) terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.

Cahaya dari objek jauh dan cahaya dari objek dekat terfokus.

Supaya cahaya boleh ditumpukan, cahaya mesti dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat. Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat. Kebanyakan biasan berlaku pada kornea yang mempunyai lengkongan kekal. Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.

Bahagian mata

Mata manusia dikatakan tingkap kepada roh.

Di sekeliling mata:

  • Kening: Membantu menjaga mata dari dimasuki air (terutamanya hujan)
  • Kelopak mata: Melembapkan mata dan menjaganya daripada dimasuki habuk
  • Bulu mata: Menjaga mata daripada dimasuki habuk

Masalah mata

Lihat juga