Vientiane: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: af:Vientiane
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: yo:Vientiane
Baris 186: Baris 186:
[[vo:Viengtjan]]
[[vo:Viengtjan]]
[[war:Vientiane]]
[[war:Vientiane]]
[[yo:Vientiane]]
[[zh-yue:永珍]]
[[zh-yue:永珍]]
[[zh:永珍]]
[[zh:永珍]]

Semakan pada 18:41, 28 November 2009

Vientiane
NegaraLaos
Penduduk
 (2005 est)
 • Jumlah200,000

Vientiane (IPA: /vjɛnˈtjɑn/, Bahasa Lao: ວຽງຈັນ Viangchan) merupakan ibu negara Laos.

Menurut epik Laos, Phra Lak Phra Lam, Vientiane diasaskan oleh Putera Thattaradtha. Thattaradtha telah meninggalkan kerajaan Muong Inthapatha Maha Nakhone selepas adindanya merampas takhta daripadanya. Dia mendirikan sebuah bandar di tebing barat Sungai Mekong, iaitu Maha Thani Si Phan Phao, yang menjadi bandar Udon Thani di Thailand hari ini. Pada suatu hari pula, seekor Naga menyuruh Thattaradtha mendirikan satu bandar baru di tebing timur Sungai Mekong. Thattaradtha menamakan bandar ini Chanthabuly Si Sattanakhanahud, yang merupakan bandar Vientiane hari ini.

Namun, kebanyakan sejarawan mempercayai bahawa Vientiane pernah menjadi petempatan Khmer. Pada abad ke-11, apabila orang Lao dan Thai berhijrah dari selatan China ke Indochina, orang Khmer itu dihalau keluar, dibunuh atau diasimilasikan di dalam budaya Lao.

Pada abad ke-14, Vientiane menjadi sebuah bandar penting kerajaan Lan Xang dan dijadikan ibu kotanya pada 1560. Selepas kejatuhan kerajaan Lan Xang pada 1707, Vientiane menjadi sebuah negara kota yang merdeka. Pada 1779 pula, bandar ini pula ditakluki oleh kerajaan Siam.

Perancis mula berkuasa di Indochina dan mengambil alih pemerintahan Vientiane pada 1893 dan menjadikannya pusat pentadbiran Laos pada 1899.