Jason Behr: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
kotak maklumat
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox actor
{{Infobox actor
| name = Jason Behr
| name = Jason Behr
| image = jasonb.jpg
| image = Jason Behr at ATX 2014.jpg
| imagesize =
| imagesize =
| caption =
| caption = Behr di Festival ATX TV 2014
| birthdate = {{birth date and age|1973|12|30}}
| birth_date = {{birth date and age|1973|12|30}}
| location = [[Minneapolis]], [[Minnesota]] {{USA}}
| birth_place = [[Minneapolis]], [[Minnesota]] {{USA}}
| height = 5' 11" (180 cm)
| height = 5' 11" (180 cm)
| deathdate =
| deathdate =
Baris 11: Baris 11:
| othername =
| othername =
| homepage =
| homepage =
| notable role = Max Evans in ''[[Roswell (siri TV)|Roswell]]''<br>Doug in ''[[The Grudge]]''
| known_for = Max Evans dalam ''[[Roswell (siri TV)|Roswell]]''<br>Doug dalam ''[[The Grudge]]''
}}
}}



Semakan pada 03:24, 15 Julai 2021

Jason Behr
Behr di Festival ATX TV 2014
Kelahiran
Jason Nathaniel Behr

(1973-12-30) 30 Disember 1973 (umur 50)
Terkenal keranaMax Evans dalam Roswell
Doug dalam The Grudge
Ketinggian5' 11" (180 cm)

Jason Nathaniel Behr (lahir 30 Disember, 1973) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang popular menerusi drama bersiri Roswell sebagai Max Evans.

Latar Belakang

Awal Kehidupan

Behr, anak kedua daripada empat orang adik beradik yang mana kesemuanya lelaki, dilahirkan di Minneapolis, Minnesota, hasil perkahwinan antara David Paul Behr dan Patricia Ann Steiner. Sewaktu kanak-kanak, Behr telah berhijrah bersama keluarganya dari Minnesota, dan telah menetap di merata negeri sehinggalah Behr berusia 10 tahun apabila bapanya meninggalkan mereka. Kemudian ibunya bertindak membawa anak-anaknya kembali ke Minneapolis, di mana Behr diberi pendidikan sekolah swasta. Beliau telah tamat pengajian sekolah tinggi pada 1992, dari Richfield Senior High School, Richfield, Minnesota.

Ketika berusia 19 tahun, setelah berpeluang bertemu dengan pengurus Hollywood Marvin Dauer di Minneapolis, Behr nekad berpindah ke Los Angeles. Pada permulaan kerjayanya, beliau telah menjayakan lebih dari 75 buah iklan, dan pada 1995 memegang watak utama sebagai Tyler Baker menerusi rancangan komedi Sherman Oaks . Sherman Oaks telah menemui penonton selama dua musim penayangan.

Kerjaya

Setelah Sherman Oaks, Behr pernah terbabit sebagai jemputan di dalam beberapa rancangan siri (Step by Step, The Profiler, 7th Heaven, Buffy the Vampire Slayer, JAG). Beliau terbabit dalam siri keluaran ABC, Push, tetapi rancangan tersebut gagal dan hanya mampu bertahan untuk masa yang singkat. Kemudia beliau memegang watak sebagai Chris Wolfe menerusi siri terbitan The WB, Dawson's Creek. Sewaktu pengambaran di North Carolina, Jason telah membaca skrip Roswell High—yang kemudian ditukar menjadi Roswell— dan kemudian beliau bersetuju memegang watak sebagai jelmaan makhluk asing, Max Evans. Roswell telah berjaya di tangan The WB untuk dua musim penyiaran sebelum berpindah ke UPN untuk musim ketiga dan terakhir.

Sejak Roswell, Behr telah berlakon di dalam beberapa filem bebeas seperti: Unsu Lee's "Happily, Even After"; Jefery Levy's Man of God, dan Rebecca Cook's Shooting Livien, yang telah dipakejkan dalam bentuk DVD. Pada 2001 beliau memainkan peranan sebagai Dennis Buggit menerusi filem Lasse Hallstrom "The Shipping News" bersama Kevin Spacey, Judi Dench, Julianne Moore, dan Cate Blanchett. Beliau juga pernah terbabit bersama Sarah Michelle Gellar menerusi The Grudge. Beliau turut terbabit di dalam D-War dan filem Skinwalkers, yang kebanyakan lokasi pengambaraan tertumpu di Toronto.

Pada Ogos 2006 majalah Variety telah melaporkan bahawa Behr akan terbabit dalam filem bergenre seram The Tattooist. Filem ini akan diarah oleh Peter Burger [1] Filem ini bermula di Auckland, New Zealand, pada September 2006, dan tamat pada awal November 2006. Akan dilancarkan pada Ogos-September 2007.

Personal life

Jason pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Roswell Katherine Heigl. Pada pengambaran The Grudge di Jepun, beliau bertemu dengan pelakon KaDee Strickland, yang juga dikahwininya pada 10 November, 2006 di Ojai, California.

Lakonan

References

External links